Wednesday 5 June 2013

sensitive mood

mood dua tiga hari ni agak sensitive sangat..
senang benar air mata nak keluar..

semalam, husband bagitau dia x balik hujung minggu ni..dia ckp mcm tu je, terus mengalir air mata..
mengada2nya!!

sebenarnya baru eksited nak beli barang2 dapur (kena ajak dia sebab masuk mall je nak muntah)..
pastu nak masak lauk favourite dia walaupon tau mood nak masak masih x ada..
dan lagi eksited nak buat buku pink siap nak mintak cuti lagi kat bos hari isnin dan selasa depan..
tapi, semua tu x menjadi, sebab dia kena outstation..
dan x tau cuti dia approve ke tak..
benci gila!!..

bila dah menangis, makin menjadi nangis nya time nak tidur..
menyampah..
time muntah2 pagi, menangis jugak..
yela, weekend yg lepas, asal muntah je, ada la orang nak tepuk2 and usap2 belakang, ada la orang nak picit2 kan kepala, ada la orang nak buatkan susu panas..
ni bila dah duduk sorang, 
semuanya BUAT SORANG2..
sapa tak sedih..
dalam fasa mabuk teruk, kena tanggung sorang2..

kalau mengidam pape malam2 buta, kena tahan sampai husband datang jenguk wife dia ni..
orang lain mengidam hari ni, esok dah boleh dapat..tapi aku, kena tunggu seminggu baru boleh dapat..
nak cari sorang2, mmg payah laa..malasnya nk drive mmg tahap maksimum..

tapi dalam kesusahan nak dapatkan apa yg aku nak makan, Tuhan selalu mudahkan..
minggu lepas, nak makan jemput2 pisang, tau2 weekend lepas MIL buatkan..tak cakap pon kt dia yg aku nk makan benda tu..walaupon makan 2,3 ketul dan keluar balik, tapi alhamdulillah dpat jugak rasa..
pastu teringin sangat nak makan daging rendang, pi beli lauk lunch, tau2 je kedai tu ada jual daging rendang..alhamdulillah..kenyang..(menyesal amek sikit, sedap woo) dah dapat makan, terus nak nangis sebab Tuhan mudahkan urusan aku yang sentiasa SORANG2 ni..

bukan nak merungut dengan ketentuan Tuhan, tapi terasa sangat bersyukur diberikan ujian mcm ni..sekurang2nya aku tak terlalu bergantung harap pada husband..walaupon mual loya tahap teruk, tapi aku rasa syukur diberikan sikit tenaga nak pi beli makanan..diberi tenaga sikit untuk pi kerja..diberi tenaga untuk lawan rasa malas..diberi tenaga untuk bangkit after muntah teruk sampai terduduk kat bilik air..

terima kasih Tuhan..
semoga cabaran ini mengajar 'dia' yang ada dlm rahim ni, belajar jugak erti SABAR, TABAH, dan tak bergantung sepenuhnya pada orang lain..



---> tengok cerita teduhan kasih pon boleh nangis bila tgk adi putra romantik abes...
---> taip entry ni pon air mata bertakung je..alahai hatiii...
---> pesan kawan2 ''jgn dilayankan sedih tu" -- ok, duduk kat tempat aku, dan tengok apa yg korang rasa..=')


3 comments:

  1. banyak2 kan bersabar ye sis :)

    ReplyDelete
  2. Nana pun sejak 2 menjak ni mood sangat sensitive. tak boleh MHZ tinggi suara sikit. mesti nak menangis. padahal dia tinggi suara tu suruh makan nasi. suruh makan ubat. tapi rasa mcm kena marah sbb buat salah besar. kadang2 ni mengada je lebih. mintak di manja2 je kan.

    ReplyDelete
  3. bila duduk jauh2 nie memang macam2 dugaan kan..saya cekalkan hati pegi buat buku pink sorg2 tau..sampai klinik tengok orang lain datang dgn husband..huu sedih

    ReplyDelete