Monday 31 December 2012

posto!! posto!!

selamat pagi..selamat berhujung tahun..sekejap je masa berlalu..tau2 je dah penghujung 2012..
bila dah masuk 2013, confirm ramai b2b yang rasa berdebarkan..kan..kan..
including me jugak..dah start rasa berdebar cket laa..

bila majlis lagi 40 hari, bermula lah sesi pengeluaran duit..malam semalam start calculate balik payment yang perlu dilangsaikan dalam tempoh sebulan before majlis..bila kira-kira, terus rasa tensen..terus tutup calculator..tutup buku...tutup pen..bukak cerita korea..heee...

dah. tak mau fikir pasal payment, walaupon kena jugak fikir..

tadi, berjaya beli setem untuk pos wedding kad..
ape ni..setem lagi mahal dari kad..sabar2..
xpe laa, mana yang boleh dibagi by hand, bagi la by hand..
yang x dapat by hand, kena la by hand postmen..

eksited tau tulis nama kawan2 dalam kad wedding sendiri..tapi yang tak bestnya, x suka letak number phone sendiri dalam wedding kad, sebab nanti mesti ada orang kacau..kalau pompuan x pe, ni lelaki..x suke! x suke..tapi terpaksa...=(


so, In Shaa Allah, by next week dah boleh start pos kad undangan kawen pada kawan-kawan yang jauh nun  di sini, di sana..=)

so, dalam 3 weeks before majlis baru lah create event dalam facebook..ekceli x suka sangat invite by facebook, rasa macam x ikhlas je..tapi nak buat mcm mana, kalau lah saya ni berWANG, boleh la distribute kad yang hard copy punya..tapi masalahnya saya ni berUANG je..mampu tag kawan2 kat facebook je..so, gunakan lah teknologi yang ada.. tak gitu...=)

Thursday 27 December 2012

Hantaran Nikah Yang Pening2

mood: pening2 kepala sebab malam tadi tido lambat..

tadi baru lepas selak2 kalender..
lagi 4 hari nak masuk 2013..
cepatnya masa berlalu..

dan lagi 44 hari nak nikah..

untuk progress terkini,
dah start deko2 untuk hantaran..
untuk hantaran nikah 7 dulang balas 5 dulang..
time tunang dulu 9 dulang balas 7dulang
tapi last minutes makcik Shafiq dengan baik hatinya tambah lagi 2 dulang..so pihak pompuan pon tambah 2 dulang jugak..so, total 11 dulang balas 9 dulang..
hope hantaran nikah x ada yang nak tambah2 last minit...
penat tau nak fikir hantaran untuk lelaki nak bagi ape..

semua barang hantaran dah siap dan berjaya dibeli melainkan makanan (manisan)..
eh,,dan juga gadjet untuk Shafiq..

sebenarnya agak compius antara sirih junjung dengan tepak sirih..
perlu ke tepak sirih untuk hantaran nikah..
ikutkan zaman dulu2, tepak sirih ni just bagi time tunang..orang tua2 cakap 
"sebagai mula bicara, marilah kita makan sirih.."

so, dah pening2 dah sekarang ni..perlu ke pihak lelaki bagi tepak sirih pada pihak perempuan untuk hantaran nikah..ke sirih junjung je..any idea??



Monday 24 December 2012

door gift part 1

hye..happy monday..x da monday blues hari ni sebab hari ni masih dalam mood cuti...yeahhhh..puas..
okeh, bila urusan kat pejabat kadi dah settle, baru lah lega nak uruskan hal yang lain..

sabtu lepas, pi settlekan hal door gift untuk tetamu..
urusan door gift ni, 100% serahkan kat emak and abah, dan kita hanyalah menjadi driver kepada mereka..
so, untuk door gift, dah decide untuk bagi cookies je pada tetamu...
yeahhhh..dah x surprise!!!!

very the simple..cookies tu murah je sebab beli direct dari kilang..
kalau harga kedai RM3.50 sekotak (8 packets)..tapi harga kilang menjadi RM1.35 untuk belian 1000 keatas..
so, nampakkan penjimatan disitu..
ini link kilang cookies tu..
so, in the middle of January baru boleh pickup kat kilang sebab kami mintak yg fresh from oven..


after dah settle hal door gift, masa untuk cari paper bag for door gift..
tempat paling dekat mestilah ayer hitam..
so, pilih la yang beg paling murahhhhhh..murah itu penting..
dah dapat yang paling murah, cari pulak bunga telur..pon yang paling murahhhh..
dah dapat bunga telur yang paling murah, beli la sekali bunga manggar...
haaa, terus beli segala2nya..

so, tak sia-sia lah amek cuti untuk uruskan segala2nya..
so, after this leh fokus pada kerja sekejap before nak cuti panjang...
eh, x lupa jugak nak distribute kad jemputan kawen..

alamdulillah, semua urusan dipermudakan..
untuk b2b luar sana..gud luck...=)

Saturday 22 December 2012

interview permohonan nikah

hye..happy weekend semua..
1st ly, rasa syukur sangat2 sebab urusan untuk borang nikah sudah selesai semalam..
kita amek cuti panjang start from Hol Johor until Xmas Day nanti..tapi time cuti pon bos call tanya pasal kerja..erkkkk...

so, semalam Hari Jumaat, pi pejabat kadi untuk uruskan semuanya..
pi kaunter
amek number..
tunggu turn..
bagi borang pada pegawai..
and dia akan check 1 by 1..if pasangan korang lain daerah and negeri, bagi sekali borang pasangan korang tu..make sure buat 2-3 copy untuk semua borang2 tu..sebab pejabat kadi nak buat simpanan..
sementara pegawai uruskan borang, kita pi interview dulu, bawak sekali borang for interview which dia akan bagi masa kita buat urusan penyerahan borang tadi..
cuak x cuak sangat laa.. sebab fikir nak cepat siap, so perasaan cuak tu ilang..

for Daerah Batu Pahat, antara soalan yang dia tanya
- mengucap 2 kalimah syahadah with maksud dia sekali
- bacaan al-Fatihah
- doa Qunut
- tanggungjawab suami isteri
- munakahat

and semalam, kena berinterview dengan pegawai perempuan..
soalan 1: mengucap 2 kalimah syahadah dan maksud
soalan 2 - niat madi wajib
soalan 3- doa qunut
soalan 4- doa berjunub

alhamdulillah semuanya boleh jawab melainkan soalan 4 yang x hafal bahasa arab dia..just ingat maksud dia je..

after interview siap, pi jumpa pegawai yang uruskan borang, bagi borang yang kita bawak time interview tadi..lepas tu kena tunggu untuk buat bayaran and dia akan bagi sekali borang yang akan kita serahkan pada naib kadi..total bayaran RM17.00..so, selesaiiiiii..

after siap semuanya, sempat menyinggah rumah BFF..for distribute kad kawen..
wahhh..macam x percaya kad kawen dah distribute..
semoga semua urusan dipermudahkan..
aminnn





Tuesday 18 December 2012

Ukiran Inai

hye..
tadi, ada terbaca entry Ayong pasal pakai inai..
dan Ayong pon ada tanya betul ke tok kadi akan bagi ceramah kalau kita mengukir inai kat tangan..
hmm, x tau la kena ceramah ke x..depends pada tok kadi kot..untuk tok kadi yang pernah nikahkan 2 orang akak kita, so far x ada masalah..

cakap pasal inai ini, nak share ukiran inai yang cantik yg pernah kita tgk..
tapi yang pernah kita jumpa ni kat batu pahat je laa..tempat lain x tau..
siyes cantik gila + kemas sangat dia buat ukiran inai..

picture credit to Azidia Bridal Couture

suka yang belah kiri..lawa

cantik..

kemas + cantik

suka tengok ukiran kat kaki ini..cantik gilos!

so, kalau sapa2 nak tau lebih pasal ukiran inai ini, pi la tengok FB dia..Azidia Bridal Couture
dan nak bagitau, make up dia pon sangat cantik dan kemas..=)

- Jumaat ni interview nikah..cuakkkkkkkk....

Thursday 13 December 2012

The Moment To Remember

This is what we call
The Moment To Remember
which come once in my lifetime..
12.12.12 

thank you my dear fiance..




LOVE - BIRTHDAY - HAPPY


Wednesday 12 December 2012

Wordless Wednesday : Happy Birthday to Me


Today 12-12-12
Genap sudah umur menjadi suku abad..
Terima kasih pada  emak and abah, siblings, tunang and kawan2 yang wish..
and malam ni hopefully dapat dinner dengan Shafiq

simple, murah, jimat

simple petua untuk cantik luar dan dalam..tak perlu nak beli barang2 kecantikan yg kita tahu ianya dah dicampur aduk dgn bahan-bahan kimia..sejak 3-4 bulan yang lalu, tetibe ada kesedaran utk jadi kesihatan dan kecantikan luar dan dalam..

firstly niat dulu dalam hati yg tujuan kita nak cantik dan sihat ni semata-mata kerana Allah..bukan untuk menunjuk atau meminta org sekeliling puji kecantikan kita sbb apabila kita ni dipuji berlebihan,takut timbul perasaan riak..dan kecantikan dan kesihatan kita bila2 masa je Tuhan boleh tarik balik..betul tak?

dah dekat nak kawen ni, niat untuk jaga kesihatan dan kecantikan utk bakal suami kita..dan mestilah berterusan sehingga dah sah jadi suami isteri,ada anak cucu,cicit dan seterusnya sampai ke alam yg kekal nanti..In Shaa Allah..

okeh, kita just buat simple and sgt jimat punya petua..antara petua yg kita suka amalkan sejak 3,4 bulan nak kawen ni..

1) beli 3-4 biji tomato..makan mentah2 and boleh jugak dibuat masker..utk masker, kita suka gosok2 tomato tu kt muka..3-4 biji tomato tak smpai rm3 pon kan..murah kan..makan tomato boleh jadikan dalaman kita sihatkan..so, dalaman sihat, automatik luar pon sihat..

2) timun..kalau timun, kita gunakan utk rehatkan mata..kerja kita ni pulak jenis yang wajib mengadap PC 8jam sehari 5x seminggu..so, timun yg sejuk2 tu boleh buat mata ni jadi segar..

3) limau purut- yg ni pulak kita gunakan untuk gosok dan sental top to toe..rasa segar bila dapat sental badan dgn limau purut ni..yg ni pon jimat sebab x payah beli, petik je kt umah kampung..

4) ulam-ulaman- yg ni memang favourite kita..kalau lunch kt kedai ada je ulam,mesti wajib amek..rasanya semua tau kan khasiat ulam..cuma sekarang ni nak try minum rebusan daun pegaga..sebab dia boleh mengurangkan keputihan dan membersihkan v zone kita..x perlu nk beli pencuci wanita bagai, minum rebusan pegaga dah cukup ok..

5) amek supliment - yg ni extra utk kesihatan..utk supliment, kita just amek vco and colegent..dan minum pati delima..

so, rasanya 5 petua kt atas ni je la yg kita selalu amalkan selain dari makan makanan yg sihat, tidur cukup..jimat, murah, dan In Shaa Allah tak memudaratkan kesihatan..

=)

eh, hari ini 12/12/12 laaa...happy birthday to me!

Tuesday 11 December 2012

9-12-12

ikutkan entry ini nak post pada hari Ahad yang lepas, 9-12-12.. Tapi masa tu terlalu penat sangat sebab ulang-alik JB ke KL..

hari Ahad lepas 9-12-12, genap 7 tahun main cinta-cinta, gaduh-gaduh dengan shafiq..sangat  tak sangka perkenalan yang bermula dengan missed call number boleh berkekalan sehingga hari ini..
Alhamdulillah, terima kasih Tuhan sebab pertemukan jodoh ini..
doa dan harapan agar hubungan ini dapat disatukan dengan hubungan yang sah..

tahun ni just dapat wish je, walaupun dah macam-macam planning untuk bulan 12 ni..kita mampu merancang, tapi Tuhan yang tentukan semuanya...
tak ada nak celebrate bagai sebab mood time macam ni agak tak stabil..
macam-macam yang nak difikirkan..
untuk tenangkan hati, hanya mampu berdoa pada Tuhan agar segala urusan di dunia dan di akhirat dipermudakan segala2nya..aminnn..

half way..alhamdulillah..=)



Friday 7 December 2012

7-12-2012

salam Jumaat..
hari ni besday Shafiq
malam tadi sempat nyanyikan lagu besday walaupun dah mamai...

niat di hati nak belanja Shafiq makan sedap2..nak bawak makan seafood puas2..
tapi apekan daya, malang itu tidak berbau wangi..
terpaksa lupakan hasrat nak makan sedap2 memandangkan kereta x mengizinkan nk jalan jauh...sedih..

petang ni terpaksa half day, nak hantar kereta masuk bengkel produa..
dan dengan segan pinjam kereta emak..
dan kawan-kawan baik semuanya risaukan keadaan diri ni sebab lagi 2 bulan je majlis kawen..
dan diri ni masih takut2 time driving..terlanggar lubang sikit pon dah terkejut sangat..fobia lagi...=(

petang ni jugak Shafiq turun Batu Pahat untuk fitting baju majlis resepsi nantii..
ada gembira sikit laaa...heheheh..

untuk B2B yang lain, take care yourself..
hati-hati di jalan raya..
kat mana2 pon kena hati2..=)

Thursday 6 December 2012

dugaan

ini dinamakan dugaan..bak kata orang tua, dugaan si darah manis..

just now, baru sttle kat balai polis..so tunggu lagi 3hari baru dapat keputusan kes..baru boleh claim insurance orang yg langgar dari belakang ni..

alhamdulillah x ada yg cedera..tp rasa nak nangis sangat2 bila tengok kereta jadi macam tu..terus rasa fobia nak drive lagi..

doakan semua urusan berjalan lancar..


Wednesday 5 December 2012

Wordless Wednesday: Alhamdulilllah

Alhamdulillah, approved by Pejabat Agama Sabak Bernam,
next proceed with my side..
semoga semuanya dipermudahkan..
Amin

Tuesday 4 December 2012

DISEMBER IN LOVE!

hye..selamat hari selasa..
bulan ni dah masuk bulan disember sudah..bulan terakhir dalam 2012..
bulan ni penuh dengan hari-hari penting kesayangan hati..

5-12-12 birthday the tembam boy : my nephew (5 years old)
7-12-12 birthday the ehemmm2 : my fiance (25 years old)
9-12-12 our anniversary (7 years main cinta2)
10-12-12 birthday the manja boboi : my nephew (2 years old)
12-12-12 my birthday!!! (25 years old)
16-12-12 birthday the super duper kesayangan hati : my emak (57 yeas old)

see..berderet semuanya..nak buat birthday party pon senang, jimat duit..beli kek sebijik, potong ramai2..

cake last year :  jumbo celebration birthday party..sapa yang lahir bulan dekat2 dengan disember pon celebrate sekali..senang!


dan bila datangnya bulan 12, mula la kepala fikir nak belikan hadiah ape..blurrr...terutamanya untuk the ehemmm2..payah benar..

dan In Sha Allah, this year dapat celebrate birthday Shafiq and my birthday together and also our anniversary yg ke 7 tahun buat pertama kalinya...
7 tahun main cinta2, baru 1st time dapat celebrate birthday sama2..yela, dulu2 masing-masing sibuk belajar walaupun belajar sama negeri....duduk pun jauh2..sorang kat selatan, sorang lagi kat barat..so, tak ada peluang nak celebrate sama2..

hopefully celebration tahun ni best, sebab tarikh my birthday pon sangat best kot *perasan*
12-12-12 
(nasib jatuh hari rabu, kalau tak, dah choose as tarikh nikah dah)
and my wishlist birthday present:
cc: Shafiq



--> enampuluhtujuh hari lagi..=)