Friday 4 January 2013

dilema

selamat hari jumaat..
kesihatan agak tingtong sejak akhir2 ni..
maybe sebab banyak sangat berfikir..

semalam after meeting dengan bos, dengan tetibanya dia tanya ''bila you nak start cuti nikah"
ok..aku sebenarnya tak berapa suka bila hal personal aku dicampurkan dengan kerja..entah laa..aku agak segan kot dengan bos..tapi disebabkan bos dah tanya, aku pon cakap laa.."early in February nanti, time Chinese New Year"..dalam hati aku, bos nak bagi cuti free ke..dalam hati ada senyum2..
sat lagi bukan dia nak bagi cuti free..tapi dia cakap "after you kawen, i ingat nak transfer you kat Melaka..ape pendapat you?..bila projek company yang kat Melaka and Negeri Sembilan dah nak on going, i nak you handle projek kat sana..so, agak dekat la you dengan future husband you nanti..Melaka to Shah Alam x jauh pon kan.."

denggggg...dulu pernah jugak discuss dengan bos pasal benda ni..tapi tak ada kata putus lagi..sebab time tu lagi 4 bulan nak kawen..but now lagi sebulan ++ je dah nak kawen..

bila bos dah tanya macam tu, jawapan paling selamat "nanti i fikirkan dulu ye..but until now i x decide lagi nak kerja kat mana" dan bos pulak terus cakap "okeh, nanti you dah kawen, kita discuss lagi..i berharap sangat yg you tak pindah or stop kerja" dan aku terus cakap "okeh, i pon tak fikir lagi nak pindah ke x" terus keluar bilik bos..

dan one my officemate ada tanya "fifi stop kerja ke after kawen? habis la kitaorang kalau fifi stop..tunggang langgang nanti office..dulu fifi half day je, dah mcm gila kitaorang kat office"..hahahah..and aku cakap "mesti la tak stop kerja..penat belajar 4 tahun, x mungkin la stop kerja..korang kerja lah sungguh2..nanti lama2 bos akan percaya jugak pada korang..In Shaa Allah boleh punya..mana la tau kalau korang sungguh2, gaji korang lagi up dari kita nanti..heheheh"

dan bila tanya pada Shafiq pasal benda ni..simple je dia cakap "ikot ayang laa..bie x kesah..buat sembahyang istikharah"..simple benar mamat ni fikir..

and until now, masih dalam dilema..
pindah
tak pindah
pindah 
tak pindah
pindah
tak pindah..

hahahhahahah..last2 buat decision nak pindah or tak pindah after balik buat umrah nanti..mane la tau bila depan Ka'abah nanti dapat petunjuk..Aminn..
 ini lah dia perhubungan jarak jauh..zaman bercinta pon jarak jauh..dah kawen pon jarak jauh..
semoga mendapat petunjuk dalam dilema ni..aminnn..=)

My Bridesmaid (ilya+suraya+mummy ayu) + Huda + Ipa

---> 36 days to go..




2 comments:

  1. huhu...aku pn dilema bab ni...mcm xnak pikir langsung...pape pun nak kawin dlu,..blh x gitu? haha...

    ReplyDelete
  2. delima jgk sbb transfer area mlk je kan..kalau dpt transfer btl2 area selangor baru tak delima :)

    ReplyDelete