Wednesday 27 February 2013

baca

tadikan masa mengantuk buat kerja kan..main google2..
pastu kan terjumpa benda ni tau..
so, sapa yang dah kawen tu boleh la try..

ekceli, lepas kawen ini, terlebih habit membaca..
dulu punya la malas nak membaca..
just amek tau gitu-gitu je..

bila dah fasa nak ke dewasa ni, terasa mcm perlu banyak kan ilmu kat dada biar tak tertipu or ditipu..dan tak de la terasa diri ni bodoh sangat..

tapi bahan bacaan lepas tukar status ni lebih kepada
how to..
 dari situ boleh lah faham benda yang selama ni tak faham or buat2 tak faham..

lepas dah hampir 3 minggu kawen ni, 
tetibe terajin nak membaca pasal 
life after kawen..
semuanya berkaitan dengan 
husband and wife..
family in law..
dan tak ketinggalan 
baby..

hahahahhahahah..
straight to the point
kitaorang tak merancang or nak postpone untuk dapatkan baby..
kalau ada rezeki, alhamdulillah sangat2..
tapi kalau tak ada rezeki, sentiasa berusaha lagi..
In Shaa Allah..
=)

Tuesday 26 February 2013

Review: Red Velvet Dipotong-potong

hari ni saje je nak review pasal kek time majlis bersanding..
my kakak offer untuk sponsor kek time majlis bersanding..
so, disebabkan dia yang sponsor, x kesah lah kek ape pon yang dia nak order..
so, disebabkan dia mengidam nak kek red velvet, maka dia pon order kek red velvet kesukaan dia..
 dan pengantin pon sebenarnya suka gila kat red velvet..
hahhahaha..

time makan damai and potong2 kek, x da masanya dan jangan harap laa ko nak menikmati lauk-pauk yang cantik lagi nan sedap..macam telan tak telan je lauk tu..kek pon sama..

red velvet kegemaran boleh dipandang sepi begitu saja time makan damai..
just dapat rasa secubit masa main suap2 makanan..
after majlis sanding pon masih tak dapat nak rasa red velvet sebab pengantin pompuan demam and tekak perit nak terima semua jenis makanan..tapi siap tapau masa nak pi Melaka..dan dalam kereta pengantin lelaki yang dok melantak red velvet (ingatkan x suka, rupenya separuh tapawear dia dok makan)..

happy married to us..

pengantin + kek + pengapit pompuan

yeahh..kek pon ikot warna tema..hahah..
tapi x ingat laa my kakak tempah kat mana..
tapi siyes sedap walaupon design dia simple..
daripada design nak gah, tapi rasa hampehhhhhh...
red velvet perlu dikawankan dengan cream cheese..
so, baru lah ada power..

okeh..
mana nak dapat red velvet kat melaka ni..
kepingin lagi...
=)




Monday 25 February 2013

back to reality

ISNIN
hari ini start kerja balik after 2 weeks ++ cuti kahwin..
hari ini start kerja kat office cawangan Melaka..
rumah sewa, tak dapat lagi..so, ulang-alik dari rumah abang which take 45 minutes untuk sampai office..
gila jauh..

dan bila masuk office baru..MasyaAllah..
pening kepala tengok office ni..
macam rumah hantu..
erkkkk..nasib ada officemate dari Johor temankan..tapi untuk sampai hari rabu ni je laa..
pastu, duduk la sorang2..

dan semalam pagi hantar suami kat Melaka Central..dia balik Shah Alam..
sapa kata tak sedih...sedih..
dulu zaman couple -  duduk jauh - masih ok lagi..
ni zaman dah sah - kena tinggal 12 jam, - rindu dia lain macam..
siyes rasa lain sangat..
bila matahari dah nak tenggelam, perasaan sayu pun terbit..
lepas solat magrib, mula lah mata ni nak jadi air paip mengalir...
bila dah nak tidur, mata ni jadi lagi hebat..jadi air terjun..
nasib ada pinjam baju suami..buat ilang rindu..
mengada sangat!!


dan semestinya tiap2 masa mintak dicepatkan jumpa hari Jumaat..

ok..bai..

--> punya lama tak tengok drawing, mata jadi pinar2 nak start buat drawing..ni bukan drawing pakai pensil..tapi drawing pakai tetikus..

Friday 22 February 2013

Halal Itu Best

Salam Jumaat..
dengan rasa syukur yang teramat sangat pada Tuhan,
kami telah disatukan dengan hubungan yang Halal..
ALHAMDULILLAH...

Ape perasaan?
sangat lega..terasa amat lega...semua benda sudah selesai..
tinggal fikir untuk kehidupan lepas kahwin yang pasti banyak cabaran dan dugaan..

Random Nikah:
- beberapa jam before nikah, family husband dari Selangor accident..
kehilangan satu nyawa..3 yang lain cedera..(T_T)..
- time make up, tetibe black out..siyes risau gile..tapi just for a few minutes je..lega..
- disebabkan mood family dari selangor agak penat dan risau sebab eksident, majlis nikah dilajukan..tak ada lafaz sakinah yg berjurai2 air mata..
- dengan sekali lafaz, dah sah jadi husband and wife..



Random Sanding:
- semuanya berjalan lancar..
- disebabkan orang kedai salah bagi contact lens, maka pengantin pompuan tak berapa nampak..siotnessss...geram jekkkkk...
- cuaca pulak alhamdulillah redup je..




Random Bertandang
- kita mampu merancang, Tuhan tentukan segala-galanya..
- 3 hari before majlis bertandang, mak usu yang eksident, meninggal dunia..sedih..
so, kami decide untuk tak ada pakai baju cantik2, tak ada muzik2, just a simple majlis untuk menghormati pemergian mak usu..
-tetamu datang - makan - balik...nasib andaman yang kitaorang dah booked, x payah bayar deposit..
- dan kami just pakai baju nikah je..mudah..
- after majlis selesai, atok belah husband tetiba sakit..dan 2 hari lepas bertandang, atok pulak meninggal dunia..(T_T)..in one week, dua orang terdekat pergi berjumpa Illahi..Tuhan Maha Berkuasa..
- kami cancel honeymoon..after hantar adik ipar balik UTM, kami rushing balik Selangor untuk ziarah jenazah and majlis tahlil..


just simple update...
nanti ada masa, boleh lah nak cerita lebih2...

dan next week, dah start kerja balik..
dan maka dengan itu, mula duduk berjauhan dengan husband..
hati sila lah kuat- bertabah- bersabar
(T_T)

buat b2b diluar sana..good luck semuanya..
semoga majlis korang berjalan lancar...
In Shaa Allah.. 



Wednesday 20 February 2013

mati itu pasti

mati itu pasti..minggu lepas kehilangan mak usu disebabkan eksident dan genap seminggu atok sebelah suami pergi meninggalkan kami tepat jam 10.15 pagi tadi..

dua orang terdekat telah pergi jumpa Maha Pencipta masa majlis perkahwinan kami..Tuhan telah tentukan segala2nya..

walaupun tak berapa rapat dgn arwah atok dan mak usu, tapi sempat utk berbual2 dgn arwah..mungkin itu sedikit kenangan yg boleh diingati sampai bila2..

Kita mampu merancang, Yang Di Atas yg menentukan segala2nya..

Semoga arwah atok dan mak usu tenang dan damai di sana..

Al-Fatihah..

Wednesday 13 February 2013

al-fatihah

mohon jasa baik kawan2 untuk sedekahkan al-fatihah untuk arwah mak usu belah my husband yg telah pulang bertemu Allah S.W.T pagi semalam..

arwah meninggal dunia disebabkan eksident semasa menghantar rombongan nikah dari selangor ke johor..

dan doakan juga kesihatan 3 org lagi mangsa eksident agar cepat beransur pulih..

tabah lah hazim..tabah la wawa..tabah pak usu..

ini dinamakan takdir Tuhan..

dan majlis bertandang di selangor kami decided untuk buat kenduri biasa saje..demi menghormati pemergian arwak mak usu..

semoga arwah mak usu tenang di sana..

al-fatihah..

Saturday 9 February 2013

check list bride to be

NOTE: INI ADALAH STICKY POST

hye, this is sticky post.. just for self reminder and also maybe some guide for bride to be..


AKAD NIKAH
  1. Set the date - DONE (9/2/13)
  2. Kursus Pre-Wedding - DONE
  3. Borang and documents - DONE
  4. HIV test - DONE
  5. Booking Tok Kadi - DONE
  6. Nikah attire (L) (P) - DONE
  7. Mas Kahwin - DONE (RM 22.50)
  8. Hantaran (L) -  80% DONE
  9. Hantaran (P) - 80 % DONE
  10. Bunga telur - DONE
  11. Door gift - kek choc moist hand made by my sis

MAJLIS RESEPSI
  1. Set the date - DONE (10/2/13)
  2. Set the theme color - DONE (Tiffany and Silver) 
  3. Booking bridal (pelamin, make up, deco bilik, baju)- DONE (De' Kraton Bridal House)
  4. Booking photographer - DONE (Aliceshah)
  5. Wedding Card - DONE 
  6. Door gift - DONE
  7. Special door gift - DONE
  8. Bridesmaid - DONE (Ilya, Sue, Ayu, Huda, Ipa)
  9. Kek - DONE (Sponsor by My Sis)
  10. Booking DJ - DONE (Booked by Abah)
  11. Booking kompang - DONE (Booked by Abah)
  12. Canopy, Catering, Makan Damai - DONE (Booked by parents)
  13. Homestay for pihak lelaki -DONE (Booked by Abah)
  14. Attire for parents and siblings - DONE (Sponsor by My Sis)
MAJLIS BERTANDANG
  1. Set the date - DONE (17/2/13)
  2. Set the theme color - DONE (Red and White)
  3. Booking bridal (pelamin, make up, deco bilik, baju) -DONE (B Duet Andaman)
  4. Booking photographer -  DONE 
  5. Wedding card - DONE (RNE Design) next step : tulis nama pada kad & pos!
  6. Door gift - DONE
  7. Bridesmaid -  DONE (kazen maybe)
  8. Kek- 
  9. Canopy, Catering, Makan Damai- DONE
  10. Homestay for pihak perempuan-  DONE
DOCUMENT FOR AKAD NIKAH
  1. Boleh refer pada entry ini..(sorry, malas nak taip panjang2)..heheh..-ALHAMDULILLAH..document for nikah, interview by Pejabat Kadi already done..=))
LAIN-LAIN
  1. Honeymoon- DONE (Oman/Madinah/Makkah)
  2. Persediaan Mental - In Shaa Allah 
  3. Persediaan Fizikal - In Shaa Allah
  4. Persediaan Emosi - In Shaa Allah
  5. Persediaan pengetahuan to be a good wife and husband - Insyaallah akan belajar sehingga akhir hayat..cewahhhh..=D  

so far, ini je yang terlintas di dalam kepala..maybe ada banyak lagi yang tertinggal dalam checklist kat atas ni..especially for benda2 yang kecil2 and remeh temeh..Insyaallah kalau ada terlintas lagi dalam kepala, kita akan update..

dalam banyak2 checklist kat atas ni, for me yang paling penting adalah AKAD NIKAH..dan diikuti PERSEDIAAN MENTAL DAN FIZIKAL SELEPAS AKAD NIKAH..sebab apa? sebab majlis sanding and bertandang just berlangsung pada dua hari itu je, BUT EMOSI, MENTAL DAN FIZIKAL PREPARATION YANG SANGAT KUAT DIPERLUKAN SETIAP MASA UNTUK LIFE AFTER NIKAH sebab akan ada saja syaitan yang sentiasa cuba untuk robohkan masjid yang kita bina..So, perbanyakkan lah ilmu how to be a good wife..Insyaallah dgn pertolongan Tuhan dan ilmu yang banyak kita cari akan tolong kita pada masa akan datang..
=)

Friday 8 February 2013

Shafiq & Hafizah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Dengan ini saya dan Shafiq ingin menjemput kawan-kawan untuk menghadiri 
Majlis Walimatul Urus kami


(Majlis Resepsi)
Pada: 10-02-2013  
Masa: 11.00 am until 5.00 pm (bersanding 12.30pm)
Alamat: 11, Kampung Punggur Tambak, Rengit, Batu Pahat, Johor

(Majlis Bertandang)
Pada: 17-02-2013
Masa: 11.00 am - 4.30 pm
Alamat: Lot 231, Jalan Sek Keb Panchang Bedena, Sg.Besar, Selangor


Kehadiran dan doa dari awak semua amatlah saya hargai..
=)

hari ini dan esok

hee..salam pagi jumaat..dan selamat berholiday buat mereka2 yg dah bercuti..

dan semestinya i dah lama cuti since rabu lepas..heaven gle duduk rumah dan dgn senang hati siapkan ape yg tak siap..

dan esok adalah hari pernikahan..dan semestinya macam tak percaya nak jadi wife orang..

so far, progress berjalan lancar..dan saat2 akhir ni mcm2 benda nk buat..fuhh..nasib ada my kakak yg tngah cuti berlajar..dia la yg bnyk tolong itu dan ini..dan semestinya dia bnyak bagi tips kawen..hehehe..love u la kakak..

so,hari ni mcm2 benda nk buat..antaranya nk final touchup hantaran, baking cake for door gift nikah, nak touchup inai yg comot2 kt tangan ni, nak final touch kan bilik pengantin, nak buat bunga rampai..hee, bnyak nye kerja..

dan pagi ni andaman akan dtg umah utk pasang pelamin..dan catering akan dtg utk susun meja..

hopefully everything dapat berjalan dgn lancar..

for bakal husband dan kaum kerabatnya, esok drive carefully.. semoga semuanya selamat sampai ke johor dan selamat pulang ke selangor.. aminn..

lastly, buat bride to be this weekends, all da best and a big congrats to you!!

Monday 4 February 2013

My Grey + Tiffany Dress

hyeeeeeeeeeeeeeeeeeee..selamat pagi Isnin..
minggu terakhir kerja sebelum cuti panjang (18 hari je pon)
so, ini soalan2 wajib muncul di mulut kawan2..

perasaan? 
 masih x ada perasaan berdebar, sebab ada benda kecik yang tak settle lagi..

persediaan? 
alhamdulillah, semuanya berjalan lancar..tinggal part hantaran yang x fully siap lagi..

malam semalam, berjaya fitting baju dengan admanan..
ajak my kakak untuk komen baju yang andaman buatkan (my kakak is pengkritik paling hebat)
sebab i mintak baju baru..so, rasa cuak sangat nak tengok baju sendiri..i serahkan 100% for design, and material baju pada andaman untuk buatkan baju sanding..i just bagitau nak warna sekian, sekian, baju bentuk sekian, sekian..
so, mmg berserah saja pada Tuhan..
dan bila dia keluarkan je baju dari bilik jahitan..
wowww..i suka!!
walaupun simple, tapi warna yg i nak, dah cukup buat i puas hati..
dan semestinya si tukang jahit membebel sebab warna yg i nak payah nak dpt..but finally, he do well..
good job fazley!
x sia2 bayar ribu2..dan my kakak pon x jadi nak kritik..hehehhe

teaser sikit2 je dulu..lebih kurang mcm ni la warnanya..
Grey + Tiffany...

- baju dah fitting (baru fitting 10 minit dah rasa lemas pakai baju berat2 ni, belum lagi time majlis nanti)..
- pelamin hari khamis ni baru pasang kat umah..
- kanopi pulak hari ni or esok akan pasang depan umah..

heh..dah tinggal lebih kurang 4 hari laaa..
semoga semuanya berjalan lancar..


Friday 1 February 2013

love bite

sementara menunggu waktu balik, main-main dengan En.Google..
dan hasil google dapat lah satu petua ni..

petua nak hilangkan love bite..untuk kawasan yang terbuka..contohnya leher..
kalau untuk perempuan yang bertudung, mungkin tak ada masalah nak sembunyikan benda ini..
tapi untuk lelaki mesti ada problem kan nak sorokkan..
silap hari bulan jadi bahan sindian kawan2..x pon pi kerja kolar baju terangkat je..x pon pi kerja pakai mafla, walaupon hari panas terik...
hihihihihihi..

so, ini dia petuanya..
(credit to: syokkahwin.com)

1- amek sebiji panadol, hancurkan dengan sedikit air..sapu pada tempat kejadian tu..dan biarkan sehingga kering..pastu boleh basuh..

2- kalau masih merah lagi, sapukan pulak eyeMo..and biarkan sekejap..

3- kalau masih x berkesan, sapu ice cube pada tempat yang kejadian sehingga hilang warna, bau dan rasa..

4- kalau masih merah menyala-nyala...cuba pulak guna bawang putih..bawang putih tu, potong dua, dan gosok perlahan-lahan sehingga warna kat tempat kejadian tu hilang..

kalau x berhasil jugak, tak tahu laa..mmg super power la korang punya gigitan..
hihihi..selamat mencuba pada yang dah terkena gigitan ni (untuk suami isteri je..yang x sah lagi tu, mmg nk kena gigit dengan monyet agaknya)..

untuk gigitan nyamuk, sila lah pakai mopiko je..