Thursday 31 January 2013

End of January 2013

Selamat Pagi..
End of January 2013..
Ya Allah sekejapnya masa berlalu..

makin dekat dengan tarikh, makin macam-macam benda berlaku..
semua ini Tuhan nak uji kekuatan + kesabaran kita untuk harungi semua yang telah Dia tetapkan..
Syukur masih ada emak dan abah serta adik beradik yang sentiasa berikan nasihat dan semangat untuk terus tempuh dugaan yang Tuhan berikan..tak lupa juga buat kawan-kawan yang sudi dengar luahan hati..dan juga paling tak boleh dilupakan tunang sendiri yang tiap-tiap hari dengar masalah ni..hehhehe..
* x mau sedih2...In Shaa Allah semuanya mampu ditempuh*

photographer
semalam mood agak ke laut sebab ada salah faham dengan official photographer..
semuanya pasal dia x berikan explanation yang betul dan tepat pasal package yang kita pilih masa wedding fair dulu (time hire OP ni)
tapi x da la rumit sangat salah fahamnya..
cuma Shafiq tak berapa puas hati laa..
but for me, let's go on..benda dah booked..and majlis pon tinggal 8 hari je lagi..
semoga apa yang terjadi ada hikmah..sedih!

transfer ke Melaka..
dua tiga bulan yang lepas mmg ada dilema untuk buat keputusan nak pindah Melaka or not..
and after discuss with my mum, my sis and also Shafiq,
i decided untuk pindah Melaka..and now, my boss mintak i pindah as soon as possible, memandangkan ada projek yang sangat urgent..
ok..a day after i naik pelamin, Shafiq and i decide untuk terus survey rumah kat Melaka sebab until now, i  x jumpa lagi rumah yang mampu untuk disewa..sedih!
 and one week after majlis bertandang kt Selangor, i dah kena start kerja dekat Melaka..
kalau rumah sewa x jumpa, my mum suggest kan i untuk duduk dengan my big brother..and my abang tak kesah pon..tapi dari umah dia ke my new office jauhhhhhhhhhhhhhhh laaa..
dugaan..
sedih lagi...=(

veil
yang ini pon problem jugak..
8 hari lagi until my wedding day..dan i ada menang GA..
last 2 weeks i ada contact the pengajur..and dia cakap, x siap lagi veil tu sebab majlis i bertindih dengan lagi sorang winner..so, take time..ok..fine
but, i bagitau dia one week before majlis, i akan update lagi dengan dia..semalam, i msg dia..but SENYAP je minah ni...sabar je laaa...
but i dah buat back up siap2..nikah i nk pakai shawl..but bila dah jadi benda macam ni, shawl tu i jadikan veil..dan tudung nikah i nak kena carik tudung lain..waaaaaaa...
entah laa x tau ape status GA tu sekarang..mmg tu hak penganjur nak siapkan ke tak...tapi please laaaahhh ada sikap professional sikit..
sedih ganda 2..=((

tak berapa nak sihat
disebabkan terlalu berkerja keras kemas rumah last week, tekak teras perit..minggu ni tiap2 hari sakit kepala..jangan lah demam..sebab kalau demam, mmg payah nak sembuh..
sedih lagiii...=(

semoga diri ini kuat dan tabah untuk tempuh segala yang Tuhan berikan..
amin..



Tuesday 29 January 2013

satu puluh hari lagi

Satu puluh hari lagi..guna jari tangan pon dah boleh kira..
wehee..
kawan-kawan masing-masing tanya
berdebar tak..
hahhahahahahhahah..tipu la kalau x nerves kan..
ada la sikit2 nerves..tapi buat-buat cool je..


picture taken last two weeks..time ni last jumpa Shafiq before majlis akad nikah..
lagi satu puluh hari akan jumpa dia dengan tok kadi sekali..

emak dah bising2 cakap x elok jumpa selalu bila dah nak dekat majlis..paham-paham la orang dulu2 punya pantang kan..tapi nk wat mcm mane..kena jumpa jugak sebab time tu nak fitting baju untuk majlis bertandang..
dan emak jugak melarang i untuk travel jauh2..so, bila bos suruh outstation, i akan sedaya upaya bagi alasan yang munasabah..dah 2 kali berjaya untuk tak outstation..yeahhh

dan akhir sekali mudah-mudahan semoga semuanya berjalan lancar..amin..
for b2b Februari..let's counting the day!!!




Monday 28 January 2013

update pukal

selamat bermalam Isnin..
esok cuti..yeah..yeah,,tapi cuti dari buat kerja office laa..
kerja kat rumah mestilah kena berjalan dengan laju2nya memandangkan ada lagi lebih kurang 12 hari saja nak tiba masa itu...weheee..

so far, dah start rasa bridezilla sebab 2 minggu tak balik kampung and tak update progress preparation kawen and x nampak lah ape yang belum dan sudah buat..rupa2nya banyak lagi yang belum buat..so, bila dah ada cuti yang panjang ni, siapkan ape yang tak siap lagi..

1) packing door gift..
actually my mum and abang dah packing half for the door gift..so, another half pulak mesti lah me yang kena siapkan..sian kat my mum, sampai demam2 dia packing door gift..nasib ada my abang yang kebetulan cuti 1 week sbb my SIL baru bersalin and pantang kat kampung..total ada 2000 yang kena packing..and i think my mum packing for 1700 and me just 300 je..so, me just packing suku daripada total door gift..erkkk..kesian emak..

ini my mum yang packing...1700 ++

dan ini pula me yang packing...only 200++

2) doco barang-barang hantaran..
for barang hantaran, my bff dah tolong buatkan deco hantaran tapi dia buat dekat jb, so, bila deco semua tu dibawak balik ke batu pahat..hmmmmmmmm..paham-paham lah ape yang terjadi..hehehhe..so, need to touch up lagi sikit..

3) kemas rumah..
part ni yang paling tak berapa suka..sebab apa tak suka..
- rumah kat kampung ada anak sedara..bila kemas sini, dia 'kemas'  yang sana..bila kemas yang sana, dia 'kemas' yang sini..tensen wooooo..
- perabut-perabut emak semuanya berattttttttttt-beratttttttttttttttt sangat...tak terdaya nak angkat sorang-sorang..nak mintak tolong emak dan abah, mmg x mungkin sebab mereka dah tak kuat macam dulu lagi..
nak mengharapkan adik-beradik yang lain, semuanya ada komitmen dengan family..sedihhh kot...so, dengan kudrat badan bini popai ni lah cuba sedaya upaya nak alihkan perabut jati emak tuuuuuuuuuuu..
silap hari bulan, lepas kawen dah boleh dukung Shafiq!!! hahahahahhahah

4) kemas bilik pengantin..
part yang ini pon x berapa nak suka sebab..katil and almari solek itu pon beratttttttttttttttt macam perabut-perabut emak yang lain..haishhhh..sabar...sabar..

5) baju family..
yang ni best..sebab tinggal pick up kat umah tailor je but for ladies je laa...yang for men pulak, my sis yang sponsor..syukurrrr..jimat duit..hihihi..

ini baju untuk anak-anak sedara..=)

okeh..sekian update progress pukal..

--> makin nak dekat majlis..makin kuat gaduh..=(

Friday 25 January 2013

Wedding Gift

salam Jumaat dan salam Maulidur Rasul..
tengok kalender..lagi 14 hari yawww..
nak sedapkan hati lagi setengah bulan..
so, terasa la macam lambat lagi kan..

ikutkan hati, nak je cuti hari ni..tapi disebabkan sayangkan cuti, maka x cuti..
balik kampung petang ni je...cuti sampai hari Isnin sebab Johor amek cuti Thaipusam yang jatuh hari Ahad, dan dgn itu Isnin pon cuti..boleh lah tolong emak and abah kemas rumah, packing door gift..kemas bilik pengantin..weheeee~

dan dengan tak malunya nak bagitau yang i dah dapat wedding gift from the TESL group..

My first wedding gift..BIG thanks untuk Nadia ~ Sal ~ Niku..

untuk wedding gift ni sebenarnya tak berharap pon nak dapat..tapi kalau ada orang yang beri, alhamdulillah..
tapi still ada wishlist (konon tak berharap)

- lampu tidur yang nampak elegent..
(bukan lampu tidur yang gambar katak or teddy bear bagai tu)
- comforter
- microwave
- oven
- mesin jahit yg multi purpose..

benda2 kat atas ni lah yang teringin sangat nak ada, tapi nak orang yang beri..hehehhe..mengada sangat..
tapi kalau Shafiq pulak, dia x mahu hadiah yang kecik2 ni..dia nak dua benda je..

ICE BOX & WASHING MACHINE (demand sangat kan!)

--> kalau ikutkan nafsu, semua benda kita nak kan..=)


Wednesday 23 January 2013

Think It..

selamat pagi hari rabu..

firstly Al-Fatihah untuk arwah emak my junior yang baru je meninggal dunia Ahad lepas and Sabtu ni pulak wedding day dia..Kuasa Tuhan Sangat Besar..
Semoga my Junior tu tabah hadapi dugaan yang Tuhan berikan pada dia..
sangat kesian kat dia..

btw, untuk dilema nak pindah Melaka ke tak, me dah buat keputusan untuk pindah Melaka..
banyak benda nak kena fikir  sampai serabut otak..
dan serius, lebih banyak fikir life after kawen berbanding time kawen..
ini ujian yang Tuhan beri..surely ramai jugak b2b or ex b2b yang akan or duduk jauh dengan hubby masing2..cuma tabah or tak tabah je..
masing-masing dapat dugaan or cabaran masing2..

bila tengok wedding date ada lagi 16 hari lagi, mesti lah ada rasa eksited kan..but for me, perasaan excited tu tak ada sangat...maybe dalam 40% je rasa excited..selebihnya risau untuk go through life after getting married..Just mampu berdoa semoga Tuhan murahkan rezeki kami, everything going smoothly and for sure nak duduk sebumbung dengan suami sendiri for everyday not only for weekends..sedih kot tak dapat duduk sebumbung dengan suami even dah kawen nanti..='(

one of my bff ada give some advice
.
.
.
.
.
.
.

 "maybe u tak ada rezeki untuk duduk dengan hubby u, but In Shaa Allah,  u akan dapat rezeki yang lebih baik dari Tuhan..maybe u akan dapat baby awal, or u naik pangkat..u dah dapat pindah Melaka ni pon one of rezeki yang Tuhan bagi..u patut bersyukur u dapat duduk dekat dengan hubby u walaupun x dapat duduk sebumbung..and one more thing, bila duduk berjauhan ni, perasaan sayang dan rindu u pada hubby u akan sentiasa ada or bertambah2 sebab u jarang berjumpakan..so, think positive side..."
.
.
.
.
.
so, after dah kena sekolah dengan my bff, ada lah rasa kekuatan nak tempuh life after married..rasa berdebar sangat nak tempuh life after married ni..tapi perasaan tu kena buang jauh2 sebab perasaan tu datangnya dari Setan yang jahat..
segala2nya hanya mampu berusaha, berdoa dan berserah pada Tuhan..



--> eh, sapa-sapa ada tau rumah nak disewakan area melaka, let me know..bajet mestilah bawah RM500..


Friday 18 January 2013

perlu ke????



saje bagi besar gambar kat atas ni..
topiknya simple je..'ADA KE DUIT HANTARAN ANAK GADIS ZAMAN SEKARANG RM5000?'

dan jawapan yang aku box kan warna merah tu terasa macam kurang sopan..
memang sekarang standard hantaran RM10k ke atas..tapi x perlu lah sampai kata 'boleh ke tak nak tanggung anak orang after kawen walaupun wang hantaran hanya 1k..'

tak hebat mana pon kalau duit hantaran berribu-riban, berjuta lemon kalau berhutang..
kalau hantaran berjuta-juta pon, belum tentu hidup bahagia after kawen if Allah tarik balik semua kekayaan tu..
beri lah ikut kemampuan dan bukannya nak tengok sapa lagi hebat, sapa lagi kaya, sapa lagi banyak duit...
rezeki itu datang dari Tuhan, x perlu lah nak kata sampai macam tu sekali..

dan zaman sekarang  nilai duit hantaran nak ikut ada degree or master or phd 
dan 
bukannya 
nak tengok 
anak perempuannya solat sempurna 5 waktu tak?
menutup aurat tak?
mengaji lancar ke tak?
pandai masak ke tak?


dan pada aku simple je..duit hantaran bukan segala2nya..yang penting mas kahwin.. 

me: emak, duit hantaran nak letak berapa??
emak: emak kalau boleh x nak mintak duit2 ni..kalau Sahfiq nak bagi 10sen pun mak terima..
me: abah, duit hantaran nak letak berapa?
abah: abah pon sama macam emak..tak nak letak berapa..ikut kemampuan Shafiq nak bagi berapa..abah x kesah...
me: okehhh..

#justsaying..

kbai!


Tuesday 15 January 2013

REZEKI ITU TUHAN YANG BERI


selamat pagi Selasa..

sampai-sampai office je pagi tadi, bos whatapp..


tak terkata time tu..menggiggil tangan..
before this dah banyak kali dia tanya pasal transfer ke Melaka..
tapi still tak buat keputusan lagi..

so, masih dalam dilema lagi..kena carik advantage and disadvantage dulu..
but now, hampir 60% rasa akan pindah Melaka memandangkan ada 3-4 projek for this year dekat area Melaka and Negeri Sembilan..

so, kalau korang dapat offer macam ni, korang pindah tak..
-naik gaji..
-rumah bos bagi / carikan..
-dekat la sikit dengan bakal husband..

so?????/




Monday 14 January 2013

scrub beras kunyit

nak share very the simple petua untuk yang rasa nak cantikkan kulit especially untuk mereka-mereka yang tengah menghitung hari nak jadi pengantin..

okeh, last weekend berjaya merajinkan diri untuk try buat petua ni..hasil info dari officemate..
ekceli pernah dengar petua ni..tapi malas je lebih..tapi bila dah nak dekat majlis ni terasa macam mengada2 sangat nak try..

very the simple
bahan-bahan:
beras - sukatan dia ikot suka hati korang..
kunyit hidup- besar dia ikot suka jugak..lagi banyak kunyit yang korang guna, makin kuning la kulit korang..
tapi jangan la kunyit lagi banyak dari beras, nanti jadi lain pulak dah..
untuk yang tak tahu kunyit hidup tu ape, ni dia..


for me, terus buat banyak sikit untuk buat stok seminggu..=)

beras tu direndam semalam dengan air..rajin-rajin la tukar air ye..kita 2 x je tukar air..
after dah rendam semalaman, beras tu blend dengan kunyit tadi..(kulit kunyit silalah kupas ye)..blend sampai jadi halus...nak tumbuk pon boleh..tapi dah kata malas kan, so blend je laa...
heeee..
akhirnya siap..
so, dah boleh sental badan dengan scrub beras kunyit ni..after 2 kali pakai scrub ni, siyes terasa lembut gila kulit mcm kulit baby (perasan)..hahah..kalau 2 kali guna dah rasa macam baby, cuba guna berkali-kali..In Shaa Allah, kalau rajin and istiqamah akan dapat lah hasil yang memuaskan..

pernah jugak guna scrub yang jual dalam booth jamu-jamu kat mall tu, tapi effect dia macam lambat pulak..so, try la scrub handmade..diyakini bebas bahan kimia dan murahhhhhhh....

sekian..
nak cantik, kena la rajin..
=)

Jubah Abaya Dubai Giveaway

dah lama rasanya tak join giftaway..
so, sapa yang nak dapatkan free gift jubah abaya, meh join giftaway ni..


- jadi follower tuan punya blog 'I Am A Full Day Dreamer'
- buat simple entry bertajuk ' Jubah Abaya Dubai Giftaway'
- Letakkan bannner dan jugak syarat penyertaan
- letakkan url post giveaway ini dalam entry anda

by Facebook

Like page Do Buy Dazzle
Like post macam gambar kat bawah ni
share ke wall Fb anda menangi giveaway ini & tag Do Buy Dazzle



dah cukup semua ape yang diperlukan

 - blog post url link dan nama FB anda
- tarikh tutup 15 hb January 2013

senangkan..

Memandangkan bulan 4 ni nak buat Umrah dengan family..berharap sangat dapat menang giveaway ni..so, boleh lah gunakan jubah abaya ni time buat umrah nanti..
=)

how to handle it

selamat hari Isnin..
hari ni kesihatan agak x berapa nak baik sebab dari pagi semalam hingga la ke hari ni kena senggugut..
seksanya..

sapa kata bila dah nak kawen, senggugut tu boleh hilang..tipu je..x hilang2 pon..
kejang kaki woo sebab tahan sakit..bila dah x tahan sakit terpaksa lah telan actifast, walaupon hanya berkesan untuk 3-4 hours je..terpaksa telan ubat sebab semalam nak drive balik jb..kalau x makan ubat, maunya drive kereta macam zombie..

bila buat kiraan period ni..alamakkk..next week punya date betul2 jatuh pada hari nikah...
risau sangat time nikah kena senggugut..kang ada yang duduk membongkok sebab tahan sakit yang teramat sangat...
dah try macam2 cara dah nak hilangkan senggugut ni..tapi tak berjaya..tapi selagi tak pengsan ok laa..x mau la pengsan lagi macam kat office dulu...eh, pengsan kat office tak pe lagi, jangan time nikah sudah..buat malu je..

so, ada tips tak nak hilangkan senggugut..selain perlu bersenam, makan buah2an..kalau boleh nak petua yang paling senang nak buat, tapi cepat bagi kesan..

Friday 11 January 2013

Bridesmaid

salam petang jumaat..
tengok countdown ada lagi 29 hari lagi untuk jadi wife orang..
ada orang rasa excited, ada yang berdebar..
tapi aku..stresssss..
bukan stress nak kawen, tapi stress pasal hal kerja..next week kena outstation luar Johor..maybe one week..
sadis..

ok, x mau cerita hal kerja..heeee...btw, nak share pasal my bridesmaid..
for majlis reception, my bridesmaid ada 5 orang semuanya..semuanya my Bff..dan sorang dah jadi mummy pon..tapi i tetap mintak dia jadi bridesmaid i..hahahha..i nak mintak dieorang ni jadi tol girls kat pelamin nanti..
cakap pasal bridesmaid ni mesti x lari dari warna and pattern sama kan..
but for my wedding, dieorang sendiri yang decide nak pakai baju ape, kain ape, warna ape..dan semuanya pakai duit masing2..hahahha..i x mampu nak sponser baju untuk 5 orang sekaligus..dan yang paling penting jangan lebih mantol dari pengantin ok..hahaha..


ni my bff 's wedding 11.11.11..nampak x perempuan 3 orang pakai baju sama tu..yg selebet tengah2 tu yang nak kawen 29 hari lagi..yg akan jadi bridesmaid i, kanan dan kiri perempuan selebet tu + perempuan yang tengah jadi pengantin dalam gambar ni + lagi sorang kat kedah + lagi sorang x ada dalam gambar ni sebab dia my bff zaman sekolah bukan zaman universiti..

tengok baju pink 3 serangkai ni, beli kat kota tinggi je..kawan i tawar-menawar dgn tokey kedai dari harga 100 lebih dapat 80 ringgit je..tapi last year, i jalan2 kat mall kat jb, ada butik jual 200++..siap pakaikan kat patung lagi....hahahhahaahahha..jauh beza harga dia....

ok..untuk majlis bertandang pulak nanti, i hire kazen sendiri untuk apit i, kipaskan i, tegur i kalau ada cili selit kat gg..hahah..sementara dia tengah menganggur after spm, baik i suruh dia jadi pengapit kan..upahnya dapat baju free..heee..disebabkan dia baru abes sekolah, i belanja dia baju pengapit..but untuk majlis resepsi, pengapit i semuanya jawatan besar, kaya-raya,..so, sendiri tanggung boleh kan.. hahahahhaha..

untung tau jadi pengapit ni, asyik dapt baju free je kan..

--> renew passport, amek injection, apply cuti x bergaji for two weeks (jeng..jeng..jeng..hanimun!)

Wednesday 9 January 2013

terasa gila

di petang yang hujan lebat dan sedap untuk tidur (x elok tido lepas asar..nanti mereng),
terasa sangat stress bila kena siapkan 6 projek dalam masa sebulan..

waaaaaaaaaaaaaaaa..rasa macam nak nangis..preparation wedding pon banyak x siap lagi walaupon hanya benda2 kecik je x siap lagi, tapi bila dikumpulkan jadi banyakkkk...

perlu kena fokus pada kerja, kalau tak mau orang office call time syok bersanding..dah berapa hari ni asyik OT je..OT sorang2 pulak tu kat office..waktu office 8.30am until 5.30pm jadi 7.30 am until 9.30 pm...makan minum pun dah x terjaga..orang lain before kawen nak felling cantik, tapi aku felling mata lebam macam bonbon cat, badan kurus keding bini popai..nanti atas pelamin Shafiq sanding dengan bini popai bermatakan bon bon cat..hahahhahaha..

stresssss gilerrr..bukan urgent sangat pon projek ni..tapi sebab bos takot aku berhenti kerja after kawen..dia cakap nanti office banyak susah woooo...dan sekarang life aku jadi serabut before kawennn..
sabar2..

soriiii..terasa sangat stressssssss, sampai x boleh nak menghadap drawing plan yang menggila sehingga aku pon boleh jadi gila yang menggilaaaaa...


Monday 7 January 2013

naib kadi

selamat tengah hari Isnin..mudah-mudahan hari ni x ada migraine yang mendatang (sbb hari Isnin je, mmg wajib migraine)..dan tak ada Monday Blues..

just a short update..
alhamdulillah, proses untuk booked naib kadi dah selesai..
abah and emak pi datang umah naib kadi untuk serahkan segala dokumen untuk nikah nanti..
dan dalam rekod naib kadi, our solemnization date tak ada lagi pasangan yang booked, so kami adalah pasangan 1st yang akan dia nikah kan untuk tarikh 9/2/13..
In Shaa Allah, kami akan bernikah after Isyak..kenapa pilih malam?
sebab siangnya family Shafiq akan travel dari Sg. Besar untuk ke Batu Pahat yang amek masa lebih kurang 6 jam jugak perjalanan..so, sampai2 je Batu Pahat, dieorang take a rest kejap, and malamnya terus majlis akad nikah..=)

so, hati ada rasa sikit lega sebab urusan yang penting dah settle..dan naib kadi yang bakal nikah kan kitaorang ni sangat lah pak lawak..ikut pengalaman akak2, mmg x kering gusi dengar lawak naib kadi ni..dan abah tanya naib kadi tu, "kenapa Ustaz suka buat lawak masa nak nikah kan pasangan?".. dan naib kadi tu bagitau satu kisah yang ada sorang laki ni sangat confident bila nak nikah..bila ditanya itu dan ini, lelaki ni dgn yakin bagitau yang dia tahu semuanya..rupa2nya dia terover confident sampai lafaz akad nikah berulang sampai 17 kali..
dan sejak peristiwa tu lah naib kadi ni, amek pendekatan untuk buat lawak untuk hilangkan rasa gugup pengantin lelaki..hehehhe..

cuba tanya pasangan korang, ada rasa gugup tak bila nak lafaz akad nikah nanti..=)
okbai..








Friday 4 January 2013

dilema

selamat hari jumaat..
kesihatan agak tingtong sejak akhir2 ni..
maybe sebab banyak sangat berfikir..

semalam after meeting dengan bos, dengan tetibanya dia tanya ''bila you nak start cuti nikah"
ok..aku sebenarnya tak berapa suka bila hal personal aku dicampurkan dengan kerja..entah laa..aku agak segan kot dengan bos..tapi disebabkan bos dah tanya, aku pon cakap laa.."early in February nanti, time Chinese New Year"..dalam hati aku, bos nak bagi cuti free ke..dalam hati ada senyum2..
sat lagi bukan dia nak bagi cuti free..tapi dia cakap "after you kawen, i ingat nak transfer you kat Melaka..ape pendapat you?..bila projek company yang kat Melaka and Negeri Sembilan dah nak on going, i nak you handle projek kat sana..so, agak dekat la you dengan future husband you nanti..Melaka to Shah Alam x jauh pon kan.."

denggggg...dulu pernah jugak discuss dengan bos pasal benda ni..tapi tak ada kata putus lagi..sebab time tu lagi 4 bulan nak kawen..but now lagi sebulan ++ je dah nak kawen..

bila bos dah tanya macam tu, jawapan paling selamat "nanti i fikirkan dulu ye..but until now i x decide lagi nak kerja kat mana" dan bos pulak terus cakap "okeh, nanti you dah kawen, kita discuss lagi..i berharap sangat yg you tak pindah or stop kerja" dan aku terus cakap "okeh, i pon tak fikir lagi nak pindah ke x" terus keluar bilik bos..

dan one my officemate ada tanya "fifi stop kerja ke after kawen? habis la kitaorang kalau fifi stop..tunggang langgang nanti office..dulu fifi half day je, dah mcm gila kitaorang kat office"..hahahah..and aku cakap "mesti la tak stop kerja..penat belajar 4 tahun, x mungkin la stop kerja..korang kerja lah sungguh2..nanti lama2 bos akan percaya jugak pada korang..In Shaa Allah boleh punya..mana la tau kalau korang sungguh2, gaji korang lagi up dari kita nanti..heheheh"

dan bila tanya pada Shafiq pasal benda ni..simple je dia cakap "ikot ayang laa..bie x kesah..buat sembahyang istikharah"..simple benar mamat ni fikir..

and until now, masih dalam dilema..
pindah
tak pindah
pindah 
tak pindah
pindah
tak pindah..

hahahhahahah..last2 buat decision nak pindah or tak pindah after balik buat umrah nanti..mane la tau bila depan Ka'abah nanti dapat petunjuk..Aminn..
 ini lah dia perhubungan jarak jauh..zaman bercinta pon jarak jauh..dah kawen pon jarak jauh..
semoga mendapat petunjuk dalam dilema ni..aminnn..=)

My Bridesmaid (ilya+suraya+mummy ayu) + Huda + Ipa

---> 36 days to go..




Thursday 3 January 2013

Coming soon




Coming soon..
=))

Tuesday 1 January 2013

RANDOM 2012

hye 2013..
bye 2012..

happy new year kamu semua..
ada yang celebrate ke? kita celebrate, tapi atas tilam je laa..pukul 10 lebih dah new year dulu..hahha..x kuasa nak celebrate bagai..baik tarik selimut, tidur..=)

untuk tahun 2012..banyak sangat berikan kenangan yang manis2..dan pahit2 pon ada jugak..yang manis kita kenang2 kan yang pahit kita lupakan or jadikan pengajaran..ye dak??

RANDOM 2012..
RELATIONSHIP: selamat bertunang dengan tunang sekarang..Shafiq..after bermain-main cinta selama 7 tahun lebih, kami buat keputusan untuk bertunang pada bulan 4..alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik2 aje..dan In Shaa Allah, bakal jadi isteri Shafiq Februari ni..=)

FAMILY: alhamdulillah..2012 dapat lagi sorang anak sedara pompuan..dan yang paling penting emak abah dan family semuanya sihat selalu walaupon condition abah kadang2 turun naik..dan bakal family in law pon semuanya baik2..=)

LIFE: hidup kadang2 ada turun naik..adat hidup kan..dipenghujung tahun 2012, Tuhan nak uji kekuatan mental dan emosi..eksiden dekat Highway Pasir Gudang..sedih gilos..for the 1st time eksident..dan alhamdulillah, x ada yang cedera, cuma agak fobia untuk drive kat Highway Pasir Gudang..and atas nasihat adik beradik and tunang, terus carik rumah yang lagi dekat dengan office, senang cite x payah lalu Highway P.Gudang..dan Alhamdulillah, Tuhan permudahkan urusan..hari ni, 1st day in 2013, masuk rumah sewa yang 10 minit je dari office..=)
tinggal tunggu Cik JNE siap tukar bumper je sekarang ni..=)

KERJA: walaupon dah 2x attend interview untuk job dekat shah alam, x ada rezeki untuk kerja dekat dengan bakal hubby..percaya dengan perancangan Tuhan..dan alhamdulillah,.rezeki Tuhan yang bagi..bukan orang yang bagi..atas bekerja bersungguh2, 2012 je dah 3x naik gaji..=)) semoga tahun 2013 6 x pulak naik gaji..hahahhahaha..

- CANTIK DI HATI-

Semoga diri ini kuat untuk tempoh sebarang dugaan dan cabaran sepanjang 365 hari di tahun 2013..
dan untuk jangka pendek ni of koz laa my wedding day..semoga semuanya lancar seperti yang dirancang..
jantung dah mula start ada rasa debar-debar..=)