Friday 27 September 2013

Both of you make me happy..

Selamat hari Jumaat..
Kejap je dah hujung september..
Dan makin hari makin besar perut ni..

Hari ni rasa eksited sikit sbb dgn tiba2nya husband cakap dia balik outstation hari ni..ikotkan jadual dia, rabu depan baru balik..weheeee..2 weeks tak jumpa..rasa berdebar2 pula nk jumpa suami sendiri..

Dan bila tau je husband nk balik, terus ckp dgn baby..and dia punya bergelora eksited dah macam tak cukup ruang dalam perut ni..

Alhamdulillah, sekarang dah masuk 6monts ++..last month ada buat scan dkt shah alam..disebabkan dah lama tak scan, so rasa eksited laa..tapi bila scan,doctor detect ada cyst..dulu fabroid..skrg cyst pulak..entah laa..rasa mcm malas nak fikir..check kat gov, doc ckp tak ada..pi privet, doc ckp ada..eeee..mana satu nth yg betol..

So, amek langkah lain, pi check up kat klinik privet yg lain..kebetulan last week ada appoinment service kerata, terus pi check up kt klinik an nur..but service dia sangat hampehhhhh..mmg tak best..doc just scan gitu2 je..just dia ckp, jantung baby ok..semua ok, kecuali uri awak kat bawah tahap 3..ok..sangat tak puas hati..

Ada cyst dgn uri kt bawah tahap 3..sapa tak risau kan..tapi alhamdulillah tak ada bleeding..

Dan pagi tadi otw pi renew roadtax, singgah kejap kat lagi satu klinik privet azlina..datang awal2 pagi..dan explain kt doctor pasal uri kt bawah tu..dan alhamdulillah, last week check up, tahap 3, now tahap 1..rasa lega sangat..dan doctor explain yg uri boleh naik sbb kandungan masih 6 month ++..banyakkan berdoa dan sujud lama2 time sembahyang..but, doctor ckp, perut nampak besar dah macam 28 weeks..tapi bila check berat baby  doctor cakap normal..buat rasa cuak je..tapi overall, klinik azlina kat batu pahat ni sangat recomanded untuk buat scan dan doctor dia tersangat2 friendly..

Bila scan tadi ingtkan dapat tau la gender baby and nk buat suprise kt husband tapi baby main silang2 kaki, pastu kepit2 kaki dia..tapi tengok gaya dia tadi, semua ikut gaya husband..ok, fine..geng dengan ayah la ni..tak kesah laa..janji awak sihat ye baby..

Sepanjang drive balik ke rumah, puas senyum sorang2 bila tgk gelagat baby..rasa macam tak sabar pulak nk peluk cium baby..dan tak sabar jugak nak jumpa husband..nak peluk cium jugak..hahahahah

Thank you Allah giving me this happinest..syukran...



Monday 9 September 2013

latihan awal

Selamat pagi Isnin..

Minggu ni maybe kurang rasa bosan sebab husband tak outstation..wehee..
Tapi next week, mula la meroyan menangis sebab dia mula outstation for 2 weeks..

Bila husband tak out station, mood nak masak pon on..tapi bila dia start outstation je, nak masak pon rasa malas..kerjanya asyik nak online je sampai broadband limit quota..dah bosan online, pi sumbat makanan dalam mulut, lepas tu main game tak hingat dunia..last2 bagi  kesan x baik pada diri sendiri (berat naik hampir 2kg for 2 weeks – nurse membebel)..dan mintak2 dijauhkan kesan buruk pada baby..aminnnnn..

So, utk kurang kan rasa bosan dan sifat malas bila husband dah outsatation, husband dah bekalkan latihan buat baby..tapi mama dia yang kena buat..so, dua-dua kena jadi rajin..no more malas2..

Ni haaa..buku latihan math..

Mintak kat husband buku latihan math form 4..tapi husband ckp, buat je dulu math form 3..
dah habes math form 3, beli buku fizik pulak..(FIZIK?? heee..maaf la mama x minat fizik..kalau nak jugak buat latian fizik, ayah dia yang kena ajar mama dia)..

Nak latihan English pulak, dah besar nanti mama hantar baby tuition dengan nenek kat kampong je la..x pon belajar English dgn ayah je laaaa..(ayah kan kapten hebat)..hahhaha

husband pesan, rajin2 wat latihan, untuk rangsang otak baby..
mak pesan, rajin2 baca ayat2 Al-Quran, untuk dekatkan diri dengan agama..
In Shaa Allah, akan cuba sedaya upaya untuk beri yang terbaik untuk si kecik ni.. 


dan ini untuk diri sendiri untuk tambah knowledge..=))



Semoga mama dgn ayah dapat berikan ilmu dunia dan akhirat yang cukup dan seimbang untuk baby..
aminnn...


---> percubaan minum esp shaklee menampakkan hasil...alhamdulillah..
---> alhamdulillah dah 7 bulan life 'husband and wife'

Wednesday 28 August 2013

fuhhhh..

** entry ni khas untuk one of my friend yang dlm dilema nak berhenti kerja..heheheh..

Selamat pagi rabu..

Kejap je dah hujung bulan 8..maksudnya dah 2 bulan jadi fulltime house wife..
Memang la ada suara sumbang yang pertikaikan kenapa berhenti kerja..tak sayang ke ada degree, tapi jadi fulltime housewife..tak terbeban ke suami nak tanggung sara keluarga sorang2..duit kereta ko sapa nak sambung bayar..tak bosan ke duduk rumah je..

YES..macam2 bunyi suara sumbang kat luar sana, lagi-lagi time raya, kenyang makan ketupat rendang, lagi rancak la si suara sumbang..memang dah agak dah ada je suara2 yang akan tanya..dan awal2 dah bagitahu kt husband yg kita tak tahu nak jawab ape bila suara2 sumbang tanya soalan2 maut ni..dan husband cakap ‘jawab je dengan jujur’..memang panas telinga, gugur air mata, remuk hati, kembang kempis hidung bila dengar orang cakap itu dan ini..sampai satu tahap, nak google cari kerja..

Bukan senang nak buat keputusan nak berhenti kerja..dulu dapat peluang jejak kaki kat Mekah, berdoa menangis sampai lencun telekung depan Kaabah, mohon diberi petunjuk, diberi kekuatan untuk buat keputusan nak berhenti kerja sebab utama nak berhenti kerja, nak duduk dengan suami (dah puas PJJ)..nak jalankan tanggungjawab as isteri..kan tempat isteri disisi suami..dan In Sha Allah , jika diberi kesihatan yang baik, nak jaga anak depan mata sendiri 24h/7d..niat nak kumpul saham akhirat..

Alhamdulillah, balik dari umrah, Tuhan beri petunjuk yang tak disangka2..petunjuk yang bukan dtg dari mimpi..seorang kawan non-muslim yang berkawan rapat dengan bos (sekarang ex-bos) menceritakan segala2nya..bila si non-muslim ni ceritakan segala2nya, tergerak hati “mungkin ni petunjuk dari Tuhan”..mintak pendapat husband, mintak pendapat emak abah, mintak pendapat adik-beradik, semua bagi semangat suruh letak jawatan..terus nekad, letak jawatan dan pegang pada kata2 “REZEKI TUHAN YANG BERI, BUKAN BOS YANG BERI”

Tak kesian ke tgk husband kena kerja kuat mengalahkan buruh kasaran Indon???..YE MEMANG KESIAN..sangat2..tak sampai hati nak mintak itu ini..dulu nak shopping online, x kesah sebab pakai duit sendiri..duit kereta, bil telefon, broadband semua pakai duit sendiri..sekarang ni 500% bergantung harap pada duit suami..duit simpanan yang x seberapa, husband tak bagi guna langsung..bunyik macam tak best kan..memang tak best pon..hahahahahaha..bila difikir2 balik, buat ape nak shopping baju, kasut, beg, makeup sedangkan bukan ada nak pi kerja, jumpa clinet pon (Haipppp, berhias utk suami je!)...paling2 pon nak beli pencuci muka je..baik duit tu simpan untuk beli pempes, susu anak..hmmm, bab2 hutang ni, syukur ada hutang kereta je, lagi 5 tahun nk merdeka hutang (Lamanyaaaaaaaaaaaaaaaaa), dan syukur x ada hutang PTPTN..tapi kesian untuk husband yang kena sambung bayar duit kereta..(nasib awak x ada hutang pape bie)..

Dah berhenti kerja ni, mesti la ada plan or niat nak buat something yg boleh tolong husband kan..heheheh..setakat ni baru belajar sikit2 dari mak cara nak buat langsir rumah, buat sarung bantal and tilam baby..(untung ada mak yang dah bersara dan pandai jahit..ily mak!)..Cuma buat baju kurung je yang mak malas nak ajar..mak ckp, pi belajar sendiri…hahahahhaha..semuanya masih dalam mood belajar..terkedek2 pon xpe laa..


Bila dah tak bekerja, mesti la tak berduitkan..so, memang kena korbankan 'keinginan wanita' (shopping) sangat2..beli ape yang perlu, bukan apa yang mahu..

walaupun husband ada offer -- nak baju tak sayang, nak seluar tak sayang, ikotkan nafsu tahap 5 wanita --- ehhhhh...mesti la nakkkkk..jom kita shopping hujung minggu ni jugak---

tapi bila keperluan itu mengatasi keinginan --- tak pe la bie, baju-baju dgn seluar ayg banyak lagi yang muat, baik kita shopping barang2 baby..baju ayang x muat, boleh tibai baju bie..baju baby x muat, tak kan baby nak tibai baju bie jugak....hahahhahahah---


eh, dh panjang sangat entry ni..

lastly,

Memang payah nak fikir masa depan, jadi lagi takut nak lalui hari yang mendatang, sebab kita tak tahu ape yg terjadi untuk hari2 esok, dan esok, dan esoknya..

dan

kalau cakap pasal tak cukup duit, bagi 1 juta pon tak akan cukup kalau asyik dahulu kan keinginan dari keperluan..

=)

Monday 26 August 2013

Syawal

rasanya tak lambat nak wish 
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

tahun ni first raya as husband and wife..
dan raya tahun ni raya first kt kampung husband..
kat Sg Besar Selangor

jauh beza dgn raya kt kampung sendiri especially bab makanan..
kt kampung husband, ketupat or pulut or lemang makan dgn rendang kerang + kuah kacang yg ada daging..
beza sangat dengan kat johor yg ada kuah lodeh, sambal kacang, ayam masak kicap/kari/merah, rendang daging..

pagi raya dah set x nak sedih2 bila call family kat Johor..
tapi bila dah call, abah yang start nangis dulu,,suara emak pon sebak je..
heeee...almaklum lahh, anak pompuan bongsu dia mana pernah keluar johor, dan setakat ni dalam adik beradik, the only one yang pasagannya orang luar johor.

raya ke-4, terus gerak balik dar sg.besar ke b.pahat..6 jam jugak laa..ni 2nd time straight balik dari sg.besar ke b.pahat, tapi husband yg drive..dulu pernah drive sorang2 straight jb-sg.besar..sakit pinggang gila2..sekarang nak drive jauh je, dah x boleh..mesti husband x bagi..lama2 boleh hilang skill bawak kereta...hahahah.

bila dah kt b.pahat raya ke -4 jangan harap la ada lauk raya lagi..
so, lepak2 je kat rumah..lagi pon hari ke 5, tetiba muntah gila2..muntah hijau..
sebab akibat makan x ingat dunia..
heee..

now, dah raya ke..19, eh, 20 kot..
x ada nak pi mana2 sebab husbnad outstation for 2 weeks..
waaa..kena tinggal sorang2...


1st Syawal as husband and wife..
(baju yang sedondon dgn husband x muat langsung, terpaksa pakai dress instant) 

3rd syawal..happy semacam sebab esoknya dah nak balik b.pahat...
weheee...


---> ramai classmate UTM yg tamat kan zaman bujang...alhamdulillah..Congrats and happy untuk korang..=)

Thursday 11 July 2013

Ramadhan Kareem

Ramadhan Kareem..
selamat menyambut ramadhan..

kat fb, berderet status
''ramadhan pertama as husband and wife"
''done masak sahur untuk husband"

alhamdulillah..bahagia semua kawan2..
*gembira*

semalam 1 Ramadhan..Johor, Melaka dgn Kedah (kot) yang cuti..
alhamdulillah semalam berjaya berpuasa..
sebelum tidur, selepas sahur, pujuk "the little one' untuk sama2 berpuasa jugak..

luckily semalam my sis balik kampung, so duduk melayan anak sedara je la..x terasa penat sangat..tapi bila anak sedara tidur, automatik lembik semacam..terbaring je pastu mampu main game je..
time nak masak untuk berbuka, mmg mintak akak bagi kerja2 yang x perlukan gerak banyak..
so, duduk kupas bawang, potong sayur..
dah ada kekuatan sikit, baru la kemas meja, basuh pinggan, tu pon termengah2..
*sejak mabuk berkurang, mengah pulak menjadi2*

azan je, terus je melantak air teh 0 suam..minum sikit2..pastu try makan nasik dua tiga suap..
pastu, rasa semacam..lari pi sinki..keluar segala2nya..
perut kosong mmg akan jadi mcm tu..tapi lepas habes agenda muntah, alhamdulillah selera mencanak2 naik..
rugi la lauk sedap, kalau x makan kan..

hari ni mintak2 tak muntah lagi..kalau muntah jugak, kena buat something ni..
malu la kalau pi buffet ramadhan kat hotel nanti muntah2..

dan untuk ramadhan pertama as wife, a big sorry to Shafiq sebab masih belum berpeluang untuk teman sahur dan berbuka..in shaa Allah, ada rezeki, kita sahur dan buka puasa (KAT HOTEL TAU) sama2 ye..
sedih je bila awk cakap "tak ada kawan nak buka puasa".."sahur kat mamak je"
alahaii...rasa bersalah sangat2 tak dapat jalankan tanggungjawab..