Wednesday 24 April 2013

Wordless Wednesday: bye bye fever


high fever..
 suhu 38.5 darjah Celsius..

Monday 22 April 2013

Diuji sekali lagi

Semoga hati tabah dan kuat..

Disaat badan demam panas, badan melayang, hanya mampu berdoa pada Tuhan semoga disembuhkan seperti sedia kala..
Dan ketiadaan family dan suami disisi, hati harus tabah..badan harus kuat untuk menerima ujian kecil ini..

Tak ada insan yang teman disisi yang boleh jaga si sakit ini..
Tak ada insan yang teman si sakit ini ke klinik..
Tak ada insan yang menjaga si sakit ini dimalam hari..

Tapi si sakit ini tahu dan yakin Dia yang menjaga si sakit ini 24jam sehari..7hari seminggu..
Dia tak kejam..Dia nk menguji ketabahan si sakit ini..ini baru sikit..

Dan si sakit ini didoakan sepenuhnya oleh si suami agar cepat sembuh dan ceria seperti selalu..

Semakin hari semakin tabah walaupun air mata laju berderai..sebab si sakit ini yakin satu hari nanti hari itu pasti akan tiba juga..

Sorry entry emo sangat2..
Suami di utara..isteri di selatan..
Harap agar isteri bertahan..

Tuesday 16 April 2013

Terpilih Untuk Diuji

selamat pagi Selasa..
puas sebab semalam Melaka cuti dan dapat balik kampung..
kampung Batu Pahat..
last weekend my FIL datang tidur rumah..dieorang otw untuk hantar adik ipar balik UTM, so singgah rumah untuk rehat2, makan2, tidur2..
for first time mereka datang rumah..
rumah pon baru 3 minggu duduk..
mesti la tak complete rumah tu..
so, bila husband sampai melaka, terus ajak pi shopping kejap nak carik bantal..
hahahha..kesian..hidup sorang-sorang, bantalnya pon untuk sorang2 je laa..bila hujung minggu suami balik, bantal kena bagi dua dengan dia..sorang dapat satu bantal besar dgn bantal kecik..
bila FIL datang, baru terhegeh2 nak cari bantal..
huhuhu..
.
.
.
.
.
.
.
last weekend, pagi sabtu nan indah sang husband bagi tau yang dia kena outstation..
terus pagi sabtu nan indah tu jadi tak berapa nak indah sangat..
sebelum ni mmg dah tau dah yg dia mmg akan outstation..tapi tak tau bila masa..
so, bila dia bagitau yg jadual untuk outstation dah keluar, terus rasa sentap..meleleh air mata..meleleh hingus..
kalau outstation time weekdays je tak pe sebab mmg kitaorang tak jumpa pon weekdays, yang buat hati sentap dia kena outstation untuk berminggu-minggu, berbulan-bulan dan In Shaa Allah sampai hujung tahun ni..(T___T)
kalau dekat tak pe..ni nun di utara sana..dan isteri pulak di selatan..tapi alhamdulillah masih dalam Malaysia lagi..
nak mengeluh adalah tak baik sama sekali sebab ini semua rezeki Tuhan yang bagi..apa yang boleh kita buat berdoa semoga hati ini kuat untuk bertabah dengan segala yang Tuhan telah tentukan..
.
.
.
awal-awal lagi dah mintak izin kat suami untuk balik kampung hujung minggu kalau dia tak dapat balik Melaka..sebab selepas suami, family sendiri je lah yang mampu menggembirakan hati ni..(T__T)
.
.
.
.
.
.
begini lah nasib husband and wife yang PJJ..
tak semua orang mampu untuk tempuh long distance relationship ni..
yakin dengan percaturan Tuhan
yakin dengan perancangan Tuhan
yakin dengan rezeki Tuhan
yakin dengan ketentuan Tuhan
sebab saat kita diuji sebegini, buatkan hati kita lebih dekat dengan DIA..
semakin dekat kita dengan DIA, semakin dekat hubungan kita dengan pasangan..
semakin dekat kita dengan DIA, semakin kuat hati untuk terima segala ketentuan DIA..
(ini lah apa yang aku rasa sepanjang 2 bulan lebih, walaupun kadang2 air mata tumpah macam air terjun)
.
.
.
.
.
.
untuk mereka yang dapat duduk sebumbung, tidur sebantal dengan suami, korang memang beruntung..
ada orang nak jaga setiap masa, setiap saat..
kalau nangis, ada tangan lain yang boleh lap kan air mata korang.. 
kalau sakit kepala, ada tangan lain yang boleh urutkan kepala..
celik mata bangun tidur je, ada suami kat sebelah..
barang dapur habis je, ada orang temankan beli..
.
.
.
.
.
.
beza dengan mereka yang PJJ dan hidup sorang2 tanpa family di sisi..
SEMUANYA SENDIRI..
tapi aku yakin, DIA temankan aku..
.
.
.
.
.
semoga satu hari nanti masa itu datang juga..
aminnn

sekian..
entry emo



--> adik beradik aku after kawen memang semuanya PJJ sampai setahun lamanya..yang bezakan aku dgn adik-beradik yang lain: aku PJJ tapi tak duduk dengan family, dieorang duduk dgn family aku..aku PJJ merentasi dua buah negeri, diaorang PJJ dalam negeri..so, aku lah si hebat yang berhati tisu..=')

Monday 8 April 2013

Rajin yang Malas

Selamat Pagi Isnin..
Siyes pagi ni tetiba rasa semangat nak kerja, walaupun badan tak berapa nak sihat dan perasaan malas besar mengusai diri..
gila..
tak pernah hari Isnin rasa semangat nak kerja..
semangat nak kerja 
sebab semangat nak siapkan kerja 
sebab semangat nak cuti untuk hanimun hujung bulan ni..

tak ada lah hanimun sangat..
sebab niat utama mesti lah nak buat umrah betul2, nak ziarah Mekah and Madinah..
siap bawak emak abah dan emak abah mertua..
so total 6 orang..
semoga umrah kami berjalan dengan lancar..
aminnn..

dalam 6 orang ni, mesti lah aku sorang je yang tak pernah buat umrah..yang lain2 semua dah pernah..
so, kena lah belajar betul2 sebab takut tersalah buat or terlanggar pantang larang..

doakan semua urusan kami dipermudahkan..

doakan kesihatan aku ok sebab sejak seminggu dua ni asyik cepat letih dengan suhu badan tak menentu..

doakan kami semua selamat pergi dan pulang..

aminnn...

---> big thank you kat abah mertua yang sponsor umrah ni..=)



Tuesday 2 April 2013

ILY Hub - Mum -Dad

selamat tengah hari Selasa..
semoga hari-hari akan datang lebih ceria..

Untuk bride to be April,
A Big Congratulation on your wedding day..
semoga semuanya berjalan lancar..
aminn..
sekejap je kan dah masuk bulan April..

btw, bersyukur sangat2 sebab pencarian rumah sewa dah berakhir..
sebulan duduk rumah abang yang jauhnya nak ke office ambil masa 45 minit tanpa sebarang jalan jammed..
dan rumah sekarang just take 10 minutes yang boleh bawak 60km/h..
hahahha..keluar rumah pon pukul 8.15..
kalau duduk rumah abang, keluar rumah 7.15..

walaupon rumah tu just rumah sewa, alhamdulillah, masih ada tempat berteduh..
dan semestinya duduk sorang2 je kat rumah tu..
forever alone sangat..
dan bila tak ada planning nak balik kampung Johor or Selangor,
husband akan datang Melaka..
so far, baru seminggu dua hari duduk rumah tu..

dan perlu sangaaaatttttt berterima kasih pada mak dan abah yang terlalu banyak sponsor langsir, perabut, barang2 elektrik yang tak termampu lagi untuk anak dia beli cash..
kalau setakat blander, rice cooker, boleh lah dibeli sendiri..
tapi kalau fridge, washing machine, tv, memang lah tak berapa mampu nak beli..
walaupon awal2 husband bantah amek duit pemberian abah and emak sebab dia mampu untuk beri semua tu, tapi bila abah dan emak cakap ikhlas dan nak membantu, jadi sayu hati pulak nk tolak..
tapi x ada lah nak habiskan semuanya..
carik barang elektrik yang harga paling munasabah dan perlu fikir berbaloi tak beli itu dan ini dengan harga sebegini untuk jangka panjang..dan selebihnya simpan..

i love you emak..
i love you abah..
i love you husband..
=))

untuk rumah sewa ni, alhamdulillah, selesa untuk makan, tidur, baring2..
hihi..
tapi maybe tak lama duduk sini, sebab perjanjian dgn husband untuk PJJ only one year,
lepas tu wajib duduk sama2..
doakan kami dapat duduk serumah, sebilik, sebumbung sama..
aminnnnn..

pada yang PJJ, kuatkan hati..tabahkan hati..dan yakin dengan rezeki Allah..


~sekian~