Monday 7 January 2013

naib kadi

selamat tengah hari Isnin..mudah-mudahan hari ni x ada migraine yang mendatang (sbb hari Isnin je, mmg wajib migraine)..dan tak ada Monday Blues..

just a short update..
alhamdulillah, proses untuk booked naib kadi dah selesai..
abah and emak pi datang umah naib kadi untuk serahkan segala dokumen untuk nikah nanti..
dan dalam rekod naib kadi, our solemnization date tak ada lagi pasangan yang booked, so kami adalah pasangan 1st yang akan dia nikah kan untuk tarikh 9/2/13..
In Shaa Allah, kami akan bernikah after Isyak..kenapa pilih malam?
sebab siangnya family Shafiq akan travel dari Sg. Besar untuk ke Batu Pahat yang amek masa lebih kurang 6 jam jugak perjalanan..so, sampai2 je Batu Pahat, dieorang take a rest kejap, and malamnya terus majlis akad nikah..=)

so, hati ada rasa sikit lega sebab urusan yang penting dah settle..dan naib kadi yang bakal nikah kan kitaorang ni sangat lah pak lawak..ikut pengalaman akak2, mmg x kering gusi dengar lawak naib kadi ni..dan abah tanya naib kadi tu, "kenapa Ustaz suka buat lawak masa nak nikah kan pasangan?".. dan naib kadi tu bagitau satu kisah yang ada sorang laki ni sangat confident bila nak nikah..bila ditanya itu dan ini, lelaki ni dgn yakin bagitau yang dia tahu semuanya..rupa2nya dia terover confident sampai lafaz akad nikah berulang sampai 17 kali..
dan sejak peristiwa tu lah naib kadi ni, amek pendekatan untuk buat lawak untuk hilangkan rasa gugup pengantin lelaki..hehehhe..

cuba tanya pasangan korang, ada rasa gugup tak bila nak lafaz akad nikah nanti..=)
okbai..








6 comments:

  1. my hubby said dia xgugup masa akad nikah... Alhamdulillah dia tenang je... selawat byk2, inshaaAllah (^_^)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. nana yg cuak ke, tunang nana yg cuak..hahahha

      Delete
  3. heee..kena yg lawak best la.tak la neves sgt bakal suami...heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau xpe..nasib bukan pompuan yang kena akad nikah..hahha

      Delete