Monday 29 October 2012

sampul biru and borang 2

hye, masih tak terlambat untuk wish Selamat Hari Raya Aidil Adha.
mesti berlaukkan daging je kan untuk dua tiga hari ni..

hee, btw just nak share something dengan b2b semua pasal borang nikah untuk negeri Johor..
last week my sis tolong belikan borang nikah kat Pejabat Kadi Batu Pahat..nampak sangat tak sempat nak pi beli sendiri..ingatkan nak tangguh beli borang nikah dulu sebab masih awal lagi kan..sat lagi bila tok imam kampung cakap, HIV test boleh dapat result after a month, terus kelam kabut nak beli borang kt Pejabat Kadi..emak pesan, everything tentang borang nikah, sila siapkan cepat2, disebabkan nak booking tok kadi..kalau tok kadi dah fully book pada tarikh yang dirancangkan, semua planning untuk nikah akan kucar kacir..

ok, after dah dapat borang dari akak, akak bagi tau pegawai Pej Agama cakap, dah boleh register by online je untuk negeri Johor..fuhhh..lebih kurang mcm Selangor laa..ikot pamphlet yg Pej Agama bagi, nama benda tu Sistem e-NCR..

sapa yang tak tau, ni nak bgtau step dia

masuk laman web E-NCR JOHOR
http://encr.johor.gov.my
.
.
isi & lengkapkan butiran
.
.
dalam tempoh 14 hari, perlu disahkan pendaftaran pengguna di Pejabat Kadi Daerah
.
.
akses sistem E-NCR, klik pada menu (lelaki/Perempuan) permohonan kebenaran nikah
.
.
isi maklumat pada ruang permohonan kebenaran nikah
.
.
dapatkan tandatangan 2 orang saksi pada borang kebenaran nikah yang dah dicetak
.
.
hadir kat Pej Kadi Daerah dengan bawa semua borang dan dokumen sokongan untuk disahkan
.
.
surat kebenaran kawen (borang 3) dikeluarkan oleh Pej Kadi Daerah
.
.
Permohon serahkan dokumen berkaitan bersama dengan surat kebenaran berkahwin dan akhir sekali diserahkan pada Jurunikah
.
.
boleh NIKAH dah..horeyyyy!!!

okeh, ni pulak step nak buat pendaftaran awam sistem e-NCR

1. klik link http://encr.johor.gov.my..
2. klik 'daftar pengguna'
3.masukkan no.ic & klik daftar
4. kalau korang telah didaftarkan sila call Pej.Kadi daerah untuk aktifkan akaun. Kalau tak di daftarkan lagi, isi borang 'pendaftaran pengguna awam'.
5. seterusnya boleh lihat menu bantuan & informasi e-NCR..

okeh, kalau rasa tak yakin, isi borang secara manual pon boleh..isi dengan tulisan Jawi ye..

weheee..dah lama tak menulis jawi..

kalau tak faham jugak, boleh call Pejabat Kadi Daerah masing2 ye..dengan baik hatinya, ini dia senarai no Pejabat Kadi untuk daerah dalam Johor.

Pej Kadi Johor Bahru : 07-2282940 samb 5/4
Pej Kadi Muar: 06-9521573
Pej Kadi Batu Pahat: 07-4333142
Pej Kadi Segamat: 07-9311330 samb 10
Pej Kadi Kluang: 07-7771245
Pej Kadi Pontian: 07-6871926 samb 17
Pej Kadi Kota Tinggi: 07-8831348
Pej Kadi Mersing: 07-7998850
Pej Kadi Ledang: 06-9786290
Pej Kadi Kulaijaya: 07-5995602

dan ni pulak panduan permohonan nikah

jelas tak..=)

and for  HIV test pulak, kalau rasa tak sure valid for 3 months or 6 months, better call directly klinik kesihatan tempat masing2..and for me, insyaallah next week dah nak buat HIV test..ayooo...cuak kot..jangan pengsan tengok darah sendiri sudah laa..=) 






4 comments:

  1. Jelas! Thanks for sharing ye Fifi. Tapi Nana rasa better isi borang secara manual sudah. Lagi confident. HIHI.

    *walaupun kena isi dalam jawi. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes..manual lagi senang kot..yang penting dapat nikah..hahah

      Delete
  2. Thanks fifi! Complete...nnt aku refer sini jela...jgn delete tau...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. okeh..insyaallah x delete..aku pon bukan ingat sangat benda ni, nnt nk submit borang, tengok checklist ni banyak kali..

      Delete