Wednesday 27 March 2013

Review: Door Gift

kali ni nak review door gift..
tapi side perempuan je laa..
side lelaki tak berkesempatan nak amek gambar memandangkan time tu majlis buat simple habis..

dimulakan dengan door gift time nikah..
- bunga rampai
- air kotak soya
- kek cokelat hand made by my kakak..

asalnya nak bagi kek cokelat je..tapi majlis nikah ni buat sekali dengan majlis aqiqah anak sedara yang baru lahir, so my abang topup la yang selebihnya tu..

majlis pernikahan, aqiqah dan doa kesyukuran


gigih my kakak buat kan hampir 130 kek cokelat dalam bekas kecik2 ni..
dan semsetinya sedapp...


untuk majlis sanding pulak, yang ini my mum dan my abah yang decide nak bagi ape..
sbb totally diaorang yang keluar duit..

ni paper beg..beli kat ayer hitam..tak payah nak mahal2, end up tempatnya dalam bakul sampah..
each paper beg harga dia tak lebih RM0.30 kalau x silap..
dan sticker biru2 tu free gift masa buat kad kawen..

paper beg cokelat tu diisi dengan benda ni..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

cookies..harga cookies ni RM1.35 untuk belian atas 1500 bungkus..
beli direct dari kilang baru dapat murah..
kalau kat kedai harga dia RM 3.50..
cookies ni ada 8 jenis perasa..perasa??
tapi mak and abah pilih 5 perasa je.. 
dan cookies ni kalau atok2 nenek2 yang gigi nya dah tak ada, masih boleh dimakan sebab lembut dalam mulut...
so, door gift ni untuk dari peringkat kanak-kanak atas 1 tahun hingga la atok2, buyot2, moyang2 pon boleh makan..hehehhehe

dan semestinya tukang isi door gift ni asyik mengunyah cookies ni time sesi packing..

sebenarnya ada tambahan..
untuk my fren dan sepupu sepapat,
dalam beg door gift ada tambahan barang..
sepit kuku je pon..
hihihihih..
harga sepit kuku RM1.00 kot..x ingat la..=P

dan door gift untuk pihak lelaki,
pon ada tambahan jugak selain sepit kuku..
bunga telur je pon...
hihihihihi
bunga telur tu pon harga dia sekuntum RM1.00..
telur pulak pakai telur masin harga RM0.70 kot sebab dh siap rebus..

so, total kos, kira la sendiri...

okeh, sekian...





Monday 25 March 2013

dulu dan kini selamanya


dari ini bertukar kepada 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
yang ini
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

okeh..sekian..
=)

Wednesday 20 March 2013

Review: Outdoor Photoshoot

ini ambil dari kamera sendiri..my adik yang tukang klik..klik..
boleh laa daripada x ada kan..dari photoG mmg belum dapat lagi..
mau sebulan dua lagi baru dapat..

location: Pantai Punggor..
cuaca: mendung menuju ke gerimis..

PhotoG: abang boleh dukung akak tak..
H: mesti la bolehhh..
W: are u sure bie?

yeahhhh..berjaya jugak..hahahhaha..46 kg je pon kan..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

lu pe hallll...hahahhaahah..comolot baru tau..=P

nak sangat comolot kan...ahahhaha..give you..

kan dah malu...

ok..bye..
*mood agak tertonggeng-tonggeng minggu ni*






Tuesday 19 March 2013

Review: Barang Hantaran

Selamat petang Selasa..
hari ini amek off day sebab rasa malas sangat nak kerja..
tapi off day pon, still kena buat kerja dari rumah..

dan ada kesempatan ni,
nak review sikit pasal barang hantaran..
untuk decoration hantaran..i hire my Bff untuk deco hantaran for both side..
kita bagi idea itu dan ini..nak itu dan ini..so, dia pon tolong buat kan..
dan yang finalize kan deco is my sis..

my hantaran 5 balas 7

untuk lelaki bagi perempuan, just guna bunga crepe..hand made by me..bunga yang berapa kuntum tu pon terhegeh2 nak siapkan..ape tah lagi yg jadikan bunga crepe as bunga telur..tabik spring kaat b2b yg gigih buat bunga telur pakai kertas crepe..heheh..

1- sirih junjung made by my kakak and me..ini je pakai fresh flower..
2- set cincin and rantai tangan + frame berisi duit mas kahwin RM22.50..tapi time ni tak isi duit lagi frame tu sebab duitnya pada Shafiq lagi..


3- dslr..idaman kalbu..dan tak menyesal beli benda ni..
4- hand beg..yang ni memang ketuk habesan kat Shafiq..heheheh..
5- jam tangan..x best tau pergelengan tangan kecik..tak comel nak pakai jam tangan cecantik..
.
.
.
.
.
.untuk pihak lelaki pulak, 
pakai bunga plastik je..my bff hasut suruh pakai fresh flower..tapi x nak walaupon cantik..
huhuh..
yang ini pon my bff buatkan..

1- sirih junjung: gubahan by my kakak..ini je pakai fresh flower..dah dekat dua minggu masih segar lagi.
2- 'nota 2': asalnya nak beli galaxy 10.1..tapi memandangkan hp Shafiq time tu bateri dia asyik nazak je (paham2 la hp android), so tukar kepada 'nota 2' ni..so, nampak kegunaan di situ..

3- cookies by simply good cookies
4- chocolate sponsor by Kak Ayu..
(disebabkan dah tak tahu nak bagi ape pada pihak lelaki, so decide untuk bagi makanan  dan boleh share dgn sepupu2  Shafiq)..

5- jam tangan..
6- kasot saiz kaki gajah..kasut ni guna untuk sanding dan bertandang..
7- set kemeja dan seluar..mmg jadi baju basahan kerja la ni..

tujuan share benda ni bukan nak tunjuk2 'hey aku ada ni..ko ada'
dan pemilihan barang2 hantaran ni ikut kemampuan dan keperluan masing2..dan bukannya ikut kemahuan..heheh..

dan ada my fren cakap hamboi barang hantaran ko..semua nak mahal..
dan senang je jawab
'mana ada mahal..semua ni beli time sale laa..dan barang2 ni memang kitaorang nak gunakan after kawen nnt..dan bukannya untuk disimpan dalam almari..'

jadi ikut lah kemampuan masing-masing dan bukan ikot nafsu..
kata pengantin bajet..
=))


Monday 18 March 2013

please respect!

selamat pagi Isnin..
semoga hari ini dan seterusnya sentiasa ada luck yg baik..aminn..

hari yang Isnin yang terang cerah dan panas ni, bertambah jadi panas bila pagi2 lagi dah nak gaduh dengan engineer..
siyes team mate kerja kat tempat baru ni sangat stress berbanding kerja kat JB dulu..
dan siyes rindu nak kerja kat JB balik!!!!

kerja kat tempat baru ni semuanya independence sangat..ko lah office boy, ko lah kerani, ko lah yg jumpa client, dan ko lah yang kena bentang projek kat klient..
dan akhirnya menangis sorang2 sebab stress..

kesian kat diri sendiri..
dan 
sangat geram tahap maksima dengan sorang engineer C&S ni..

sesuka hati nak membodohkan orang..
dan lebih 3x dia call tengah malam time aku tengah sedap2 mimpi..
dan hujung minggu time aku nak berseronok2 dgn suami sendiri, ko boleh telefon..

ko pe hal!!
tak ada adab ke!!
ko kenapa kurang hajar sangat!!
ada pangkat IR..tapi perangai mcm haram..

timing kerja aku 8.30am to 5.30pm
 Monday to Friday..
selain dari waktu itu, BIG SORRY..

bukan kau yg bayar gaji aku..
so, jangan harap la aku nak angkat phone or layan msg ko semata nak tanya projek..
tak da sapa nak bunuh ko kalau projek tu lambat siap..
sila la respect orang lain..

ko dah bodohkan aku... ko dah kacau waktu privacy aku..
pastu ada masalah dgn engineer lain, pandai ko cari aku nak ajak geng..
SORRY LAAA..
sekali ko dah buat taik, jangan harap la aku nak bagi muka kat ko..

dan aku,
tak sabar nak pindah tempat kerja..
mudah2an ada rezeki nak pindah Selangor..
nk duduk bawah ketiak suami..
bye..
='(



Wednesday 13 March 2013

1st menu for him

selamat pagi rabu..
esok khamis..
luas jumaat..hoyehhhhhhhhhhhhhhhh..star jump10 kali..

minggu ni balik kampung Shafiq..
sebab:

1) minggu lepas dah balik Batu Pahat..
so,minggu ni turn balik Sg.Besar pulak..
biar adil...

2) teringin sangat nak makan mee udang kuah banjir dekat Sg.Besar..
first try masa zaman tunang dulu, FIL yang bawak pi makan..

ni zaman dah kawen, teringin nak makan lagiiii..

udang dia besar2..kuah dia melimpah2..

3) nak masak untuk Shafiq..
hahahahahha..kesian..
dah sebulan lebih jadi wife, tapi still x ada peluang nak masak makanan yg suami request..
kami PJJ..boleh jumpa hujung minggu..
last week mmg dapat jumpa and dapat la orang tu rasa masakan bini dia..tapi still x ikot selera besar dia..ye laa, time tu bini dia masak untuk 1 family besar..so, masak tak boleh nak pedas2 sbb mak dan abah dan anak2 sedara bini dia tak makan pedas..
so, time tu orang tu komen cakap kurang pedas..
bila weekend ni nak balik Sg.Besar, orang tu request nak sambal sotong..heee..
dan i'm oke je..janji bawak bini dia ni pi pasar..
dan janji bawak pi makan mee udang kuah banjir tu..

=)




Tuesday 12 March 2013

pre-hanimun: weekend full with love

entry lepas ada story pasal steamboat kan..
the next day, meluncur laa kitaorang ke Cameron Highland..

wife cakap "ni honeymoon kita"
tapi
husband cakap "ni holiday je laaa.."
so what ever..janji kami happy..

stop kejap kat R&R untuk solat subuh and terus naik ikut Simpang Pulai..
my sis suggest ikot Simpang Pulai sbb jalan situ lebar sikit compare dgn Tapah..
bila dah half way memusing2, buka lah tingkap..dan angin dia..wahhhhh..best!!!
punya lah dah lama tak pi Cameron..
 sampai kat Brinchang, terus cari hotel dulu..mula2 nak duduk hotel bajet je..tapi bila fikir2 parking kat hotel bajet ni payah, so, cari la hotel yang mahal sikit, tapi tak mahal sangat..
finally, Country Lodge Hotel jadi pilihan..
masih dalam bajet Shafiq..=P

Country Lodge Hotel

booked hotel--> simpan barang --> pi makan...
after makan, terus pi jalan2..

1) Cameron Valley
ingatkan kat sini tempat boh tea..rupe2nya salah tempat..heee..
tapi before keluar dari tempat ni, sempat beli mcm2 jenis teh..

muka tahan sinaran matahari..

pemborong teh- teh halia-teh lemon-teh hijau-teh....


2) Boh Tea Plantation
kat tempat ni baru lah betul nak tengok orang proses teh..tapi kan nak masuk tempat ni, mmg wajib bertolak ansur dgn driver lain..jalan dia sempit giloss..
nasib naik kereta kecik..kalau bawak alphard, baik ko jalan kaki dari bawah ye dik..
time tengah berhimpit2 dgn kereta lain, asyik cakap bila la nak sampaii..cuak ok..
bila dah sampai, terus duduk, minum2 makan2..
dah lah sejuk2 boleh pulak order lemon tea..ingatkan panas..tapi sejukkk..tu laa..main order je..pastu order air panas..teacino + caramel..sedap ok..
ditambah dengan chocolate role..menyesal beli satu ketol je..

muka orang kena paksa amek gambar..tengok gambar ni, nampak choclate role..sedapnyeeeeee..


lepas pi boh tea plantation, pi jalan2 kat pasar kt Brinchang tu..ngada2 nak makan strawberry cokelat konon..
dah puas makan, kat hotel muntah2..amekkk..terus malam nya tak larat nak bangun..rehat2 kat hotel je..rugiii...
suke tengok background..tak silap tempat ni yg ada dalam cerita ombak rindu kottt..eh, yeke..tak ingat ah..

3) Pi ladang strawberry..
ni lagi satu hampeh..kat internet tulis free untuk masuk..hati dah kobar2 nak petik strawberry..
sat lagi, tanya boleh tak petik..dia cakap, strawberry  banyak kecik2, so x boleh petik..dukacita sgt..
terus beli je yg dia dah petik..nasib masuk free..memandangkan rushing nak balik, so x ada niat nak pi ladang lain yg boleh petik strawberry..menyampah...heee...
tema baju hendaklah sama warna dengan strawberry..

pukul 10.30 terus tinggalkan Cameron..dan bila teringat yang Shafiq cakap ''balik kita ikut Tapah ye, baru rasa best", hati tak tenang ok..jalan sempit tu jugak dia nak ikot..dah la baru lepas hujan time tu..sepanjang turun, mmg berdoa selamat sampai je laaa..
okeh..sekian..penat menaip..

--->strawberry bila dibawak turun dari atas, bertukar jadi masam = FAKTA!
--->now tengah buat preparation untuk the real honymoon..In Shaa Allah..


Wednesday 6 March 2013

review: henna


nak share pasal henna..
mula2, just nak inai kan kuku je..
and tak ada ukir-ukir bagai..
tapi my kakak menghasut suruh buat jugak ukiran..
so layankan je laa..
disebabkan buat atas and tapak tangan, 
so, total dia RM40..

untuk kaki x buat pon..just merahkan kuku je...

time ni hitam kemerahan lagi...
tapak tangan yang sedap kalau tampar orang...=P

after 5 hari nikah

now..menghampiri satu bulan...masih merah lagi..dan masih kena perli dgn bos lagi...

ukiran inai, kita buat dekat kedai..anak murid abah yang ukirkan..
dan ukiran inai dia bertahan selama seminggu minggu lebih..(..kalau x cuci pinggan mangkuk or menyental baju, maybe boleh tahan sampai 3 minggu kot...)

untuk kuku, mula-mula pakai inai serbuk..pastu bila dah basuh, topup pakai inai yang ready made punya (yg mcm colgate tu)..yang ready made punya topup kat kuku je..kalau topup sekali kat kulit, mmg mengelupas kulit tu..so..jadi lah merah mcm kat atas ni..

so, sekiannnnn....

--> Shafiq tak pakai inai pon..dia x suka walaupon kena paksa dengan bini dia..
--> Tadi meeting dengan investor + engineers..sorang engineer tu pengantin 3 minggu mcm i jugak..dan kantoi, ada love bite kat leher...kakakkakakakkakaka...(gelak dalam hati kuat2)
--> sedap sangat gelak kan orang, lepas tu batang idung sendiri terkena..ada ke patut investor tu tanya "sedap x kawen????"..hanya mampu senyum kambengggg..dan ramai2 gelak kan i..padan muka sendiri...hahahah...



Tuesday 5 March 2013

makan sampai pengsan

selamat petang selasa..
mood petang ni agak bengang sebab bengang dengan sorang arkitek ni..
pangkat dah Ar..tapi bahasa dia, mcm nak lempang2 je mulut dia tu..sesuka hati je nak membodohkan orang, nak cakap aku ni tak ada otak..mulut mmg mintak penampar sangat..belagak betol..
so, nak balas dendam, aku malas nak siapkan projek dia..padan muka!!
.
.
.
.
.
.
tutup cerita arkitek POYO...
.
.
.
.
nak story aktiviti last weekend..
last weekend dapat jumpa Shafiq after seminggu terpisah..hhuuhuh..berdebarnya + excited sgt nak jumpa dia..gerak dari tol ayer keroh pukul 4.15, pukul 5.45 dah terpacak kat tol batu 3..
mintak Shafiq pick-up sebab terus nak steamboat dgn officemate dia malam tu..

after 1 week terpisah, bila dapat jumpa balik, ada orang tu malu2..masuk2 kereta je, dia x nak pon tengok muka wife dia ni..bila ditegur, baru laa nak tengok, pastu senyum2 kambenggggggg...=D

lepas solat magrib, terus la pi tempat steamboat D'kayangan buffet steamboat dekat area seksyen 13..
ingatkan ada set grill..tapi x ada..just main celup2 je..so, makan la sampai pengsan..
ada orang tu punya la excited amek bahan-bahan basah yang nak dibakar, sat lagi tak adaaaa..
dan orang tu sangat kecewa..sapa2 nak makanan yg di grill, kena la beratur..owner yang masak..

manusia yang paling kecewa malam tu..=P

=)

zila.hazirah.kak ayu

bakal pengantin

pengantin 3 minggu..=P

makan.borak.makan.borak.makan.borak.

dah penat, masing2 terus balik umah..dan kitaorang terpaksa la check in hotel sebab housemate shafiq ada kat umah..

dan esoknya kitaorang kena la bangun pagi2 sebab nak meng'holiday'kan diri..
kat mana?
next entry laaaaa....

=))

--> dari 5 stars, boleh beri 3 stars je..

Friday 1 March 2013

r i n d u

selamat hari jumaat..
hye March..
firstly, A BIG CONGRATULATION for BRIDE TO BE this month.
semoga majlis korang berjalan dengan lancar..
aminnnn
.
.
.
.
.
.

dan hari ini terasa sangat excited ok..
sapa yang tak suka hari Jumaat..
dan untuk husband and wife yang duduk berjauhan, 
semestinya hari jumaat hari paling tak sabar nak balik kerja kan..kan..kan..
hehehe
including me..
terasa sangat excited sampai rasa berdebar nak jumpa husband sendiri..
sanggup postpone submission development order next week sebab nak balik awal..

demi rindu yang menebal sangat, gagahkan diri jugak untuk driving sorang2 dari melaka ke shah alam..
see, pengorbanan seorang isteri..hahahahha..

for those yang PJJ like me after kahwin,
sila lah bertabah hati..
sila lah berkuat hati..
dan air mata itu pasti wajib keluar bila rindu dah tak tertanggung..percaya lahh..=')
semoga ada rezeki untuk kami untuk hidup serumah and tiap2 malam dapat cium ketiak husband...
=D


--> pre-honeymoon..hoyehhhhh..doakan perjalan kami selamat sampai and pulang...