Monday 31 December 2012

posto!! posto!!

selamat pagi..selamat berhujung tahun..sekejap je masa berlalu..tau2 je dah penghujung 2012..
bila dah masuk 2013, confirm ramai b2b yang rasa berdebarkan..kan..kan..
including me jugak..dah start rasa berdebar cket laa..

bila majlis lagi 40 hari, bermula lah sesi pengeluaran duit..malam semalam start calculate balik payment yang perlu dilangsaikan dalam tempoh sebulan before majlis..bila kira-kira, terus rasa tensen..terus tutup calculator..tutup buku...tutup pen..bukak cerita korea..heee...

dah. tak mau fikir pasal payment, walaupon kena jugak fikir..

tadi, berjaya beli setem untuk pos wedding kad..
ape ni..setem lagi mahal dari kad..sabar2..
xpe laa, mana yang boleh dibagi by hand, bagi la by hand..
yang x dapat by hand, kena la by hand postmen..

eksited tau tulis nama kawan2 dalam kad wedding sendiri..tapi yang tak bestnya, x suka letak number phone sendiri dalam wedding kad, sebab nanti mesti ada orang kacau..kalau pompuan x pe, ni lelaki..x suke! x suke..tapi terpaksa...=(


so, In Shaa Allah, by next week dah boleh start pos kad undangan kawen pada kawan-kawan yang jauh nun  di sini, di sana..=)

so, dalam 3 weeks before majlis baru lah create event dalam facebook..ekceli x suka sangat invite by facebook, rasa macam x ikhlas je..tapi nak buat mcm mana, kalau lah saya ni berWANG, boleh la distribute kad yang hard copy punya..tapi masalahnya saya ni berUANG je..mampu tag kawan2 kat facebook je..so, gunakan lah teknologi yang ada.. tak gitu...=)

Thursday 27 December 2012

Hantaran Nikah Yang Pening2

mood: pening2 kepala sebab malam tadi tido lambat..

tadi baru lepas selak2 kalender..
lagi 4 hari nak masuk 2013..
cepatnya masa berlalu..

dan lagi 44 hari nak nikah..

untuk progress terkini,
dah start deko2 untuk hantaran..
untuk hantaran nikah 7 dulang balas 5 dulang..
time tunang dulu 9 dulang balas 7dulang
tapi last minutes makcik Shafiq dengan baik hatinya tambah lagi 2 dulang..so pihak pompuan pon tambah 2 dulang jugak..so, total 11 dulang balas 9 dulang..
hope hantaran nikah x ada yang nak tambah2 last minit...
penat tau nak fikir hantaran untuk lelaki nak bagi ape..

semua barang hantaran dah siap dan berjaya dibeli melainkan makanan (manisan)..
eh,,dan juga gadjet untuk Shafiq..

sebenarnya agak compius antara sirih junjung dengan tepak sirih..
perlu ke tepak sirih untuk hantaran nikah..
ikutkan zaman dulu2, tepak sirih ni just bagi time tunang..orang tua2 cakap 
"sebagai mula bicara, marilah kita makan sirih.."

so, dah pening2 dah sekarang ni..perlu ke pihak lelaki bagi tepak sirih pada pihak perempuan untuk hantaran nikah..ke sirih junjung je..any idea??



Monday 24 December 2012

door gift part 1

hye..happy monday..x da monday blues hari ni sebab hari ni masih dalam mood cuti...yeahhhh..puas..
okeh, bila urusan kat pejabat kadi dah settle, baru lah lega nak uruskan hal yang lain..

sabtu lepas, pi settlekan hal door gift untuk tetamu..
urusan door gift ni, 100% serahkan kat emak and abah, dan kita hanyalah menjadi driver kepada mereka..
so, untuk door gift, dah decide untuk bagi cookies je pada tetamu...
yeahhhh..dah x surprise!!!!

very the simple..cookies tu murah je sebab beli direct dari kilang..
kalau harga kedai RM3.50 sekotak (8 packets)..tapi harga kilang menjadi RM1.35 untuk belian 1000 keatas..
so, nampakkan penjimatan disitu..
ini link kilang cookies tu..
so, in the middle of January baru boleh pickup kat kilang sebab kami mintak yg fresh from oven..


after dah settle hal door gift, masa untuk cari paper bag for door gift..
tempat paling dekat mestilah ayer hitam..
so, pilih la yang beg paling murahhhhhh..murah itu penting..
dah dapat yang paling murah, cari pulak bunga telur..pon yang paling murahhhh..
dah dapat bunga telur yang paling murah, beli la sekali bunga manggar...
haaa, terus beli segala2nya..

so, tak sia-sia lah amek cuti untuk uruskan segala2nya..
so, after this leh fokus pada kerja sekejap before nak cuti panjang...
eh, x lupa jugak nak distribute kad jemputan kawen..

alamdulillah, semua urusan dipermudakan..
untuk b2b luar sana..gud luck...=)

Saturday 22 December 2012

interview permohonan nikah

hye..happy weekend semua..
1st ly, rasa syukur sangat2 sebab urusan untuk borang nikah sudah selesai semalam..
kita amek cuti panjang start from Hol Johor until Xmas Day nanti..tapi time cuti pon bos call tanya pasal kerja..erkkkk...

so, semalam Hari Jumaat, pi pejabat kadi untuk uruskan semuanya..
pi kaunter
amek number..
tunggu turn..
bagi borang pada pegawai..
and dia akan check 1 by 1..if pasangan korang lain daerah and negeri, bagi sekali borang pasangan korang tu..make sure buat 2-3 copy untuk semua borang2 tu..sebab pejabat kadi nak buat simpanan..
sementara pegawai uruskan borang, kita pi interview dulu, bawak sekali borang for interview which dia akan bagi masa kita buat urusan penyerahan borang tadi..
cuak x cuak sangat laa.. sebab fikir nak cepat siap, so perasaan cuak tu ilang..

for Daerah Batu Pahat, antara soalan yang dia tanya
- mengucap 2 kalimah syahadah with maksud dia sekali
- bacaan al-Fatihah
- doa Qunut
- tanggungjawab suami isteri
- munakahat

and semalam, kena berinterview dengan pegawai perempuan..
soalan 1: mengucap 2 kalimah syahadah dan maksud
soalan 2 - niat madi wajib
soalan 3- doa qunut
soalan 4- doa berjunub

alhamdulillah semuanya boleh jawab melainkan soalan 4 yang x hafal bahasa arab dia..just ingat maksud dia je..

after interview siap, pi jumpa pegawai yang uruskan borang, bagi borang yang kita bawak time interview tadi..lepas tu kena tunggu untuk buat bayaran and dia akan bagi sekali borang yang akan kita serahkan pada naib kadi..total bayaran RM17.00..so, selesaiiiiii..

after siap semuanya, sempat menyinggah rumah BFF..for distribute kad kawen..
wahhh..macam x percaya kad kawen dah distribute..
semoga semua urusan dipermudahkan..
aminnn





Tuesday 18 December 2012

Ukiran Inai

hye..
tadi, ada terbaca entry Ayong pasal pakai inai..
dan Ayong pon ada tanya betul ke tok kadi akan bagi ceramah kalau kita mengukir inai kat tangan..
hmm, x tau la kena ceramah ke x..depends pada tok kadi kot..untuk tok kadi yang pernah nikahkan 2 orang akak kita, so far x ada masalah..

cakap pasal inai ini, nak share ukiran inai yang cantik yg pernah kita tgk..
tapi yang pernah kita jumpa ni kat batu pahat je laa..tempat lain x tau..
siyes cantik gila + kemas sangat dia buat ukiran inai..

picture credit to Azidia Bridal Couture

suka yang belah kiri..lawa

cantik..

kemas + cantik

suka tengok ukiran kat kaki ini..cantik gilos!

so, kalau sapa2 nak tau lebih pasal ukiran inai ini, pi la tengok FB dia..Azidia Bridal Couture
dan nak bagitau, make up dia pon sangat cantik dan kemas..=)

- Jumaat ni interview nikah..cuakkkkkkkk....

Thursday 13 December 2012

The Moment To Remember

This is what we call
The Moment To Remember
which come once in my lifetime..
12.12.12 

thank you my dear fiance..




LOVE - BIRTHDAY - HAPPY


Wednesday 12 December 2012

Wordless Wednesday : Happy Birthday to Me


Today 12-12-12
Genap sudah umur menjadi suku abad..
Terima kasih pada  emak and abah, siblings, tunang and kawan2 yang wish..
and malam ni hopefully dapat dinner dengan Shafiq

simple, murah, jimat

simple petua untuk cantik luar dan dalam..tak perlu nak beli barang2 kecantikan yg kita tahu ianya dah dicampur aduk dgn bahan-bahan kimia..sejak 3-4 bulan yang lalu, tetibe ada kesedaran utk jadi kesihatan dan kecantikan luar dan dalam..

firstly niat dulu dalam hati yg tujuan kita nak cantik dan sihat ni semata-mata kerana Allah..bukan untuk menunjuk atau meminta org sekeliling puji kecantikan kita sbb apabila kita ni dipuji berlebihan,takut timbul perasaan riak..dan kecantikan dan kesihatan kita bila2 masa je Tuhan boleh tarik balik..betul tak?

dah dekat nak kawen ni, niat untuk jaga kesihatan dan kecantikan utk bakal suami kita..dan mestilah berterusan sehingga dah sah jadi suami isteri,ada anak cucu,cicit dan seterusnya sampai ke alam yg kekal nanti..In Shaa Allah..

okeh, kita just buat simple and sgt jimat punya petua..antara petua yg kita suka amalkan sejak 3,4 bulan nak kawen ni..

1) beli 3-4 biji tomato..makan mentah2 and boleh jugak dibuat masker..utk masker, kita suka gosok2 tomato tu kt muka..3-4 biji tomato tak smpai rm3 pon kan..murah kan..makan tomato boleh jadikan dalaman kita sihatkan..so, dalaman sihat, automatik luar pon sihat..

2) timun..kalau timun, kita gunakan utk rehatkan mata..kerja kita ni pulak jenis yang wajib mengadap PC 8jam sehari 5x seminggu..so, timun yg sejuk2 tu boleh buat mata ni jadi segar..

3) limau purut- yg ni pulak kita gunakan untuk gosok dan sental top to toe..rasa segar bila dapat sental badan dgn limau purut ni..yg ni pon jimat sebab x payah beli, petik je kt umah kampung..

4) ulam-ulaman- yg ni memang favourite kita..kalau lunch kt kedai ada je ulam,mesti wajib amek..rasanya semua tau kan khasiat ulam..cuma sekarang ni nak try minum rebusan daun pegaga..sebab dia boleh mengurangkan keputihan dan membersihkan v zone kita..x perlu nk beli pencuci wanita bagai, minum rebusan pegaga dah cukup ok..

5) amek supliment - yg ni extra utk kesihatan..utk supliment, kita just amek vco and colegent..dan minum pati delima..

so, rasanya 5 petua kt atas ni je la yg kita selalu amalkan selain dari makan makanan yg sihat, tidur cukup..jimat, murah, dan In Shaa Allah tak memudaratkan kesihatan..

=)

eh, hari ini 12/12/12 laaa...happy birthday to me!

Tuesday 11 December 2012

9-12-12

ikutkan entry ini nak post pada hari Ahad yang lepas, 9-12-12.. Tapi masa tu terlalu penat sangat sebab ulang-alik JB ke KL..

hari Ahad lepas 9-12-12, genap 7 tahun main cinta-cinta, gaduh-gaduh dengan shafiq..sangat  tak sangka perkenalan yang bermula dengan missed call number boleh berkekalan sehingga hari ini..
Alhamdulillah, terima kasih Tuhan sebab pertemukan jodoh ini..
doa dan harapan agar hubungan ini dapat disatukan dengan hubungan yang sah..

tahun ni just dapat wish je, walaupun dah macam-macam planning untuk bulan 12 ni..kita mampu merancang, tapi Tuhan yang tentukan semuanya...
tak ada nak celebrate bagai sebab mood time macam ni agak tak stabil..
macam-macam yang nak difikirkan..
untuk tenangkan hati, hanya mampu berdoa pada Tuhan agar segala urusan di dunia dan di akhirat dipermudakan segala2nya..aminnn..

half way..alhamdulillah..=)



Friday 7 December 2012

7-12-2012

salam Jumaat..
hari ni besday Shafiq
malam tadi sempat nyanyikan lagu besday walaupun dah mamai...

niat di hati nak belanja Shafiq makan sedap2..nak bawak makan seafood puas2..
tapi apekan daya, malang itu tidak berbau wangi..
terpaksa lupakan hasrat nak makan sedap2 memandangkan kereta x mengizinkan nk jalan jauh...sedih..

petang ni terpaksa half day, nak hantar kereta masuk bengkel produa..
dan dengan segan pinjam kereta emak..
dan kawan-kawan baik semuanya risaukan keadaan diri ni sebab lagi 2 bulan je majlis kawen..
dan diri ni masih takut2 time driving..terlanggar lubang sikit pon dah terkejut sangat..fobia lagi...=(

petang ni jugak Shafiq turun Batu Pahat untuk fitting baju majlis resepsi nantii..
ada gembira sikit laaa...heheheh..

untuk B2B yang lain, take care yourself..
hati-hati di jalan raya..
kat mana2 pon kena hati2..=)

Thursday 6 December 2012

dugaan

ini dinamakan dugaan..bak kata orang tua, dugaan si darah manis..

just now, baru sttle kat balai polis..so tunggu lagi 3hari baru dapat keputusan kes..baru boleh claim insurance orang yg langgar dari belakang ni..

alhamdulillah x ada yg cedera..tp rasa nak nangis sangat2 bila tengok kereta jadi macam tu..terus rasa fobia nak drive lagi..

doakan semua urusan berjalan lancar..


Wednesday 5 December 2012

Wordless Wednesday: Alhamdulilllah

Alhamdulillah, approved by Pejabat Agama Sabak Bernam,
next proceed with my side..
semoga semuanya dipermudahkan..
Amin

Tuesday 4 December 2012

DISEMBER IN LOVE!

hye..selamat hari selasa..
bulan ni dah masuk bulan disember sudah..bulan terakhir dalam 2012..
bulan ni penuh dengan hari-hari penting kesayangan hati..

5-12-12 birthday the tembam boy : my nephew (5 years old)
7-12-12 birthday the ehemmm2 : my fiance (25 years old)
9-12-12 our anniversary (7 years main cinta2)
10-12-12 birthday the manja boboi : my nephew (2 years old)
12-12-12 my birthday!!! (25 years old)
16-12-12 birthday the super duper kesayangan hati : my emak (57 yeas old)

see..berderet semuanya..nak buat birthday party pon senang, jimat duit..beli kek sebijik, potong ramai2..

cake last year :  jumbo celebration birthday party..sapa yang lahir bulan dekat2 dengan disember pon celebrate sekali..senang!


dan bila datangnya bulan 12, mula la kepala fikir nak belikan hadiah ape..blurrr...terutamanya untuk the ehemmm2..payah benar..

dan In Sha Allah, this year dapat celebrate birthday Shafiq and my birthday together and also our anniversary yg ke 7 tahun buat pertama kalinya...
7 tahun main cinta2, baru 1st time dapat celebrate birthday sama2..yela, dulu2 masing-masing sibuk belajar walaupun belajar sama negeri....duduk pun jauh2..sorang kat selatan, sorang lagi kat barat..so, tak ada peluang nak celebrate sama2..

hopefully celebration tahun ni best, sebab tarikh my birthday pon sangat best kot *perasan*
12-12-12 
(nasib jatuh hari rabu, kalau tak, dah choose as tarikh nikah dah)
and my wishlist birthday present:
cc: Shafiq



--> enampuluhtujuh hari lagi..=)



Thursday 29 November 2012

quick update: wedding card

quick update..curi-curi update dlm meeting..
alhamdulillah, kad kawen dah siap..semalam call vendor, bgtau nak kad kawen awal bulan 12, now pagi tadi dpt msg dari vendor, "cik, kad kawen awak dah siap, boleh collect kat kedai ye"..
tak sabar nak tengok hasil dia..dan ini respone dari shafiq bila dapat tau kad dah siap..*hampeh*

My Offical Photographer


Entry kali ni just nak share about offical photographer untuk Solemnization and Reception for my side..
ekceli, dah lama booked OP ni..awal bulan February kalau x silap..time tu tengah wedding fair kat Batu Pahat..

mula-mula macam nak tak nak je hire OP ini sebab time tu tak comfirm lagi majlis bila..tapi bila fikir-fikir balik, amek je la sebab dah malas nak sesak kan kepala..tapi before hire OP ni, ada gak tanya Shafiq ok ke x..so, bila explain itu ini dekat Shafiq, dia pon setuju, and terus je booked OP ni..

so, OP for my Solemnization and Reception is Aliceshah Studio

sebab ape hire OP ni, sebab tertarik dengan editing dia..
ape yang kita dah tengok time kat booth dia, contoh laa kan, muka korang ada la lubang2 jahat or parut degil yang tak nak hilang dan seangkatan dengannya, dieorang akan bagi edit muka korang bersih dan suci..
dan contoh lagi, kalau make up korang comot or korang senyum nampak kedut tepi2 mata, dieorang akan edit sampai muka korang x ada kedut..itu apa yang kita nampak la hasil album yang dieorang buat..

dan masa Aliceshah Studio ni bukak booth, dia ada offer untuk buat studio photoshoot secara free dekat studio dia and also outdoor pon for free..untuk photoshoot studio sebanyak 4 persalinan baju and untuk outdoor photoshoot 1 persalinan baju..so, total persalinan baju semua 5 pasang siap dgn make up, aksesori lelaki + pompuan..persalinan baju ni bukan baju yang old skool punya tau..semua design terkini..untuk persalinan baju ni kena la bayar dengan andaman kawan dieorang, yang freenya amek gambar kat studio and outdoor..untuk outdoor dieorang yang akan bagi props untuk cantik kan gambar contohnya basikal, belon, gitar dll.. 

so, layankan gambar2 yang Aliceshah Studio ni capture..
credit to: Aliceshah Studio

ini contoh gambar + baju untuk studio photoshoot

ini contoh gambar + baju untuk studio photoshoot

studio photoshoot (suka gila tgk gambar ni)

ini outdoor photoshoot

ini outdoor photoshoot

ini outdoor photoshoot

selain itu, time kat booth dia, staff dia sangat lah peramah..and akan terangkan segala2nya from A-Z..
dan dieorang ada bagitau, kalau kita ni jenis yang kaku nak posing depan kamera, dieorang akan bagi idea or ajar kita cara nak posing..

so, hopefully berbaloi lah hire Aliceshah Studio ni..sebab dalam hal2 bergambar ni, sangat titik beratkan photographer yang tahu nak bercakap..means photographer ni yang akan buat mood pengantin and mereka2 yang nak bergambar ni ceria and happy gila..tak mau la photographer yang senyap je..ada cili terlekat kat gigi kita pon x bagitau..x pon lalat hinggap kat hidung pon tak dibagi tahu..kan dah cacat gambar kita..=P

sekian...

Wednesday 28 November 2012

Wordless Wednesday



~73 days to go~

Giveaway by Nadnod Azizan

hye..dah lama x join giveaway ni..
dan memang teringin nak ada sehelai peplum
so, siapa2 yang nak free peplum, let's join giveaway by Nadnod Azizan

(klik banner untuk ke blog Nadnod Azizan)

tarikh tutp penyertaan : 29 november 2012 (Khamis)
pemenang : base on random.org

bye!

Monday 26 November 2012

Stage 1 For Hantaran


hye, monday afternoon yang lemau2 biskut tiger..*harimau malaya lemau*
mood x berapa nak ok sebab sakit gigi yang SAKIT!!
kerja office yang menimbun..
(last year, hujung tahun rilek2 je, siap boleh main game fb lagi, this year --> nak bukak game pon x sempat, tapi bukak blog sempat!)

okeh, ni hasil tangkapan semalam after balik dari wedding one of Shafiq punya best friend kat Seremban..




lokasi tangkapan: Ayer Hitam, Johor..
kegunaan: untuk hantaran

dah lama survey, yang 2 jenis ni jugak berkenan dihati..dan puas hati dapat tawar harga yang paling murah..
eh, napa ada dua?? sebab satu untuk pihak Shafiq and another one, ofkoz la for me..
dari pihak lelaki untuk pihak pompuan , my fren akan tolong buatkan..
and dari pihak pompuan untuk pihak lelaki, my sis akan tolong buatkan..

so, end of this December, dah boleh start deco itu dan ini..

dan ini hasil tangkapan wedding Fariq and Akmal.

congrats for both of you!
and for 'WE' 75 days to go..aigoo~


*dua bulan terakhir: bayar itu dan ini..duit macam air*



Wednesday 21 November 2012

Wordless Wednesday: LDR


..long distance relationship..
..almost 7 years together with you..
ILY
IMY
Muhammad Shafiq Bin Hashim


Tuesday 20 November 2012

wedding invitation card

selamat petang semua..so, how preparation..sedar tak sedar lagi sebulan lebih je nak masuk tahun 2013..

so far, preparation still on going lagi walaupun slow..dalam masa 2 bulan lebih ni tengah uruskan segala dokumen utk complete kan borang nikah..so, shafiq masih lagi bz dgn outstation dia..so, kena tunggu pihak lelaki dapatkan pengesahan dari pejabat agama sg.besar dulu, next baru boleh kita hantar ke pej.agama batu pahat pula..

ok, for last weekend dah finalize kn kad kawen..legaaaaaaaaaaaaaaa sangat2..so, vendor akan hantar pada kilang for printing process..so,hopefully hujung bulan ni dah boleh dapat and start tulis nama and alamat kawan2..hehehe..eksited ok..

and ini baru je finalize kan lagi free gift dari vendor kad kawen tu..booked time wedding fair, so rasanya agak murah kot..kita buat kad 2200 keping and free gift bunting, sticker and signage..total semuanya biarlah rahsia..*gedik sgt..statement nak retis*


so, berurusan dengan RNE Design ni senang..mybe sebab dieorang dah lama buat bisnes ni kot..wedding akak dulu pun guna vendor yang sama..

bila kita bagitau nak kad ni cepat, dieorang pon buat dengan cepat..lepas tu, dia email pada kita, and kita check la satu persatu ejaan, tarikh, map sampailah ke design..heheheh..
after dah puas hati, pi kedai dia untuk buat final checking and conformation..
final checking, kita check sendiri dekat PC dieorang, apa yang kita x puas hati, bagitau time tu jugak and dia betulkan time tu jugak..so, puas hati tinggal tunggu dapat hard copy je ni..

=)

Sunday 18 November 2012

muzik vs volume

hye, happy weekends..ekceli baru je attend wedding dkt umah kawan my parents..disebabkan malas nk masak tngah ari,so ikot lah pi wedding 2, and jadi driver for emak abah..

saja pi awal sbb senang dapat parking..maklumlah, kalau jemputan kawen di kawasan kampung yg pedalaman,agak mencabar nk parking dijalan yg sempit ditepi parit..

ok,tengok lauk2 dia sgt sedap..nak2 tgk sambal goreng org jawa yg buat..kompem meletop! selera dah ada,tp yg buat tetiba jadi x selera bila muzik yg teramat lah kuat dipasang oleh kumpulan kugiran..siyes kuat gle dia pasang muzik..ditambah lg dgn pakcik yg nyanyi 2 menjerit2..skali tengok dkt khemah kugiran, ada 2 ketul speaker yg besar mcm tong sampah itam dihalakan kt khemah tetamu..

so, nk makan pon jadi x selesa sbb gegendang telinga gegar2..haha..lg kesian tgk pakcik2 and makcik2 yg dh tua2 kena cakap menjerit2 sesama mereka..

for me, x salah nk nyanyi terpekik2..tp make sure volume dikawal dgn betul..kawasan kecik, tp letak volume mcm ada event dkt stadium s.alam..agak-agak la kan..x semua orang boleh dgr muzik dgn volume yg kuat..

so, for b2b kat luar sana, bole pesan at your dj or kugiran group utk tak letak volume yg terlalu kuat..yg attend majlis kenduri kita biasanya kawan2 parents kita yg dah berusia and bukannya mat-mat or minah-minah punk yg suka dgr muzik pecah teling..

sharing is caring..

Wednesday 14 November 2012

HIV TEST

dengan rasa lega sangat2, HIV test dah settle!!
dan semestinya la non-reactive!

tadi after lunch, pi kilnik kejap..Pusat Kesihatan UTM Skudai je pon..
sebelum pi terjah PKU UTM ni, call dulu, tanya ada buat HIV test tak untuk bakal pengantin..
tanya je la pape yang kita nak tau pasal HIV test ni..so, after dah confirm semua, baru la pi UTM..hee

cuak sangat ok, sampai officemate cakap muka ko nape pucat sangat ni..hahah..ok, memang diakui sangat gerun untuk pi klinik or hospital..lagi gerun bila diri sendiri nak kena cucuk amek darah..

sampai je PKU, register kat kaunter as orang luar..kalau student free..bekas student UTM tak free..hee..
so, bayar lah RM25.00...

masa nak tunggu number up, cuak nya punya pasal sampai rasa nak terkencing sangat2..hahah..bila dah kena panggil, mula lah tangan shaking giler..hahahha..mata memang tak tengok tangan yg kena cucuk...tau2 je, eh...dah siap laa..so, bawak la darah yg dah kena sedut 2 pi lab untuk diproses..x sampai 10 minit, siap..heee..pastu kena tunggu turn pulak utk dapatkan pengesahan doktor..time ni lama sikit laa..dalam 40 minit jugak tunggu..so, dalam masa x sampai 1jam, siap!


so, sapa2 b2b area jb yang nk buat HIV test, boleh la pi PKU UTM..cepat dan pantas (maybe sebab student U tengah cuti mid sem, so tak ramai orang)..ada setengah klinik kena tunggu one week untuk dapatkan pengesahan..ada yang one month..dgn PKU UTM, kejap saja walaupon kena bayar cikit...

say NO to HIV!

yeah, alhamdulillah, borang HIV dah dapat pengesahan!!

so, next step boleh isi borang kebenaran nikah dengan senang hati..=)

untuk yang ada penyakit cuak2 & takut nak kena cucuk, sebenarnya tak sakit sangat pon, mcm kena gigit semut je..hahaha...


Wordless Wednesday

alhamdulillah yang ditunggu2 dah siap..tapi belum finalized lagi..
=)

Monday 12 November 2012

progress for wedding card

hye..selamat pagi yang dah ke tengah hari..
ada yang monday blues tak..
heee..sabar ye..lagi pon esok cuti..so, tak payah nak ber monday blues sangat..

so far, mcm mana dengan preparation b2b kat luar sana..cuak pulak tengok masing2 dengan progress yang laju..kita pulak tersengguk2 mcm kereta habis minyak..so slow..tak tahu la nape..sindrom makan banyak, jadi malasnya pon banyak, gemuknya pon banyak..tapi memang target nak gemukkan badan pon..hahah..

hari ni hati ada happy sikit sebab tadi vendor wedding card msg bagitau kad dah siap design..yeahhh..alhamdulillah..so, suruh dia emailkan and kita boleh checking ape yag berkenan or tak berkenan..ekceli my wedding card ni combine sekali dengan majlis bertandang kat umah Shafiq..so, jimat + murah + mudah..


asalnya niat di hati teringin sangat2 design wedding card sendiri, tapi disebabkan masa benyak tertumpu pada kerja2 office, maka dengan malasnya nak fikir, tempah je laaa...malas nk kusutkan kepala..kusut kan kepala untuk cari duit je..

so, x sabar nak tunggu email dari vendor..so, hopefully by end of  this November dah boleh dapat 2200 keping + free 1 bunting + free 300 sticker + free 200 tq and free signage..

dan hari ini jugak Shafiq hantar form kebenaran nikah kat pejabat kadi Sg. Besar..so, after application dia approve, kita boleh proceed dengan urusan pihak perempuan..hopefully everything going smoothly seperti ape yang dah dirancang..aminn..

and this Wednesday, hiv test for me pulak...adoiiiii..cuakk...mintak2 tak pengsan tengok darah sendiri...


---> tik..tok..tik..tok..counting the day (89 days to go)

Wednesday 7 November 2012

Friday 2 November 2012

step to be closer

hye, salam jumaat semua..jumaat pertama dlm bulan november..

currently bru je lepas attend an interview kt s.alam..this is for the 2nd interview utk cari job kt s.alam..pagi tadi dgn gigihnya bangun awal and gerak from jb sorang2 at 6am and safely arrived kt s.alam 9.45am..mengantuk time drive x payah la nk cerita..hehe..

so far,alhamdulillah, interview tadi ok, and tak berani nk mengharap..risau sebab kena bersaing dgn candidate lain and td pi letak basic yg tinggi..xpe,rezeki Allah yg bagi..

ekceli tak berharap pon dapat kerja kat s.alam ni..tp bila emak tanya life after kawen mcm mana, terus terfikir..mak risaukan ank dia ni bakal duduk jauh dgn bakal husbnd dia,.yela,sorang jb,sorang s.alam..

mak pernah tanya 'after kawen nak duduk mana?'

dgn selamba dan yakin terus jawab 'pp duduk je la jb, shafiq duduk la s.alam sana'

mak terus bg soalan yg buat kita fikir panjang sepanjang sungai rajang 'tahan and bole ke u all survive idup berjauhan ni?'

kita terus terdiam and cakap 'entah la'..hahaha..

dah seminggu lebih fikir benda yg mak ckp 2..last2 pi hantar resume pd company yg open job planner and alhamdulillah sesi interview lancar tadi..just wait for a week utk tau status..kalau ada rezeki, alhamdulillah sgt2, kalau x ada rezeki, try lagi..

memang dah pasang niat utk cari job 2months before kawen utk starting new life..mudah2an ada rezeki...amin kn ye kawan2..

Thursday 1 November 2012

satu.0.0

hye..
today already dalam bulan November 2012..
lagi 1 bulan 29 hari lagi nak masuk 2013..
kejap je masa berlalu..
yang pasti tak sabar nak date 12.12.12. (happy besday to me)
weheeee..

sedar tak sedar tgk counter dekat blog sendiri lagi 100 hari saje lagi nak change status as Puan..
wow..bunyik macam best, hakikatnya rase berdebar sangat2..


dalam tempoh 100 hari ni, macam2 benda nak dibuatnya..
yang dekat office, semua projek buat laju2, cepat2 sebab nanti bila dah nak start cuti kawen, hati jadi lega sikit..so, x da la time tengah akad nikah nanti, ada client call..melampau kalau ada yang kacau time nak happy2..
percaya dengan Rezeki Allah yang berikan..bila hampir half projek yang dihandle dah nak siap, dapat lagi new projek yang agak challenge la jugak..projek almost 700 acres to develop..bila dapat projek sebesar ni, maka upahnya pon besar, tumpuan + masa untuk projek ni pon besar, silap hari bulan kena bertapa kat office sampai malam2 buta..ini lah hakikatnya kerja as town planner..

okeh, tujuannya bukan nak cerita pasal kerja, tapi nak share pengalaman pasal kena tipu dgn photographer..
ekceli last year, kita with bff ada booked one photographer ni for snap2 our convocation ceremony..just for fun and kenangan dengan kawan2 after 4 years hempas pulas nak dapatkan sekeping degree..
payment untuk snap2 gambar tu just RM100 je..so, kitaorang pi la bergambar keliling UTM, siap pi Danga Bay lagi tau..

dipendekkan cerita, dia janji nak bagi gambar yg dah siap 2 days after convocation day, tapi bertangguh jadi 1 week, 1 month and 1 year..gila..rupa2nya dapat tau photog ni penipu besar sangat..duit dah bayar abes, tapi gambar tak dapat lagi..sedih sgt2 tau..

tp finally, dengan bantuan kawan kepada awek si penipu ni, gambar konvo kitaorang dapat jugak..almost one year baru dapat tau..lagi sedih bila dapat tau, ada mangsa yang sampai dah beranak dua, x dapat jugak album kawen dari si penipu ni..kesian sgt2..dah ramai yang kena dengan photographer ni..

so, pada b2b kat luar sana, hati2 lah kalau nak pilih photographer..kalau boleh buat surat hitam putih..hahahah
for our wedding day, photographer dah booked dah..dan yakin yg photog ni x menipu..deposit for booking dah bayar, now ingatkan nak bayar half je dulu, tapi Shafiq suruh bayar suku je dulu..sebab takut pisang berbuah banyak kali..seram kalau gambar wedding tak dapat tau..

sharing is caring
=)


Monday 29 October 2012

sampul biru and borang 2

hye, masih tak terlambat untuk wish Selamat Hari Raya Aidil Adha.
mesti berlaukkan daging je kan untuk dua tiga hari ni..

hee, btw just nak share something dengan b2b semua pasal borang nikah untuk negeri Johor..
last week my sis tolong belikan borang nikah kat Pejabat Kadi Batu Pahat..nampak sangat tak sempat nak pi beli sendiri..ingatkan nak tangguh beli borang nikah dulu sebab masih awal lagi kan..sat lagi bila tok imam kampung cakap, HIV test boleh dapat result after a month, terus kelam kabut nak beli borang kt Pejabat Kadi..emak pesan, everything tentang borang nikah, sila siapkan cepat2, disebabkan nak booking tok kadi..kalau tok kadi dah fully book pada tarikh yang dirancangkan, semua planning untuk nikah akan kucar kacir..

ok, after dah dapat borang dari akak, akak bagi tau pegawai Pej Agama cakap, dah boleh register by online je untuk negeri Johor..fuhhh..lebih kurang mcm Selangor laa..ikot pamphlet yg Pej Agama bagi, nama benda tu Sistem e-NCR..

sapa yang tak tau, ni nak bgtau step dia

masuk laman web E-NCR JOHOR
http://encr.johor.gov.my
.
.
isi & lengkapkan butiran
.
.
dalam tempoh 14 hari, perlu disahkan pendaftaran pengguna di Pejabat Kadi Daerah
.
.
akses sistem E-NCR, klik pada menu (lelaki/Perempuan) permohonan kebenaran nikah
.
.
isi maklumat pada ruang permohonan kebenaran nikah
.
.
dapatkan tandatangan 2 orang saksi pada borang kebenaran nikah yang dah dicetak
.
.
hadir kat Pej Kadi Daerah dengan bawa semua borang dan dokumen sokongan untuk disahkan
.
.
surat kebenaran kawen (borang 3) dikeluarkan oleh Pej Kadi Daerah
.
.
Permohon serahkan dokumen berkaitan bersama dengan surat kebenaran berkahwin dan akhir sekali diserahkan pada Jurunikah
.
.
boleh NIKAH dah..horeyyyy!!!

okeh, ni pulak step nak buat pendaftaran awam sistem e-NCR

1. klik link http://encr.johor.gov.my..
2. klik 'daftar pengguna'
3.masukkan no.ic & klik daftar
4. kalau korang telah didaftarkan sila call Pej.Kadi daerah untuk aktifkan akaun. Kalau tak di daftarkan lagi, isi borang 'pendaftaran pengguna awam'.
5. seterusnya boleh lihat menu bantuan & informasi e-NCR..

okeh, kalau rasa tak yakin, isi borang secara manual pon boleh..isi dengan tulisan Jawi ye..

weheee..dah lama tak menulis jawi..

kalau tak faham jugak, boleh call Pejabat Kadi Daerah masing2 ye..dengan baik hatinya, ini dia senarai no Pejabat Kadi untuk daerah dalam Johor.

Pej Kadi Johor Bahru : 07-2282940 samb 5/4
Pej Kadi Muar: 06-9521573
Pej Kadi Batu Pahat: 07-4333142
Pej Kadi Segamat: 07-9311330 samb 10
Pej Kadi Kluang: 07-7771245
Pej Kadi Pontian: 07-6871926 samb 17
Pej Kadi Kota Tinggi: 07-8831348
Pej Kadi Mersing: 07-7998850
Pej Kadi Ledang: 06-9786290
Pej Kadi Kulaijaya: 07-5995602

dan ni pulak panduan permohonan nikah

jelas tak..=)

and for  HIV test pulak, kalau rasa tak sure valid for 3 months or 6 months, better call directly klinik kesihatan tempat masing2..and for me, insyaallah next week dah nak buat HIV test..ayooo...cuak kot..jangan pengsan tengok darah sendiri sudah laa..=) 






Friday 19 October 2012

bila suami merajuk



Suatu hari snag suami merajuk
Malam , di bilik tidur..

Isteri: abg....
Suami: ....(tanpa suara) dan terus membelakangi isterinya..

Isteri: abg,syg minta maaf..syg tak bermaksud nakkecilkan hati abg...

Suami: .......(masih diam) dan keluar dari bilik..

Isteri: abg, nak pergi mana..syg nak ikut..(dan terus berlari , terus dptkan pinggang suami dan peluk
kuat) abg,syg minta maaf..jgn la mcm nie..nnti cepat tua kalau marahII..

Suami: ye,xpe la syg. Abg tak marah..pergi la tido.

Isteri: syg minta maaf,kalau ada salah dan silap hrinie dgn abg, abg xnak tido sama?

Suami: nnti abg masuk tido..tau la abg jln kt bilik tu..

Isteri: ok..ermm...abg tak nak maafkn syg??

Suami: lain kali la..xde mood..

Isteri: kenapa lain kali..abg, xnk redhakn syg?

Suami: redha untuk apa?

Isteri: abg, kalau abg xnak maafkan syg,.Allah xnak terima syg masuk syurga..kalau abg x nak redhakan syg, kita xkan jumpa kt syurga bang...(sambil tepis airmata yg jatuh kt pipi)



Suami: eh..kenapa menangis plk syg abg nie....abg gurau je..nak manja dgn syg la..syg, abg nak syg tau..kalau syg tak buat salah ke,tak minta redha abg pun..abg sentiasa maaf dan redhakan syg..abg sentiasa ikhlas...

Isteri: (sambil peluk suami) terima kasih abg,.Syg beruntung dpt suami mcm abg..

Suami: dah la, jom tido..dah lewat mlm...♥♥

Isteri: syg abg , syg abg kerana Allah..

Suami: abg pun...dah pi tutup lampu ok! :D

♥ P/s: isteri nak pintu syurga, kena la minta dgn suami....keredhan suami itu adalah kunci syurga..bersayangII,berkasihII..sesungguhnya Allah sukakan kepada rumahtangga yg aman.. ♥

copy and paste from fb bercinta selepas nikah..
=)

Wednesday 17 October 2012

Wordless Wednesday: Rezeki


Alhamdulillah, 
Terima Kasih TUHAN Dengan Rezeki Yang Engkau Berikan

*senyum dan ucap Alhamdulillah*

Monday 15 October 2012

Update For The Groom Side

hye..happy Monday..happy ke? Monday blues ada laa..
last weekend, berjaya menguruskan hal2 preparation untuk majlis bertandang dekat rumah Shafiq...and semestinya terasa sangat legaaaaaaaaaaa bila urusan kat sana dah hampir siap..alhamdulillah..sebab bukan senang nak jumpa dengan Shafiq ni..nak kena buat appointment dulu kalau nak jumpa dia ni..

mula2 tengok homestay untuk family..disebabkan kitaorang adik beradik memang x pernah tengok bendang seluas2nya..so, request kat bakal FIL homestay kat bendang..hahah..dan alhamdulillah, homestay tu ok..selesa untuk tido satu malam..

after tengok homestay, pi cari andaman dekat area Sg.Besar..dan disebabkan Shafiq ni dua beradik je, and adik dia pon lelaki, maka x tau lah andaman mana yang ok..lelaki kan..mana la amek tau sgt pasal andaman bagai..so, jumpa mana2 kedai andaman, terus je terjah, tanya package..jumpa la 2,3 kedai andaman..

lastly andaman b'duet jadi pilihan..discuss segala package bagai, warna tema, tengok baju yang berkenan, siap try lagi baju yang berkenan..hahha..yang bestnya dengan andaman ni, dia x mintak deposit, just booking tarikh je..padahal kitaorang dah siap bawak duit deposit dah..huhu..so, insyaallah dalam bulan 12 ni datang lagi untuk fitting baju..weee..So, sapa2 yang carik andaman area Sg. Besar selangor, leh pi kat B'duet ni...dia ada 2 kedai..lagi stu dekat Klang..settle lagi satu perkara..alhamdulillah..

and this weekend pulak, nak settlekan kad jemputan yang dah booked bulan lepas..just nk bagi map untuk 2-2 belah pihak..so, hopefully in the middle November boleh finalize kan and awal bulan 12 dah boleh dapat..

walaupun banyak benda yang terasa dah disiapkan, hati tetap rasa risau, sebab takut terlepas pandang perkara yang kecik2..semoga Tuhan permudahkan urusan kami..Amin..

and today
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.









Wednesday 10 October 2012

date and dress

hye..happy Wednesday..eh, satu hari update 2 kali entry..wee~
nampak sangat bos x ada kat opis kan..
yahooooo..
bos balik umah bini no.2..
so, yang kat opis ni berholiday kejap laa..

tadi before keluar lunch, ada someone bagitau takwim for school holiday dah dikeluarkan by MOE..
so, dengan x sabarnya terus upload, and tengok takwim 2..
dah terus..aduhaiiiiii..
school holiday for 1st semester begins on end of March..
ingatkan 9/3/2013, sat lagi 23/3/2013..

ekceli, 1st discussion between my parents, shafiq and me, majlis reception on 10 Feb 2013 which is on CNY..and untuk maljis bertandang just gap for 1 week je which is on 16 Feb 2013..tapi after Shafiq discuss dgn parents dia, majlis bertandang nak buat hari Ahad 17 Feb 2013 dgn reason sedara mara boleh tolong2 hari Sabtu 1 day before majlis bertandang..

for me, macam ada problem cket untuk buat hari Ahad 17 Feb, sebab hari tu hari last school holiday sempena CNY, so, ofkoz lah jalan jem sini sana kan..ape tah lagi Johor dengan Selangor bukannya sekangkang kera kan..and bertambah problem bila most of my family members adalah cikgu-cekgi..and ofkoz lah masing2 kepenatan nak sekolah utk esok hari nya..

so, majlis bertandang minta tunda and buat time school holiday bulan 3..ingatkan school holiday awal bulan 3, sat lagi school holiday pulak end on March which is two weeks before kami berangkat untuk buat umrah...
Dugaan..

so, rasanya just proceed dengan 1st discussion kot..lagi cepat settlekan lagi senang hati..dah x payah nak fikir2 lagi hal kawen ni..terus fikir honeymoon jep...weheeee~

btw, dalam serabut2 fikirkan tarikh for majlis bertandang, hati ada sikit rasa gembira sebab nikah attire dah siap!!! yeahhhhh..puas hati walaupon aunty naik kan harga dengan alasan susah nak alter dress nikah ni..whatever lah aunty..so far, puas hati dengan jahitan aunty..and berbaki 3 months +++ ni, digunakan untuk cantikkan lagi dress tu..tu pon kalau rajin laa..
weee~~

Wordless Wednesday

r.i.n.d.u



Saturday 6 October 2012

Anak Itu Rezeki

selamat berhujung minggu semua..this weekend ni x ada pape yg best..just tadi baru je visit my bff with her new born..congrats mummy ayu..

cerita pasal anak ni, kita nak share sikit cerita..tp bukan cerita buat anak..ni cerita pasal gugurkan anak..

ok,selalu kita ni dengar kt radio, tgk kt tv, bace kt paper pasal org gugurkan anak, buang anak..so, kt hati ni x ada la nk amek perkara ni terlalu serius..selalu bila bace kt paper 'si polan didapati bersalah kerana buang anak tepi parit'..dalam hati just trdetik, dahsyatnya la org zaman sekarang..dunia2..

tapi ape perasaan korang bila ada orang tanya sendiri depan mata korang:

1) akak,tau x klinik mana yg ada buat khidmat nk gugurkan baby? kawan saya ni dah terlanjur dgn kazen dia..ni dh msuk 3bulan dah..kalau lg cepat,lg bgus la..

ape koRang nak jawab..hmm, kita pernah kena situasi mcm ni..dan apa yg pasti, bila dgr je org 2 tanya mana nk gugurkan anak.,air mata dah bertakung dah..

situasi ke 2:

eh, kawan sekolah lama kita 2, ko ingat tak nama dia x&'#+@*=^} ?
dia kan bru je kawen, and dah disahkan preggy, tp husband dia suruh wife dia gugurkan anak sbb x puas enjoy lagi..masih nk seronok2 lg..nk hidup berdua je lg, and x mau ada anak..

korang nak ckp ape je bila kena pada situasi ke 2 ni..anak sah, suami suruh gugurkan sbb nk enjoy dulu..sedih sgt..lagi sedih bila yg buat ni melayu islam..mana letak akal diaorg ni..pi buang rezeki yg Tuhan bagi..sedih sgt..apa agaknya tujuan org mcm ni berkahwin?? kawen sebab jeles tgk kwn2 dah kawen?? kawen sebab nk lepaskan nafsu?? kawen sebab suka2?? Ya Allah..siyes kita sgt sedih bila tau benda2 mcm ni jadi pada org yg kita sgt kenal..anak 2 rezeki yg x ternilai, dan sanggup ko buang rezeki yg Tuhan bagi..

Ya Allah, semoga aku dijauhkan dari segala perkara yg Engkau murkai..Semoga aku dan bakal imam ku ini tidak jahil dgn agamaMu..

Wednesday 3 October 2012

Monday 1 October 2012

Give Away : Wangi & Happy Macam Akiff



SYARAT-SYARATNYA:

1) follow blog Coretan Diari Seorang Ayah
2) like facebook Sephora Dhubai Perfume
3) buat entry Give Away : Wangi & Happy Macam Akiff
4) tampal banner GA and link kan ke entry GA ni..
5) masuk blog Happy Perfume and pilih 3 jenis perfume yang kamu suka
6) paste kan gambar perfume yg kamu suka ikut urutan
7) tinggalkan link entry kamu di ruangan komen

ANDA AKAN MENERIMA SALAH SATU PERFUME PILIHAN ANDA. 
TIGA (3) ORANG BERTUAH DICARI (Mungkin ditambah oleh pihak penganjur jika sambutan menggalakkan)

 !!! Pemilihan pemenang ditentukan melalui software random.org

Tarikh tutup penyertaan : 5 Oktober 2012 (Jumaat) Sebelum pukul 12 Tengah hari...

so, ini dia urutan perfume mengikut kesukaan saya

1)
2)



3)


okeh, dah siap..
mudah-mudahan ada rezeki..
amin..
=)