Tuesday 31 July 2012

dilema tudung nikah

hye..happy monday morning..happy ke? hahha..selamat berpuasa hari yg ke 10..
btw, last weekends berjaya men'free'kan diri pi melaka..bawak emak abah pi umah abang..and motif sebenar ke melaka, nak temankan emak bershopping kain langsir untuk hari raya..dalam banyak2 kedai kain, kedai favourite mak nak beli kain langsir mestilah Kamdar..and aku pulak carik peluang nak usha2 kain untuk buat tudung nikah..=)

sebenarnya teringin sangat diy tudung untuk nikah nanti..weee..besarkan angan2..angan-angan dah besar, tapi macam biasa lah, tak terkejar pon angan2 tu..huhuhu..
ekceli tak tahu nk pakai tudung jenis ape time nikah nanti..ikotkan encik tunang, dia nak tudung bawal je, sebab tudung2 lain dia tak suka..=p
tapi bila fikir2, tudung bawal nampak mcm biasa pulak..

bila dah tak tahu nak pakai tudung ape, mula la menggoogle mencari yang tercantik..=)

ni nampak simple..tp tak mahu niqab..akak pon suruh guna tudung ala2 mcm ni for nikah nanti..ikot kan dh berkenan sangat dengan yg pattern mcm ni..tapi entah laa..takut dh berkenan, tapi tak sesuai pulak dengan muka..=p

ni pulak lebih kurang mcm yg pic yang kat atas kan..tp, pendek sikit laa and sangat simple..and for sure nak carik or buat tudung yg simple2 je sebab baju nikah dah sarat dengan manik yang mengsilver..=p
sumber: google

ni pulak akak senior kat utm..ok gak laa, tp mcm x berani pulak nak pakai tudung yg penuh kerawang kt keliling muka..
sumber: FB Que..

so, tak tahu la nak diy sendiri untuk tudung nikah ni menjadi ke x..nak beli, sangat lah mahal..nak buat sangat lah malas, tapi boleh jimat kos sangat..masa pon laju je jalankan..hmm, tengok je la nanti mcm mane..tak terfikir semua tu lagi..

sape2 ada link yang buat tudung nikah yg murah dan cantik, sila lah bagi tahu..


Monday 23 July 2012

1% preparation

selamat menunaikan ibadah puasa..
hari ni hari ke 2 kita berpuasa..so far, alhamdulillah dipermudahkan untuk berpuasa..
maybe ini puasa terakhir dengan title CIK..heheh..insyaallah next year berpuasa as PUAN pulak..

last week ada la duduk berborak2 dengan encik tunang, and kebetulan time tu dia outstation kt JB..so, jumpa kejap untuk dinner together..so, bila dikira-kira dengan jari, we have only 6 months ++ to prepare for our wedding day..oke, 6 months memang la lama lagi..tapi, bila difikirkan yang itu x buat lagi, yang ini tak tempah lagi..so, rasanya 6 months tu macam x sempat je memandangkan encik tunang selalu outstation and myself pon x berkesempatan nak usha2 barang apa yg patut nk beli..

bila dah tersedar, baru lah terkial2 nak buat check list and searching semua benda..adoiii...
so, we decided untuk all out 2 week after aidiladha..hahah..so, hopefully semuanya berjalan dengan lancar..amin..

dalam senarai check list yang tak berapa nak check list, yang dah settle, baru sikit sangat..pi kursus pre-wedding and booking photographer..photographer ni dah booking dah lama sebab time tu ada weeding fair kt Batu Pahat..so, alang2 tengah offer and malas nak fikir, terus je hire aliceshah studio..so, tengok dieorang punya hasil kerja tiptop lah..

hmm, yang lain2 perkara, mesti lah belum buat lagi..adoiii, sila lah bersemangat wahai cik fifi..

=)

Tuesday 17 July 2012

FIRST ONE

THEEEE..
finally terbuat jugak..walaupon tak yakin akan rajin menulis..=p
ni namanya terlebih masa padahal kt office kerja melambak2..bos pulak x masuk, so, dari pagi tadi tak berapa nak sentuh kerja pon..huhu..MALAS..

mood sekarang adalah nak mood nak kawen..mood nak survey itu dan ini..bila baca and google itu dan ini, baru la semangat nak buat preparation untuk weeding day nanti..Insyaallah..semoga semuanya berjalan lancar..amin...