Friday 27 September 2013

Both of you make me happy..

Selamat hari Jumaat..
Kejap je dah hujung september..
Dan makin hari makin besar perut ni..

Hari ni rasa eksited sikit sbb dgn tiba2nya husband cakap dia balik outstation hari ni..ikotkan jadual dia, rabu depan baru balik..weheeee..2 weeks tak jumpa..rasa berdebar2 pula nk jumpa suami sendiri..

Dan bila tau je husband nk balik, terus ckp dgn baby..and dia punya bergelora eksited dah macam tak cukup ruang dalam perut ni..

Alhamdulillah, sekarang dah masuk 6monts ++..last month ada buat scan dkt shah alam..disebabkan dah lama tak scan, so rasa eksited laa..tapi bila scan,doctor detect ada cyst..dulu fabroid..skrg cyst pulak..entah laa..rasa mcm malas nak fikir..check kat gov, doc ckp tak ada..pi privet, doc ckp ada..eeee..mana satu nth yg betol..

So, amek langkah lain, pi check up kat klinik privet yg lain..kebetulan last week ada appoinment service kerata, terus pi check up kt klinik an nur..but service dia sangat hampehhhhh..mmg tak best..doc just scan gitu2 je..just dia ckp, jantung baby ok..semua ok, kecuali uri awak kat bawah tahap 3..ok..sangat tak puas hati..

Ada cyst dgn uri kt bawah tahap 3..sapa tak risau kan..tapi alhamdulillah tak ada bleeding..

Dan pagi tadi otw pi renew roadtax, singgah kejap kat lagi satu klinik privet azlina..datang awal2 pagi..dan explain kt doctor pasal uri kt bawah tu..dan alhamdulillah, last week check up, tahap 3, now tahap 1..rasa lega sangat..dan doctor explain yg uri boleh naik sbb kandungan masih 6 month ++..banyakkan berdoa dan sujud lama2 time sembahyang..but, doctor ckp, perut nampak besar dah macam 28 weeks..tapi bila check berat baby  doctor cakap normal..buat rasa cuak je..tapi overall, klinik azlina kat batu pahat ni sangat recomanded untuk buat scan dan doctor dia tersangat2 friendly..

Bila scan tadi ingtkan dapat tau la gender baby and nk buat suprise kt husband tapi baby main silang2 kaki, pastu kepit2 kaki dia..tapi tengok gaya dia tadi, semua ikut gaya husband..ok, fine..geng dengan ayah la ni..tak kesah laa..janji awak sihat ye baby..

Sepanjang drive balik ke rumah, puas senyum sorang2 bila tgk gelagat baby..rasa macam tak sabar pulak nk peluk cium baby..dan tak sabar jugak nak jumpa husband..nak peluk cium jugak..hahahahah

Thank you Allah giving me this happinest..syukran...



Monday 9 September 2013

latihan awal

Selamat pagi Isnin..

Minggu ni maybe kurang rasa bosan sebab husband tak outstation..wehee..
Tapi next week, mula la meroyan menangis sebab dia mula outstation for 2 weeks..

Bila husband tak out station, mood nak masak pon on..tapi bila dia start outstation je, nak masak pon rasa malas..kerjanya asyik nak online je sampai broadband limit quota..dah bosan online, pi sumbat makanan dalam mulut, lepas tu main game tak hingat dunia..last2 bagi  kesan x baik pada diri sendiri (berat naik hampir 2kg for 2 weeks – nurse membebel)..dan mintak2 dijauhkan kesan buruk pada baby..aminnnnn..

So, utk kurang kan rasa bosan dan sifat malas bila husband dah outsatation, husband dah bekalkan latihan buat baby..tapi mama dia yang kena buat..so, dua-dua kena jadi rajin..no more malas2..

Ni haaa..buku latihan math..

Mintak kat husband buku latihan math form 4..tapi husband ckp, buat je dulu math form 3..
dah habes math form 3, beli buku fizik pulak..(FIZIK?? heee..maaf la mama x minat fizik..kalau nak jugak buat latian fizik, ayah dia yang kena ajar mama dia)..

Nak latihan English pulak, dah besar nanti mama hantar baby tuition dengan nenek kat kampong je la..x pon belajar English dgn ayah je laaaa..(ayah kan kapten hebat)..hahhaha

husband pesan, rajin2 wat latihan, untuk rangsang otak baby..
mak pesan, rajin2 baca ayat2 Al-Quran, untuk dekatkan diri dengan agama..
In Shaa Allah, akan cuba sedaya upaya untuk beri yang terbaik untuk si kecik ni.. 


dan ini untuk diri sendiri untuk tambah knowledge..=))



Semoga mama dgn ayah dapat berikan ilmu dunia dan akhirat yang cukup dan seimbang untuk baby..
aminnn...


---> percubaan minum esp shaklee menampakkan hasil...alhamdulillah..
---> alhamdulillah dah 7 bulan life 'husband and wife'

Wednesday 28 August 2013

fuhhhh..

** entry ni khas untuk one of my friend yang dlm dilema nak berhenti kerja..heheheh..

Selamat pagi rabu..

Kejap je dah hujung bulan 8..maksudnya dah 2 bulan jadi fulltime house wife..
Memang la ada suara sumbang yang pertikaikan kenapa berhenti kerja..tak sayang ke ada degree, tapi jadi fulltime housewife..tak terbeban ke suami nak tanggung sara keluarga sorang2..duit kereta ko sapa nak sambung bayar..tak bosan ke duduk rumah je..

YES..macam2 bunyi suara sumbang kat luar sana, lagi-lagi time raya, kenyang makan ketupat rendang, lagi rancak la si suara sumbang..memang dah agak dah ada je suara2 yang akan tanya..dan awal2 dah bagitahu kt husband yg kita tak tahu nak jawab ape bila suara2 sumbang tanya soalan2 maut ni..dan husband cakap ‘jawab je dengan jujur’..memang panas telinga, gugur air mata, remuk hati, kembang kempis hidung bila dengar orang cakap itu dan ini..sampai satu tahap, nak google cari kerja..

Bukan senang nak buat keputusan nak berhenti kerja..dulu dapat peluang jejak kaki kat Mekah, berdoa menangis sampai lencun telekung depan Kaabah, mohon diberi petunjuk, diberi kekuatan untuk buat keputusan nak berhenti kerja sebab utama nak berhenti kerja, nak duduk dengan suami (dah puas PJJ)..nak jalankan tanggungjawab as isteri..kan tempat isteri disisi suami..dan In Sha Allah , jika diberi kesihatan yang baik, nak jaga anak depan mata sendiri 24h/7d..niat nak kumpul saham akhirat..

Alhamdulillah, balik dari umrah, Tuhan beri petunjuk yang tak disangka2..petunjuk yang bukan dtg dari mimpi..seorang kawan non-muslim yang berkawan rapat dengan bos (sekarang ex-bos) menceritakan segala2nya..bila si non-muslim ni ceritakan segala2nya, tergerak hati “mungkin ni petunjuk dari Tuhan”..mintak pendapat husband, mintak pendapat emak abah, mintak pendapat adik-beradik, semua bagi semangat suruh letak jawatan..terus nekad, letak jawatan dan pegang pada kata2 “REZEKI TUHAN YANG BERI, BUKAN BOS YANG BERI”

Tak kesian ke tgk husband kena kerja kuat mengalahkan buruh kasaran Indon???..YE MEMANG KESIAN..sangat2..tak sampai hati nak mintak itu ini..dulu nak shopping online, x kesah sebab pakai duit sendiri..duit kereta, bil telefon, broadband semua pakai duit sendiri..sekarang ni 500% bergantung harap pada duit suami..duit simpanan yang x seberapa, husband tak bagi guna langsung..bunyik macam tak best kan..memang tak best pon..hahahahahaha..bila difikir2 balik, buat ape nak shopping baju, kasut, beg, makeup sedangkan bukan ada nak pi kerja, jumpa clinet pon (Haipppp, berhias utk suami je!)...paling2 pon nak beli pencuci muka je..baik duit tu simpan untuk beli pempes, susu anak..hmmm, bab2 hutang ni, syukur ada hutang kereta je, lagi 5 tahun nk merdeka hutang (Lamanyaaaaaaaaaaaaaaaaa), dan syukur x ada hutang PTPTN..tapi kesian untuk husband yang kena sambung bayar duit kereta..(nasib awak x ada hutang pape bie)..

Dah berhenti kerja ni, mesti la ada plan or niat nak buat something yg boleh tolong husband kan..heheheh..setakat ni baru belajar sikit2 dari mak cara nak buat langsir rumah, buat sarung bantal and tilam baby..(untung ada mak yang dah bersara dan pandai jahit..ily mak!)..Cuma buat baju kurung je yang mak malas nak ajar..mak ckp, pi belajar sendiri…hahahahhaha..semuanya masih dalam mood belajar..terkedek2 pon xpe laa..


Bila dah tak bekerja, mesti la tak berduitkan..so, memang kena korbankan 'keinginan wanita' (shopping) sangat2..beli ape yang perlu, bukan apa yang mahu..

walaupun husband ada offer -- nak baju tak sayang, nak seluar tak sayang, ikotkan nafsu tahap 5 wanita --- ehhhhh...mesti la nakkkkk..jom kita shopping hujung minggu ni jugak---

tapi bila keperluan itu mengatasi keinginan --- tak pe la bie, baju-baju dgn seluar ayg banyak lagi yang muat, baik kita shopping barang2 baby..baju ayang x muat, boleh tibai baju bie..baju baby x muat, tak kan baby nak tibai baju bie jugak....hahahhahahah---


eh, dh panjang sangat entry ni..

lastly,

Memang payah nak fikir masa depan, jadi lagi takut nak lalui hari yang mendatang, sebab kita tak tahu ape yg terjadi untuk hari2 esok, dan esok, dan esoknya..

dan

kalau cakap pasal tak cukup duit, bagi 1 juta pon tak akan cukup kalau asyik dahulu kan keinginan dari keperluan..

=)

Monday 26 August 2013

Syawal

rasanya tak lambat nak wish 
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

tahun ni first raya as husband and wife..
dan raya tahun ni raya first kt kampung husband..
kat Sg Besar Selangor

jauh beza dgn raya kt kampung sendiri especially bab makanan..
kt kampung husband, ketupat or pulut or lemang makan dgn rendang kerang + kuah kacang yg ada daging..
beza sangat dengan kat johor yg ada kuah lodeh, sambal kacang, ayam masak kicap/kari/merah, rendang daging..

pagi raya dah set x nak sedih2 bila call family kat Johor..
tapi bila dah call, abah yang start nangis dulu,,suara emak pon sebak je..
heeee...almaklum lahh, anak pompuan bongsu dia mana pernah keluar johor, dan setakat ni dalam adik beradik, the only one yang pasagannya orang luar johor.

raya ke-4, terus gerak balik dar sg.besar ke b.pahat..6 jam jugak laa..ni 2nd time straight balik dari sg.besar ke b.pahat, tapi husband yg drive..dulu pernah drive sorang2 straight jb-sg.besar..sakit pinggang gila2..sekarang nak drive jauh je, dah x boleh..mesti husband x bagi..lama2 boleh hilang skill bawak kereta...hahahah.

bila dah kt b.pahat raya ke -4 jangan harap la ada lauk raya lagi..
so, lepak2 je kat rumah..lagi pon hari ke 5, tetiba muntah gila2..muntah hijau..
sebab akibat makan x ingat dunia..
heee..

now, dah raya ke..19, eh, 20 kot..
x ada nak pi mana2 sebab husbnad outstation for 2 weeks..
waaa..kena tinggal sorang2...


1st Syawal as husband and wife..
(baju yang sedondon dgn husband x muat langsung, terpaksa pakai dress instant) 

3rd syawal..happy semacam sebab esoknya dah nak balik b.pahat...
weheee...


---> ramai classmate UTM yg tamat kan zaman bujang...alhamdulillah..Congrats and happy untuk korang..=)

Thursday 11 July 2013

Ramadhan Kareem

Ramadhan Kareem..
selamat menyambut ramadhan..

kat fb, berderet status
''ramadhan pertama as husband and wife"
''done masak sahur untuk husband"

alhamdulillah..bahagia semua kawan2..
*gembira*

semalam 1 Ramadhan..Johor, Melaka dgn Kedah (kot) yang cuti..
alhamdulillah semalam berjaya berpuasa..
sebelum tidur, selepas sahur, pujuk "the little one' untuk sama2 berpuasa jugak..

luckily semalam my sis balik kampung, so duduk melayan anak sedara je la..x terasa penat sangat..tapi bila anak sedara tidur, automatik lembik semacam..terbaring je pastu mampu main game je..
time nak masak untuk berbuka, mmg mintak akak bagi kerja2 yang x perlukan gerak banyak..
so, duduk kupas bawang, potong sayur..
dah ada kekuatan sikit, baru la kemas meja, basuh pinggan, tu pon termengah2..
*sejak mabuk berkurang, mengah pulak menjadi2*

azan je, terus je melantak air teh 0 suam..minum sikit2..pastu try makan nasik dua tiga suap..
pastu, rasa semacam..lari pi sinki..keluar segala2nya..
perut kosong mmg akan jadi mcm tu..tapi lepas habes agenda muntah, alhamdulillah selera mencanak2 naik..
rugi la lauk sedap, kalau x makan kan..

hari ni mintak2 tak muntah lagi..kalau muntah jugak, kena buat something ni..
malu la kalau pi buffet ramadhan kat hotel nanti muntah2..

dan untuk ramadhan pertama as wife, a big sorry to Shafiq sebab masih belum berpeluang untuk teman sahur dan berbuka..in shaa Allah, ada rezeki, kita sahur dan buka puasa (KAT HOTEL TAU) sama2 ye..
sedih je bila awk cakap "tak ada kawan nak buka puasa".."sahur kat mamak je"
alahaii...rasa bersalah sangat2 tak dapat jalankan tanggungjawab..



Friday 5 July 2013

Dia dah hilang..

Selamat pagi jumaat..
Pagi2 lagi dah teman suami pi presantation kat tnb melaka..
Hajat kt hati nak tgk dia bg kuliah kt engineer tnb, tapi dia x bagi..
Alasan nanti x fokus nak bagi kuliah..last2 duduk lah dalam kereta sorang2..

Habes je kerja dia, nak balik sg.besar..dah lama x balik sana..dalam kepala dah terbayang mee udang kuah melimpah bno..heheh..

Ni cerita semalam..semalam ada apoointment dgn pakar o&g kat hospital besar melaka..appointment pukul 8, tapi pukul 9 baru sampai..5jam baru siap..gila lama tunggu..nurse pon bgtau yg smlm mmg terlalu ramai org checkup dgn doktor..so, kena bersabar sangat..

So bila dah dapat jumpa doktor, buat scan..alhamdulillah fabroid dah hilang..doktor ckp dah x payah dtg jumpa pakar dah..boleh checkup biasa je kat poliklinik...rasa syukur sgt2..smlm time scan, dah nampak dah heart beat my little mucuk..hihi..shafiq pulak x puas hati sebab dia x dapat tengok..xpe laa, ada masa kita buat scan kt privet k..

Hopefully semua urusan dipermudahkan..aminnn

--->tak sabar nk pindah rumah..

Friday 28 June 2013

Fobia Hospital

selamat hari jumaat..
hari ni happy sangat2..
sebab Shafiq bagitau dia dah bebas dari outstation untuk minggu depan ni..
horeyyyy..joget sin chan..
terus tak jadi nak balik kampung sebab shafiq nk balik Melaka..
hihihi..

dan pagi ni jugak dapat call dari Poliklinik..
nurse bagi tau kes kita kena rujuk pada pakar kt Hospital Besar Melaka..
semalam 1st appointment dengan doktor untuk regular checkup..
so bagitau doktor pasal masalah fabroid tu..
dan doktor cakap, kes mcm ni kena rujuk pakar..
alahai...
malasnya nk pi hospital..

malas bersebab..sebabnya TAK BOLEH atau SANGAT FOBIA dengan hospital
sejak dulu lagi mmg ada masalah bila nk pi klinik or hospital..
asal masuk je gate besar hospital,
terus berpeluh2 sejuk..muka pucat..rasa nak muntah..rasa nak pitam..
padahal dalam kereta kat tempat parking je..

entah laa..dulu pernah tengok akak bersalin..dan time datang hospital tu, dia betul2 baru disorong keluar dari dewan bersalin..eksited nk tengok baby dia..
so, ikut la dia disorong sampai masuk wad..
tetiba tengok katil sebelah ada secalit darah kt cadar..terus nk pengsan..
pastu ternampak ada darah sikit je kat kain akak..terus nk muntah..
mak terus suruh keluar dari wad, duduk dekat kaunter..tetiba ada pulak org jerit2 sakit..dengan bau ubat macam2..
terus terduduk kat kerusi..betul2 nk pitam..
dahsyat..

so, bila dah dapat tarikh kena jumpa pakar, terus call Shafiq, mintak dia amek cuti..
sebab diri sendiri tak yakin nak masuk hospital..kang ada yang pengsan tetiba..
payah betul la jadi org lemah semangat ni..
tapi demi kesihatan dan keselamatan bby..kena kuatkan semangat jugak..

=))




Monday 24 June 2013

sampai disini saja..=)

finally dah hantar surat letak jawatan..
rasa lega sangat..
minggu ni minggu last kerja kat Melaka..
.
.
.
dah tak perlu untuk toleh belakang lagi..

hari ni new staff datang office, interview..
dan secara tak rasminya dah mula bagi training pada new staff..

impian nak duduk sebumbung dgn Shafiq hampir jadi kenyataan..
Alhamdulillah..
hampir 5 bulan kawen, tapi bila dikira dengan jari, berapa hari je la kitaorang dapat duduk sama-sama..
hanya yang PJJ je tahu ape perasaan duduk berjauhan..

sekarang tengah pening kepala dok fikir nak hangkut segala perabut kat rumah Melaka dan pindah Shah Alam..
sapa free, meh tolong hangkut barang..

Friday 21 June 2013

buku pink

selamat pagi Jumaat..
pagi yang berdebu..berjerebu..
celik mata je, nafas dah tercungap-cungap..

semalam selamat sudah buat buku pink..alhamdulillah..
ikutkan perancangan nak buat lagi dua minggu sebab tunggu Shafiq balik dari outstation..
tapi kan dia buat surprise balik rabu malam khamis..terharu..dia dapat balik pon sebab kerja dia kt Penang tu hold sampai hari Jumaat..dari Penang terus dia balik Melaka..
dah 2 minggu x jumpa..bila jumpa je, alahaiiiii..sesi air mata sang isteri..
tapi dia dah pon selamat balik shah alam pagi tadi, pastu terus ke Penang..pukul 4 pagi, orang lain sedap2 tidur, lap air liur..tapi ada orang tu berjaga, lap air mata..mampu hantar suami sampai pintu rumah je..tunggu la lagi 2, 3 minggu baru dapat jumpa..(T_T)
jumpa nangis, pisah pon nangis..hati tisu sangat..
tapi dah biasa pon hidup jauh2 ni..awal2 je menangis, lepas sejam dua ok la nanti..
main candy crush terus ok..hahaha

ok, nk story pasal buat buku pink..
buat kat poliklinik ..tak da la ramai sangat..ok je..
bagi 2 copy sijil nikah, 2 copy ic laki bini..
tunggu turn, isi buku pink..
time nk isi buku pink ni, ada rasa mcm nk gaduh sikit la dgn nurse..
nurse tanya ada nk pindah mana2 ke..pastu bagi tau la nk pindah shah alam lagi sebulan..pastu nurse ckp, mcm tu x payah bukak buku kat sini..baik bukak buku kt s.alam..
pastu Shafiq ni dh hangin, penat2 dia mintak cuti, tak kn nk tangguh lagi..2x kot dtg..
kalau buat lagi sebulan, time tu dah masuk 15 minggu kot..mau kena marah..nasib ada nurse lagi sorang yg tlg settle kan buku pink tu..

dah siap isi buku pink, pi amek darah, buat urine test, check up berat, BP (alhamdulillah semuanya normal)..baru jumpa nurse utk checkup detail dan ada la sikit nasihat dari nurse..nurse yang cheeck up tu sangat la baikkkk..dia baru je pindah dari labour room masuk ke KK..banyak dia story pasal kerja dia kt labour room..best gila..tapi kesian la kt Shafiq kena tunggu lama..hahahha..

next check up hujung bulan 7 nnt..tapi next week ada appointment dgn doktor sbb ada problem sikit..
nurse terangkan, kalau kita tak ada kes berat, kita akan jumpa doktor 3x je..1st trimester dalam 11 or 12 weeks, 2nd trimester masa kandungan 28 weeks dan 3rd trimester masa 36weeks..
untuk injection pulak, kalau 1st pregnant akan dapat 2x suntikan masa 26 weeks dgn sebulan selepas tu..
jelas dan detail nurse tu terangkan..puas hati..

so, next appointment kena jumpa doktor utk bagitau pasal fabroid..
masa kandungan 6 weeks, ada buat scan kt swasta..dan doktor detect ada fabroid..

gambar atas tu fabroid 4cm x 4 cm ..yang bawah tu nampak tak kantung bby tapi x berapa cantik (ada lekuk)..fabroid tu menekan kantung bby, tu yang jadi lekuk..
hopefully mengecut la fabroid tu..aminn..

dah siap semua check up, terus pi carik segala jenis makanan yang sang isteri idamkan..hahah..
mengidam 2 minggu lepas, baru dapat makan semalam..sadis..
hee..ok la..penat nk menaip..
bye!


Wednesday 12 June 2013

Cerita sebulan yang lalu


banyak benda yang nak story pasal umrah tapi mood kadang2 ok..kadang2 tak ok..heheheh

firstly alhamdulillah sebab selamat pergi dan selamat pulang dari buat umrah..
pengalaman yang sangat seronok..tak terfikir dapat datang ke tanah suci Mekah..alhamdulillah rezeki yang Tuhan berikan..dan terima kasih tak terhingga pada FIL yang fully sponsor package umrah ni..really appreciate it..In Shaa Allah ada rezeki, nak datang lagi dengan Shafiq berserta baby..heee...

kitaorang pi under Andalusia Travel & Tour..
dan totally service dia baik..
from KLIA (6 hours kat awan) ada transit kat Oman..just lawatan half day, tapi disebabkan masa x izin kan dan kat Oman hujan (kat Oman, dalam setahun 2 minggu je hujan) so, end up just lepak2 kat hotel before fly ke Jeddah..dan pi satu masjid yang seriously sangat2 cantik..

dari Oman fly ke Jeddah..sampai air port Jeddah, naik bus untuk masuk Madinah which is take 6 hours from Jeddah ke Madinah..disebabkan sangat penat dan waktu tu malam, so, tidur je lah..sampai Madinah after Subuh..
check in hotel, breakfast dan the 1st place yang kitaorang pi adalah Raudhah kat Masjid Nabawi..ape tu Raudhah?? Raudhah tu taman Syurga..sapa yang dapat solat di Raudhah, In Shaa Allah doa dia dimakbulkan Tuhan..alhamdulillah, kitaorang dapat tunaikan solat kat Raudhah walaupun sangat sesak..
sorry tak ada gambar sebab perempuan x boleh bawak kamera walaupon hp kamera..kena rampas..
dekat dgn Raudhah tu ada jugak makam Nabi Muhammad S.A.W , Makam Saidina Abu Bakar dan Makam Saidina Umar..

lepas tu hari-hari lain ada la lawatan ke Masjid Quba, ladang kurma, pasar kurma..
kalau nak cerita satu2 sangat lah banyak..
so, overall best sangat2..cuaca kt madinah panas, tapi udara dia sejuk..hotel kitaorang dgn masjid Nabawi dekat je..dan Masjid Nabawi sangat2 cantik..paling jakun, bumbung dia ada yang bergerak dan terbuka..so, time Maghrib boleh nampak langit..

abah-abah mertua-emak mertua-emak
time ni baru sampai airport Oman

ni la Masjid yang sangat2 besar + cantik..
pokok2 tu bukan pokok renek..pokok tu setinggi manusia..so dapat bayangkan x betapa besarnya masjid tu..

ni tunggu masa nk fly ke Jeddah..sejuk + penat + mengantuk

yang ni tak ingat la kt mana..hahah..yang penting ada kena panjat bukit berbatu sikit laa..

yang berjubah tu mutawif kitaorang..

shopping time..memborong jubah..weheee..

dah puas shopping, stop kejap makan ice cream..

ni after solat subuh..buat ziarah wada' untuk ucap selamat tinggal..yang kubah hijau tu, tempat makam nabi & sahabat2..


yang ni pon x ingat kat mana...yang penting pi kawasan berbukit..yang ni tempat nabi bersembunyi..tapi bukan Gua Hira'..

Kawasan Masjidil Haram..ini replika je..sekarang Masjidil Haram sedang dibesarkan lagi..

my mr.husband..kat muzium..kat sini boleh tengok gambar2 kaabah dari dulu sehingga kini,..tengok telaga zamzam zaman dulu..tengok pintu kaabah zaman dulu..dan macam2 lagi..

senget pulak..time ni kepala asyik pening je..ingatkan sebab terlalu panas..rupa2 nya tetttttt..

kiss me..hahaha..
ni kt ladang unta..minum susu unta fresh dari tetek unta..
susu yang ke dua terbaik after susu ibu..

hahah..ni cuak2 sebab takut kena cium dgn unta..

after 4 hari kat Madinah, bergerak masuk Mekah..lepas sembahyang Jumaat, siap2 dengan pakaian ihram..sebab sampai je Mekah, terus buat umrah..

dan untuk pertama kalinya bila nampak Kaabah, terus menangis..dan sepanjang tawaf tu bau wangi je..siap tawaf 7 kali, buat sai'e dan tahlul..alhamdulillah..complete dah umrah wajib..lega sangat..

husband and wife after tahlul..yang ni umrah wajib..lega sangat bila dah selesai sebab dah tak ada dalam pantang larang..

hmm, penat la nk taip..hahah..
in sha Allah, ada rezeki, sihat tubuh badan, nak datang sini lagi..
tapi kena kumpul duit laa...hehhehe..

dan bila sampai je Malaysia, seminggu jugak jet leg + batuk dan selsema yang agak teruk..
dan day after sampai Malaysia, buat upt..dan alhamdulillah, doa time kat Mekah dimakbulkan Tuhan dalam masa yang sangat singkat..
Allah Maha Kuasa
=)

Saturday 8 June 2013

Happy me!!

Selamat datang hujung minggu..
Hujung minggu yang sorang2..

Last entry ada story pasal husband yang tak dapat balik minggu ni..
Dan dgn tetibanya dia bagitau yang dia EL hari jumaat..terus khamis mlm jumaat dia balik melaka..
Dan wife dia ni punya la x lena tido sebab tunggu husband sampai..hihhi
Dia EL pon bersebab..sebabnya dia kena outstation kt Penang sampai hujung bulan, means cuti dia next week terbatal dgn sendirinya..
Dan dia EL sbb nk teman wife dia yg sgt penakut dgn klinik ni pi buat buku pink..
Suami dah EL, so si wife pon EL jugak..
Tapi sayangnya Poliklinik A.Keroh x ada buat buku pink hari Jumaat..
So kami decided utk scan kt swasta..dan bila dah scan, ada la berita yg tak berapa sedap nak didengar dari mulut doktor..

Kami terima ujian dan dugaan ni dengan hati terbuka..Yakin dengan ketentuan Tuhan..okeh, next entry je la cerita pasal dugaan yg kami terima ni..

Sekarang ni nak bagitau yang berat dah naik..
Dan ini sesuatu yang sangat luar biasa!!!!

Dari zaman sekolah, aku jenis yang susah sangat nak naik berat badan..
Benda tak naik berat badan ni berlanjutan sampai zaman universiti..sampai ada sorang budak laki dlm kelas buat rangking sapa paling kurus dlm kelas..dan aku jatuh tangga ke 3..hahah ..gila..dari zaman tingkatan 4 sampai zaman degree sampai ke zaman kerja berat aku maintain 44-45kg..dan dah 2 bulan kawen, berat aku still maintain 44kg..dan dalam jadual BMI, aku terlalu underweight..

Dan surprise me, kali ni berat aku naik dgn mendadak!!!
Dua minggu lepas timbang..ehhh 47kg laaa..gembira ok..dan semalam terus beli timbang sbb nk pantau berat time preggy..
And again, tambah lagi 2.5kg..means 49.5kg..Alhamdulillah, berat aku bertambah..so x risau sgt kalau doktor bebel aku terlalu kurang berat badan..dan dengan ketinggian 159cm, BMi dah stabil..weheeeee..

So sekarang ni nak kena maintainkan berat badan..my sis pesan time preggy jgn naik terlalu mendadak dan jgn turun berat mendadak sbb nnt nurse bebel..huhu..

Okeh, sekian...




Wednesday 5 June 2013

sensitive mood

mood dua tiga hari ni agak sensitive sangat..
senang benar air mata nak keluar..

semalam, husband bagitau dia x balik hujung minggu ni..dia ckp mcm tu je, terus mengalir air mata..
mengada2nya!!

sebenarnya baru eksited nak beli barang2 dapur (kena ajak dia sebab masuk mall je nak muntah)..
pastu nak masak lauk favourite dia walaupon tau mood nak masak masih x ada..
dan lagi eksited nak buat buku pink siap nak mintak cuti lagi kat bos hari isnin dan selasa depan..
tapi, semua tu x menjadi, sebab dia kena outstation..
dan x tau cuti dia approve ke tak..
benci gila!!..

bila dah menangis, makin menjadi nangis nya time nak tidur..
menyampah..
time muntah2 pagi, menangis jugak..
yela, weekend yg lepas, asal muntah je, ada la orang nak tepuk2 and usap2 belakang, ada la orang nak picit2 kan kepala, ada la orang nak buatkan susu panas..
ni bila dah duduk sorang, 
semuanya BUAT SORANG2..
sapa tak sedih..
dalam fasa mabuk teruk, kena tanggung sorang2..

kalau mengidam pape malam2 buta, kena tahan sampai husband datang jenguk wife dia ni..
orang lain mengidam hari ni, esok dah boleh dapat..tapi aku, kena tunggu seminggu baru boleh dapat..
nak cari sorang2, mmg payah laa..malasnya nk drive mmg tahap maksimum..

tapi dalam kesusahan nak dapatkan apa yg aku nak makan, Tuhan selalu mudahkan..
minggu lepas, nak makan jemput2 pisang, tau2 weekend lepas MIL buatkan..tak cakap pon kt dia yg aku nk makan benda tu..walaupon makan 2,3 ketul dan keluar balik, tapi alhamdulillah dpat jugak rasa..
pastu teringin sangat nak makan daging rendang, pi beli lauk lunch, tau2 je kedai tu ada jual daging rendang..alhamdulillah..kenyang..(menyesal amek sikit, sedap woo) dah dapat makan, terus nak nangis sebab Tuhan mudahkan urusan aku yang sentiasa SORANG2 ni..

bukan nak merungut dengan ketentuan Tuhan, tapi terasa sangat bersyukur diberikan ujian mcm ni..sekurang2nya aku tak terlalu bergantung harap pada husband..walaupon mual loya tahap teruk, tapi aku rasa syukur diberikan sikit tenaga nak pi beli makanan..diberi tenaga sikit untuk pi kerja..diberi tenaga untuk lawan rasa malas..diberi tenaga untuk bangkit after muntah teruk sampai terduduk kat bilik air..

terima kasih Tuhan..
semoga cabaran ini mengajar 'dia' yang ada dlm rahim ni, belajar jugak erti SABAR, TABAH, dan tak bergantung sepenuhnya pada orang lain..



---> tengok cerita teduhan kasih pon boleh nangis bila tgk adi putra romantik abes...
---> taip entry ni pon air mata bertakung je..alahai hatiii...
---> pesan kawan2 ''jgn dilayankan sedih tu" -- ok, duduk kat tempat aku, dan tengok apa yg korang rasa..=')


Thursday 30 May 2013

Training Awal

hari ni training puasa untuk bulan Ramadhan nanti.. 
(training baby sekali)

In Sha Allah lagi 41 hari lagi nak masuk bulan Ramadhan..
berdebar rasa..

semoga dapat berpuasa penuh tahun ni..
walaupon bersahur dan berbuka sorang2..(eh, in sha Allah dgn baby sekali)
aminn..


dan ini in sha Allah boleh membantu..
=)

Monday 27 May 2013

pengalaman stage 1

selamat pagi Isnin..
minggu akhir dalam bulan 5..bulan 5 ada 5 minggu yang panjang..terasa lambat nak dapat gaji..
heeee..

alhamdulillah, last weekend dapat balik batu pahat, sbb ada family event..buat bbq je pon..
dan last weekend, pi buat scan kali ke-2, sebab perut terasa sangat mencucuk2..
kisahnya petang hari selasa, nak belah telur masin, dan dengan tetibanya pisau tu boleh menghiris hujung jari telunjuk..siap terpotong sekali kuku..bila dah mcm tu, terus perut sangat sakit..mencucuk2 tajam..
dah risau mengelabah..tapi mampu doa dalam hati, hope tak da pape buruk yg jadi..

so, last weekend, sebelum nk beli barang2 buat bbq, singgah klinik kejap, nak tanya doktor and terus buat scan..
1st scan dulu just nampak kantung baby je..
dan yg 2nd scan ni, alhamdulillah, dah nampak my little khalifah..dan nampak degupan jantung dia..
terus tanya doktor, mmg ada rasa cucuk2 ke kat perut, dia cakap, ada sesetengah org akan rasa mcm tu..so, tak payah nak risau sangat..dan doktor ckap dah boleh buat buku..
tapi my sister nasihatkan buat time dah nak masuk ke 2 bulan setengah..
and now my little khalifah baru je nak menuju ke 2 bulan..alhamdulillah..

dan pasal alahan pulak, tak tau nak dikategorikan mcm mane..
morning sickness muncul tiap2 pagi..
after bangun tidur..celik je mata, tekak rasa mual, kepala pusing, badan peluh2..

dalam bab makan, kena fikir dulu lama2 nak makan ape..contoh dalam kepala nak makan ikan bakar, pastu tetiba tekak rasa kembang je..so, ikan bakar out of list..pastu fikir nak makan tomyam, dan tekak pon mcm ok je, so, tomyam on..hahahah..
kalau dulu tengok kek je jadi berselera gila2..sekarang ni tengok kek pon dah mual habes..walaupon kek kegilaan new york cheese..

itu bab makan, bab pengurusan diri, lagi la teruk..siyes, start mabuk minggu2 sebelum ni, dah tak ada make-up pi tempat kerja, nak pakai baju cantik2 pon dah malas, kalau boleh, pi kerja nak pakai track suit je..senang..hahahha
sekarang ni nk pi mana2 just sarung track suit, t-shirt, tudung sarung..muka tepek bedak serbuk je..siap!!
sampai husband tegur suruh tukar seluar yg molek sikit, dgn pakai lipstick sikit sebab muka terlalu pucat..yela, dia punya la smart2, sat lagi wife dia selekeh gila..

dan yang paling x best, tak boleh tengok muka husband sendiri (walaupon dlm hati tiap2 hari ada rasa rindu)..contoh kes semalam, pagi2 dah terasa mual sangat tapi tak boleh muntah..so, paksa jugak diri ni muntah sebab bila dah muntah, terasa lega sangat..cara paling senang nk muntah, paksa tengok muka husband...automatik, lari pi bilik air, terus muntah..legaaa..memang dah tau dari awal mabuk dulu, tak boleh nak tengok muka and bau badan dia, walaupon bau dia dulu menjadi kegilaan..hahahah..

sepanjang awal2 pregnant ni, siyes nafsu untuk shopping tak ada langsung..sebut je shopping mall, terasa tak best langsung..pernah beria2 ajak husband pi mydin, nak beli barang2 dapur..end up, tak sampai 10minit dlm mydin, terus ajak husband balik..masuk mall je, pening semacam..dan langsung tak google shopping online..gila laa..x da mood langsung bab shopping..walaupon window shopping...jimat duit!!!!

rasanya banyak lagi nk story pasal pengalaman mabuk, mual, muntah ni..tp cukup sampai sini kot..ada masa, ada story best2, kita sambung..heee..
tujuan story pengalaman ni biar 10 tahun lagi, korek gali entry ni, baca dgn anak2, pastu gelak kuat2..

sekian..
bye!



Wednesday 22 May 2013

Worldless Wednesday: Kubah Hijau


after Subuh buat ziarah wada'..ziarah untuk ucap selamat tinggal pada Rasulullah S.A.W..
dan selepas tu masuk pulak ke Kota Mekah untuk tunaikan Umrah

*kubah hijau..tempat dimana adanya makam Raulullah S.A.W, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar*

Thursday 16 May 2013

something to share

selamat hari khamis..
semoga semua sihat selalu..
niat kat hati nak update story pasal umrah..tapi simpan dulu story tu..
yang penting, kami semua selamat pergi dan selamat pulang dan satu pengalaman yg sgt besttt..
heee..
btw, dua tiga hari before balik Malaysia, kita batuk dan selsema teruk..
mybe sbb cuaca kat Mekah yang tengah panas terik (39-40 darjah Celsius) bercampur dengan debu sebab tengah banyak construction..
sampai ke hari ni batuk masih tak baik lagi walaupun ubat dah nak habis..

actually, nak bagitau something..mula2 decide tak nak kepoh2 sangat..tapi memandangkan badan ni dah tak tertanggung lagi, so terpaksa la bukak story demi nak dapatkan nasihat dan pengalaman daripada kawan2 yg dah ada pengalaman..

after balik dari Umrah, bangun tidur je sesaja nak buat urine test..dan alhamdulillah, double line yang terang..fuhhh..kejutkan husband yg tengah tido, dia terpinga2..tapi x nak lah happy sangat, so, petang tu pi watson cari lagi satu UPT..dan terus carik toilet and buat test..dan double line jugak..terang jelas dan nyata..cari yg clear blue punye, sbb nk tau dah berapa weeks, tapi x ada..terpaksa pi guardian dan dapat..
ikutkan petang ahad tu husband kena balik s.alam, tapi boleh pulak tiket bus aku hilangkan..huhuh..so, beli tiket bus isnin pagi..
mlm tu husband suruh jugak test..tapi x mau sebab badan lemah sangat..

isnin pagi, before solat subuh, buat test pakai clear blue, dan alhamdulillah 3weeks ++..kejutkan husband dan tunjuk kan benda tu..dia terpinga-pinga lagi..pastu suruh dia siap cepat2 sebab tiket bus dia pukul 8.30 pagi..tetiba dia jerit dlm toilet cakap dia x nak balik pagi ni..dia ajak pi klinik and buat checkup and dia akan beli tiket balik s.alam on the spot..burn lagi tiket bus..

so, buat check up dekat klinik an-nur..best..doktor sgt baik..scan perut dan alhamdulillah ada nampak kantung bby..doktor anggarkan dalam 4-5 weeks..tapi dia suruh dtg next month untuk check up lagi..if everything ok, baru boleh buat red book..siap mintak ubat batuk demam selsema sekali..doktor bagi yang mengantuk punya ubat supaya aku tidur and banyakkan rehat..

after check up, hantar husband pi Melaka Central, dan balik lah husband ke S.Alam..kitaorang buat check up awal sebab husband akan out station ke Utara..dan mybe amek masa berminggu-minggu baru boleh jumpa balik..so, demi keselamatan aku, dia suruh buat check up awal..dan sekarang tinggal lah aku sorang2..ehhh..dgn baby..

dan dengan kandungan yang 4-5 minggu ni, aku dah start alahan muntah2..cepat mengantuk..terlalu letih..kuat lapar..pemalas..

yang muntah2 ni ada timing dia..pagi-pagi bangun tidur, celik je mata, carik toilet dulu..terburai muntah..malam dalam pukul 10 lebih, time mata nak pejam, carik toilet dulu,.terburai muntah..

yang mengantuk pulak, after subuh aku bukan jenis tidur balik after subuh..tapi sejak preggy ni, mesti tidur balik lepas subuh..kat office pulak pukul 11-12 lebih mesti ngantuk gila2..time driving paling aku risau, sebab aku boleh jadi sangat mamai dan mengantuk..kadang2 tak sedar tekan minyak kuat sgt..

yang lapar pulak, pagi2 time siap2 pi kerja, menggiggil satu badan sebab lapar sangat..dan after lunch pon badan menggigil sebab lapar padahal dah makan..dah makan malam pun masih boleh lapar lagi..dahsyat..

lastly, aku jadi sangat pemalas..hahahha..bagasi pi umrah hari tu, aku x kemas lagi..ada tersadai dalam bilik..dah 5 hari balik umrah, aku mampu basuh baju dan sidai baju je...yang lain2, aku x kemas lagi..dan semestinya keadaan rumah tak terurus..

eh, lagi satu, aku selalu rasa ngilu kat area bawah pusat belah kiri..or maybe effect aku batuk kuat sangat kot..

sapa2 yang ada pengalaman boleh tak share..kesian kat diri sendiri..sangat tak terurus..dan yang paling merisaukan diri sendiri, aku sorang-sorang hadapi alahan ni..suami jauh..family pon jauh..just boleh mengadu je kat dia..
doakan yang baik2 ea untuk aku..

dan sebenarnya aku sangat tak sangka yg aku preggy sebab last month period, aku ada baca doa untuk tahan period sebab aku tak nk umrah aku bermasalah, sebab ikutkan period cycle, time aku kat mekah, aku akan period..so, sangat rugi kalau aku period time kat Mekah dan semestinya tak boleh buat umrah..tapi ini dinamakan REZEKI..rupa2nya aku dah bawak baby tawaf keliling kaabah, bawak dia sa'ie..bawak dia pi Masjidil Haram, bawak dia pi Masjid Nabawi dan bawak pi Raudhah..bawak pi Makam Nabi..
Maha Suci Tuhan..
=')


Wednesday 24 April 2013

Wordless Wednesday: bye bye fever


high fever..
 suhu 38.5 darjah Celsius..

Monday 22 April 2013

Diuji sekali lagi

Semoga hati tabah dan kuat..

Disaat badan demam panas, badan melayang, hanya mampu berdoa pada Tuhan semoga disembuhkan seperti sedia kala..
Dan ketiadaan family dan suami disisi, hati harus tabah..badan harus kuat untuk menerima ujian kecil ini..

Tak ada insan yang teman disisi yang boleh jaga si sakit ini..
Tak ada insan yang teman si sakit ini ke klinik..
Tak ada insan yang menjaga si sakit ini dimalam hari..

Tapi si sakit ini tahu dan yakin Dia yang menjaga si sakit ini 24jam sehari..7hari seminggu..
Dia tak kejam..Dia nk menguji ketabahan si sakit ini..ini baru sikit..

Dan si sakit ini didoakan sepenuhnya oleh si suami agar cepat sembuh dan ceria seperti selalu..

Semakin hari semakin tabah walaupun air mata laju berderai..sebab si sakit ini yakin satu hari nanti hari itu pasti akan tiba juga..

Sorry entry emo sangat2..
Suami di utara..isteri di selatan..
Harap agar isteri bertahan..

Tuesday 16 April 2013

Terpilih Untuk Diuji

selamat pagi Selasa..
puas sebab semalam Melaka cuti dan dapat balik kampung..
kampung Batu Pahat..
last weekend my FIL datang tidur rumah..dieorang otw untuk hantar adik ipar balik UTM, so singgah rumah untuk rehat2, makan2, tidur2..
for first time mereka datang rumah..
rumah pon baru 3 minggu duduk..
mesti la tak complete rumah tu..
so, bila husband sampai melaka, terus ajak pi shopping kejap nak carik bantal..
hahahha..kesian..hidup sorang-sorang, bantalnya pon untuk sorang2 je laa..bila hujung minggu suami balik, bantal kena bagi dua dengan dia..sorang dapat satu bantal besar dgn bantal kecik..
bila FIL datang, baru terhegeh2 nak cari bantal..
huhuhu..
.
.
.
.
.
.
.
last weekend, pagi sabtu nan indah sang husband bagi tau yang dia kena outstation..
terus pagi sabtu nan indah tu jadi tak berapa nak indah sangat..
sebelum ni mmg dah tau dah yg dia mmg akan outstation..tapi tak tau bila masa..
so, bila dia bagitau yg jadual untuk outstation dah keluar, terus rasa sentap..meleleh air mata..meleleh hingus..
kalau outstation time weekdays je tak pe sebab mmg kitaorang tak jumpa pon weekdays, yang buat hati sentap dia kena outstation untuk berminggu-minggu, berbulan-bulan dan In Shaa Allah sampai hujung tahun ni..(T___T)
kalau dekat tak pe..ni nun di utara sana..dan isteri pulak di selatan..tapi alhamdulillah masih dalam Malaysia lagi..
nak mengeluh adalah tak baik sama sekali sebab ini semua rezeki Tuhan yang bagi..apa yang boleh kita buat berdoa semoga hati ini kuat untuk bertabah dengan segala yang Tuhan telah tentukan..
.
.
.
awal-awal lagi dah mintak izin kat suami untuk balik kampung hujung minggu kalau dia tak dapat balik Melaka..sebab selepas suami, family sendiri je lah yang mampu menggembirakan hati ni..(T__T)
.
.
.
.
.
.
begini lah nasib husband and wife yang PJJ..
tak semua orang mampu untuk tempuh long distance relationship ni..
yakin dengan percaturan Tuhan
yakin dengan perancangan Tuhan
yakin dengan rezeki Tuhan
yakin dengan ketentuan Tuhan
sebab saat kita diuji sebegini, buatkan hati kita lebih dekat dengan DIA..
semakin dekat kita dengan DIA, semakin dekat hubungan kita dengan pasangan..
semakin dekat kita dengan DIA, semakin kuat hati untuk terima segala ketentuan DIA..
(ini lah apa yang aku rasa sepanjang 2 bulan lebih, walaupun kadang2 air mata tumpah macam air terjun)
.
.
.
.
.
.
untuk mereka yang dapat duduk sebumbung, tidur sebantal dengan suami, korang memang beruntung..
ada orang nak jaga setiap masa, setiap saat..
kalau nangis, ada tangan lain yang boleh lap kan air mata korang.. 
kalau sakit kepala, ada tangan lain yang boleh urutkan kepala..
celik mata bangun tidur je, ada suami kat sebelah..
barang dapur habis je, ada orang temankan beli..
.
.
.
.
.
.
beza dengan mereka yang PJJ dan hidup sorang2 tanpa family di sisi..
SEMUANYA SENDIRI..
tapi aku yakin, DIA temankan aku..
.
.
.
.
.
semoga satu hari nanti masa itu datang juga..
aminnn

sekian..
entry emo



--> adik beradik aku after kawen memang semuanya PJJ sampai setahun lamanya..yang bezakan aku dgn adik-beradik yang lain: aku PJJ tapi tak duduk dengan family, dieorang duduk dgn family aku..aku PJJ merentasi dua buah negeri, diaorang PJJ dalam negeri..so, aku lah si hebat yang berhati tisu..=')

Monday 8 April 2013

Rajin yang Malas

Selamat Pagi Isnin..
Siyes pagi ni tetiba rasa semangat nak kerja, walaupun badan tak berapa nak sihat dan perasaan malas besar mengusai diri..
gila..
tak pernah hari Isnin rasa semangat nak kerja..
semangat nak kerja 
sebab semangat nak siapkan kerja 
sebab semangat nak cuti untuk hanimun hujung bulan ni..

tak ada lah hanimun sangat..
sebab niat utama mesti lah nak buat umrah betul2, nak ziarah Mekah and Madinah..
siap bawak emak abah dan emak abah mertua..
so total 6 orang..
semoga umrah kami berjalan dengan lancar..
aminnn..

dalam 6 orang ni, mesti lah aku sorang je yang tak pernah buat umrah..yang lain2 semua dah pernah..
so, kena lah belajar betul2 sebab takut tersalah buat or terlanggar pantang larang..

doakan semua urusan kami dipermudahkan..

doakan kesihatan aku ok sebab sejak seminggu dua ni asyik cepat letih dengan suhu badan tak menentu..

doakan kami semua selamat pergi dan pulang..

aminnn...

---> big thank you kat abah mertua yang sponsor umrah ni..=)



Tuesday 2 April 2013

ILY Hub - Mum -Dad

selamat tengah hari Selasa..
semoga hari-hari akan datang lebih ceria..

Untuk bride to be April,
A Big Congratulation on your wedding day..
semoga semuanya berjalan lancar..
aminn..
sekejap je kan dah masuk bulan April..

btw, bersyukur sangat2 sebab pencarian rumah sewa dah berakhir..
sebulan duduk rumah abang yang jauhnya nak ke office ambil masa 45 minit tanpa sebarang jalan jammed..
dan rumah sekarang just take 10 minutes yang boleh bawak 60km/h..
hahahha..keluar rumah pon pukul 8.15..
kalau duduk rumah abang, keluar rumah 7.15..

walaupon rumah tu just rumah sewa, alhamdulillah, masih ada tempat berteduh..
dan semestinya duduk sorang2 je kat rumah tu..
forever alone sangat..
dan bila tak ada planning nak balik kampung Johor or Selangor,
husband akan datang Melaka..
so far, baru seminggu dua hari duduk rumah tu..

dan perlu sangaaaatttttt berterima kasih pada mak dan abah yang terlalu banyak sponsor langsir, perabut, barang2 elektrik yang tak termampu lagi untuk anak dia beli cash..
kalau setakat blander, rice cooker, boleh lah dibeli sendiri..
tapi kalau fridge, washing machine, tv, memang lah tak berapa mampu nak beli..
walaupon awal2 husband bantah amek duit pemberian abah and emak sebab dia mampu untuk beri semua tu, tapi bila abah dan emak cakap ikhlas dan nak membantu, jadi sayu hati pulak nk tolak..
tapi x ada lah nak habiskan semuanya..
carik barang elektrik yang harga paling munasabah dan perlu fikir berbaloi tak beli itu dan ini dengan harga sebegini untuk jangka panjang..dan selebihnya simpan..

i love you emak..
i love you abah..
i love you husband..
=))

untuk rumah sewa ni, alhamdulillah, selesa untuk makan, tidur, baring2..
hihi..
tapi maybe tak lama duduk sini, sebab perjanjian dgn husband untuk PJJ only one year,
lepas tu wajib duduk sama2..
doakan kami dapat duduk serumah, sebilik, sebumbung sama..
aminnnnn..

pada yang PJJ, kuatkan hati..tabahkan hati..dan yakin dengan rezeki Allah..


~sekian~







Wednesday 27 March 2013

Review: Door Gift

kali ni nak review door gift..
tapi side perempuan je laa..
side lelaki tak berkesempatan nak amek gambar memandangkan time tu majlis buat simple habis..

dimulakan dengan door gift time nikah..
- bunga rampai
- air kotak soya
- kek cokelat hand made by my kakak..

asalnya nak bagi kek cokelat je..tapi majlis nikah ni buat sekali dengan majlis aqiqah anak sedara yang baru lahir, so my abang topup la yang selebihnya tu..

majlis pernikahan, aqiqah dan doa kesyukuran


gigih my kakak buat kan hampir 130 kek cokelat dalam bekas kecik2 ni..
dan semsetinya sedapp...


untuk majlis sanding pulak, yang ini my mum dan my abah yang decide nak bagi ape..
sbb totally diaorang yang keluar duit..

ni paper beg..beli kat ayer hitam..tak payah nak mahal2, end up tempatnya dalam bakul sampah..
each paper beg harga dia tak lebih RM0.30 kalau x silap..
dan sticker biru2 tu free gift masa buat kad kawen..

paper beg cokelat tu diisi dengan benda ni..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

cookies..harga cookies ni RM1.35 untuk belian atas 1500 bungkus..
beli direct dari kilang baru dapat murah..
kalau kat kedai harga dia RM 3.50..
cookies ni ada 8 jenis perasa..perasa??
tapi mak and abah pilih 5 perasa je.. 
dan cookies ni kalau atok2 nenek2 yang gigi nya dah tak ada, masih boleh dimakan sebab lembut dalam mulut...
so, door gift ni untuk dari peringkat kanak-kanak atas 1 tahun hingga la atok2, buyot2, moyang2 pon boleh makan..hehehhehe

dan semestinya tukang isi door gift ni asyik mengunyah cookies ni time sesi packing..

sebenarnya ada tambahan..
untuk my fren dan sepupu sepapat,
dalam beg door gift ada tambahan barang..
sepit kuku je pon..
hihihihih..
harga sepit kuku RM1.00 kot..x ingat la..=P

dan door gift untuk pihak lelaki,
pon ada tambahan jugak selain sepit kuku..
bunga telur je pon...
hihihihihi
bunga telur tu pon harga dia sekuntum RM1.00..
telur pulak pakai telur masin harga RM0.70 kot sebab dh siap rebus..

so, total kos, kira la sendiri...

okeh, sekian...





Monday 25 March 2013

dulu dan kini selamanya


dari ini bertukar kepada 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
yang ini
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

okeh..sekian..
=)

Wednesday 20 March 2013

Review: Outdoor Photoshoot

ini ambil dari kamera sendiri..my adik yang tukang klik..klik..
boleh laa daripada x ada kan..dari photoG mmg belum dapat lagi..
mau sebulan dua lagi baru dapat..

location: Pantai Punggor..
cuaca: mendung menuju ke gerimis..

PhotoG: abang boleh dukung akak tak..
H: mesti la bolehhh..
W: are u sure bie?

yeahhhh..berjaya jugak..hahahhaha..46 kg je pon kan..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

lu pe hallll...hahahhaahah..comolot baru tau..=P

nak sangat comolot kan...ahahhaha..give you..

kan dah malu...

ok..bye..
*mood agak tertonggeng-tonggeng minggu ni*