Tuesday 16 April 2013

Terpilih Untuk Diuji

selamat pagi Selasa..
puas sebab semalam Melaka cuti dan dapat balik kampung..
kampung Batu Pahat..
last weekend my FIL datang tidur rumah..dieorang otw untuk hantar adik ipar balik UTM, so singgah rumah untuk rehat2, makan2, tidur2..
for first time mereka datang rumah..
rumah pon baru 3 minggu duduk..
mesti la tak complete rumah tu..
so, bila husband sampai melaka, terus ajak pi shopping kejap nak carik bantal..
hahahha..kesian..hidup sorang-sorang, bantalnya pon untuk sorang2 je laa..bila hujung minggu suami balik, bantal kena bagi dua dengan dia..sorang dapat satu bantal besar dgn bantal kecik..
bila FIL datang, baru terhegeh2 nak cari bantal..
huhuhu..
.
.
.
.
.
.
.
last weekend, pagi sabtu nan indah sang husband bagi tau yang dia kena outstation..
terus pagi sabtu nan indah tu jadi tak berapa nak indah sangat..
sebelum ni mmg dah tau dah yg dia mmg akan outstation..tapi tak tau bila masa..
so, bila dia bagitau yg jadual untuk outstation dah keluar, terus rasa sentap..meleleh air mata..meleleh hingus..
kalau outstation time weekdays je tak pe sebab mmg kitaorang tak jumpa pon weekdays, yang buat hati sentap dia kena outstation untuk berminggu-minggu, berbulan-bulan dan In Shaa Allah sampai hujung tahun ni..(T___T)
kalau dekat tak pe..ni nun di utara sana..dan isteri pulak di selatan..tapi alhamdulillah masih dalam Malaysia lagi..
nak mengeluh adalah tak baik sama sekali sebab ini semua rezeki Tuhan yang bagi..apa yang boleh kita buat berdoa semoga hati ini kuat untuk bertabah dengan segala yang Tuhan telah tentukan..
.
.
.
awal-awal lagi dah mintak izin kat suami untuk balik kampung hujung minggu kalau dia tak dapat balik Melaka..sebab selepas suami, family sendiri je lah yang mampu menggembirakan hati ni..(T__T)
.
.
.
.
.
.
begini lah nasib husband and wife yang PJJ..
tak semua orang mampu untuk tempuh long distance relationship ni..
yakin dengan percaturan Tuhan
yakin dengan perancangan Tuhan
yakin dengan rezeki Tuhan
yakin dengan ketentuan Tuhan
sebab saat kita diuji sebegini, buatkan hati kita lebih dekat dengan DIA..
semakin dekat kita dengan DIA, semakin dekat hubungan kita dengan pasangan..
semakin dekat kita dengan DIA, semakin kuat hati untuk terima segala ketentuan DIA..
(ini lah apa yang aku rasa sepanjang 2 bulan lebih, walaupun kadang2 air mata tumpah macam air terjun)
.
.
.
.
.
.
untuk mereka yang dapat duduk sebumbung, tidur sebantal dengan suami, korang memang beruntung..
ada orang nak jaga setiap masa, setiap saat..
kalau nangis, ada tangan lain yang boleh lap kan air mata korang.. 
kalau sakit kepala, ada tangan lain yang boleh urutkan kepala..
celik mata bangun tidur je, ada suami kat sebelah..
barang dapur habis je, ada orang temankan beli..
.
.
.
.
.
.
beza dengan mereka yang PJJ dan hidup sorang2 tanpa family di sisi..
SEMUANYA SENDIRI..
tapi aku yakin, DIA temankan aku..
.
.
.
.
.
semoga satu hari nanti masa itu datang juga..
aminnn

sekian..
entry emo



--> adik beradik aku after kawen memang semuanya PJJ sampai setahun lamanya..yang bezakan aku dgn adik-beradik yang lain: aku PJJ tapi tak duduk dengan family, dieorang duduk dgn family aku..aku PJJ merentasi dua buah negeri, diaorang PJJ dalam negeri..so, aku lah si hebat yang berhati tisu..=')

2 comments:

  1. sabar jea la yea.. nina pun PJJ. Kl_sarawak. bukannya hujung minggu boleh jumpah. paling awal jumpa dalam masa 35hari. kalo tak.. 52hari tak jumpa tu biasa jea. huhuhu...

    ReplyDelete
  2. ala fi...sedih aku baca post ko ni..huhu...btw, aku dah book dayah tu...hehe..pastu dia ckp mak dia ada spa ek? ko penah try?best x?

    ReplyDelete