Wednesday 28 August 2013

fuhhhh..

** entry ni khas untuk one of my friend yang dlm dilema nak berhenti kerja..heheheh..

Selamat pagi rabu..

Kejap je dah hujung bulan 8..maksudnya dah 2 bulan jadi fulltime house wife..
Memang la ada suara sumbang yang pertikaikan kenapa berhenti kerja..tak sayang ke ada degree, tapi jadi fulltime housewife..tak terbeban ke suami nak tanggung sara keluarga sorang2..duit kereta ko sapa nak sambung bayar..tak bosan ke duduk rumah je..

YES..macam2 bunyi suara sumbang kat luar sana, lagi-lagi time raya, kenyang makan ketupat rendang, lagi rancak la si suara sumbang..memang dah agak dah ada je suara2 yang akan tanya..dan awal2 dah bagitahu kt husband yg kita tak tahu nak jawab ape bila suara2 sumbang tanya soalan2 maut ni..dan husband cakap ‘jawab je dengan jujur’..memang panas telinga, gugur air mata, remuk hati, kembang kempis hidung bila dengar orang cakap itu dan ini..sampai satu tahap, nak google cari kerja..

Bukan senang nak buat keputusan nak berhenti kerja..dulu dapat peluang jejak kaki kat Mekah, berdoa menangis sampai lencun telekung depan Kaabah, mohon diberi petunjuk, diberi kekuatan untuk buat keputusan nak berhenti kerja sebab utama nak berhenti kerja, nak duduk dengan suami (dah puas PJJ)..nak jalankan tanggungjawab as isteri..kan tempat isteri disisi suami..dan In Sha Allah , jika diberi kesihatan yang baik, nak jaga anak depan mata sendiri 24h/7d..niat nak kumpul saham akhirat..

Alhamdulillah, balik dari umrah, Tuhan beri petunjuk yang tak disangka2..petunjuk yang bukan dtg dari mimpi..seorang kawan non-muslim yang berkawan rapat dengan bos (sekarang ex-bos) menceritakan segala2nya..bila si non-muslim ni ceritakan segala2nya, tergerak hati “mungkin ni petunjuk dari Tuhan”..mintak pendapat husband, mintak pendapat emak abah, mintak pendapat adik-beradik, semua bagi semangat suruh letak jawatan..terus nekad, letak jawatan dan pegang pada kata2 “REZEKI TUHAN YANG BERI, BUKAN BOS YANG BERI”

Tak kesian ke tgk husband kena kerja kuat mengalahkan buruh kasaran Indon???..YE MEMANG KESIAN..sangat2..tak sampai hati nak mintak itu ini..dulu nak shopping online, x kesah sebab pakai duit sendiri..duit kereta, bil telefon, broadband semua pakai duit sendiri..sekarang ni 500% bergantung harap pada duit suami..duit simpanan yang x seberapa, husband tak bagi guna langsung..bunyik macam tak best kan..memang tak best pon..hahahahahaha..bila difikir2 balik, buat ape nak shopping baju, kasut, beg, makeup sedangkan bukan ada nak pi kerja, jumpa clinet pon (Haipppp, berhias utk suami je!)...paling2 pon nak beli pencuci muka je..baik duit tu simpan untuk beli pempes, susu anak..hmmm, bab2 hutang ni, syukur ada hutang kereta je, lagi 5 tahun nk merdeka hutang (Lamanyaaaaaaaaaaaaaaaaa), dan syukur x ada hutang PTPTN..tapi kesian untuk husband yang kena sambung bayar duit kereta..(nasib awak x ada hutang pape bie)..

Dah berhenti kerja ni, mesti la ada plan or niat nak buat something yg boleh tolong husband kan..heheheh..setakat ni baru belajar sikit2 dari mak cara nak buat langsir rumah, buat sarung bantal and tilam baby..(untung ada mak yang dah bersara dan pandai jahit..ily mak!)..Cuma buat baju kurung je yang mak malas nak ajar..mak ckp, pi belajar sendiri…hahahahhaha..semuanya masih dalam mood belajar..terkedek2 pon xpe laa..


Bila dah tak bekerja, mesti la tak berduitkan..so, memang kena korbankan 'keinginan wanita' (shopping) sangat2..beli ape yang perlu, bukan apa yang mahu..

walaupun husband ada offer -- nak baju tak sayang, nak seluar tak sayang, ikotkan nafsu tahap 5 wanita --- ehhhhh...mesti la nakkkkk..jom kita shopping hujung minggu ni jugak---

tapi bila keperluan itu mengatasi keinginan --- tak pe la bie, baju-baju dgn seluar ayg banyak lagi yang muat, baik kita shopping barang2 baby..baju ayang x muat, boleh tibai baju bie..baju baby x muat, tak kan baby nak tibai baju bie jugak....hahahhahahah---


eh, dh panjang sangat entry ni..

lastly,

Memang payah nak fikir masa depan, jadi lagi takut nak lalui hari yang mendatang, sebab kita tak tahu ape yg terjadi untuk hari2 esok, dan esok, dan esoknya..

dan

kalau cakap pasal tak cukup duit, bagi 1 juta pon tak akan cukup kalau asyik dahulu kan keinginan dari keperluan..

=)

Monday 26 August 2013

Syawal

rasanya tak lambat nak wish 
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

tahun ni first raya as husband and wife..
dan raya tahun ni raya first kt kampung husband..
kat Sg Besar Selangor

jauh beza dgn raya kt kampung sendiri especially bab makanan..
kt kampung husband, ketupat or pulut or lemang makan dgn rendang kerang + kuah kacang yg ada daging..
beza sangat dengan kat johor yg ada kuah lodeh, sambal kacang, ayam masak kicap/kari/merah, rendang daging..

pagi raya dah set x nak sedih2 bila call family kat Johor..
tapi bila dah call, abah yang start nangis dulu,,suara emak pon sebak je..
heeee...almaklum lahh, anak pompuan bongsu dia mana pernah keluar johor, dan setakat ni dalam adik beradik, the only one yang pasagannya orang luar johor.

raya ke-4, terus gerak balik dar sg.besar ke b.pahat..6 jam jugak laa..ni 2nd time straight balik dari sg.besar ke b.pahat, tapi husband yg drive..dulu pernah drive sorang2 straight jb-sg.besar..sakit pinggang gila2..sekarang nak drive jauh je, dah x boleh..mesti husband x bagi..lama2 boleh hilang skill bawak kereta...hahahah.

bila dah kt b.pahat raya ke -4 jangan harap la ada lauk raya lagi..
so, lepak2 je kat rumah..lagi pon hari ke 5, tetiba muntah gila2..muntah hijau..
sebab akibat makan x ingat dunia..
heee..

now, dah raya ke..19, eh, 20 kot..
x ada nak pi mana2 sebab husbnad outstation for 2 weeks..
waaa..kena tinggal sorang2...


1st Syawal as husband and wife..
(baju yang sedondon dgn husband x muat langsung, terpaksa pakai dress instant) 

3rd syawal..happy semacam sebab esoknya dah nak balik b.pahat...
weheee...


---> ramai classmate UTM yg tamat kan zaman bujang...alhamdulillah..Congrats and happy untuk korang..=)