Thursday 29 November 2012

quick update: wedding card

quick update..curi-curi update dlm meeting..
alhamdulillah, kad kawen dah siap..semalam call vendor, bgtau nak kad kawen awal bulan 12, now pagi tadi dpt msg dari vendor, "cik, kad kawen awak dah siap, boleh collect kat kedai ye"..
tak sabar nak tengok hasil dia..dan ini respone dari shafiq bila dapat tau kad dah siap..*hampeh*

My Offical Photographer


Entry kali ni just nak share about offical photographer untuk Solemnization and Reception for my side..
ekceli, dah lama booked OP ni..awal bulan February kalau x silap..time tu tengah wedding fair kat Batu Pahat..

mula-mula macam nak tak nak je hire OP ini sebab time tu tak comfirm lagi majlis bila..tapi bila fikir-fikir balik, amek je la sebab dah malas nak sesak kan kepala..tapi before hire OP ni, ada gak tanya Shafiq ok ke x..so, bila explain itu ini dekat Shafiq, dia pon setuju, and terus je booked OP ni..

so, OP for my Solemnization and Reception is Aliceshah Studio

sebab ape hire OP ni, sebab tertarik dengan editing dia..
ape yang kita dah tengok time kat booth dia, contoh laa kan, muka korang ada la lubang2 jahat or parut degil yang tak nak hilang dan seangkatan dengannya, dieorang akan bagi edit muka korang bersih dan suci..
dan contoh lagi, kalau make up korang comot or korang senyum nampak kedut tepi2 mata, dieorang akan edit sampai muka korang x ada kedut..itu apa yang kita nampak la hasil album yang dieorang buat..

dan masa Aliceshah Studio ni bukak booth, dia ada offer untuk buat studio photoshoot secara free dekat studio dia and also outdoor pon for free..untuk photoshoot studio sebanyak 4 persalinan baju and untuk outdoor photoshoot 1 persalinan baju..so, total persalinan baju semua 5 pasang siap dgn make up, aksesori lelaki + pompuan..persalinan baju ni bukan baju yang old skool punya tau..semua design terkini..untuk persalinan baju ni kena la bayar dengan andaman kawan dieorang, yang freenya amek gambar kat studio and outdoor..untuk outdoor dieorang yang akan bagi props untuk cantik kan gambar contohnya basikal, belon, gitar dll.. 

so, layankan gambar2 yang Aliceshah Studio ni capture..
credit to: Aliceshah Studio

ini contoh gambar + baju untuk studio photoshoot

ini contoh gambar + baju untuk studio photoshoot

studio photoshoot (suka gila tgk gambar ni)

ini outdoor photoshoot

ini outdoor photoshoot

ini outdoor photoshoot

selain itu, time kat booth dia, staff dia sangat lah peramah..and akan terangkan segala2nya from A-Z..
dan dieorang ada bagitau, kalau kita ni jenis yang kaku nak posing depan kamera, dieorang akan bagi idea or ajar kita cara nak posing..

so, hopefully berbaloi lah hire Aliceshah Studio ni..sebab dalam hal2 bergambar ni, sangat titik beratkan photographer yang tahu nak bercakap..means photographer ni yang akan buat mood pengantin and mereka2 yang nak bergambar ni ceria and happy gila..tak mau la photographer yang senyap je..ada cili terlekat kat gigi kita pon x bagitau..x pon lalat hinggap kat hidung pon tak dibagi tahu..kan dah cacat gambar kita..=P

sekian...

Wednesday 28 November 2012

Wordless Wednesday



~73 days to go~

Giveaway by Nadnod Azizan

hye..dah lama x join giveaway ni..
dan memang teringin nak ada sehelai peplum
so, siapa2 yang nak free peplum, let's join giveaway by Nadnod Azizan

(klik banner untuk ke blog Nadnod Azizan)

tarikh tutp penyertaan : 29 november 2012 (Khamis)
pemenang : base on random.org

bye!

Monday 26 November 2012

Stage 1 For Hantaran


hye, monday afternoon yang lemau2 biskut tiger..*harimau malaya lemau*
mood x berapa nak ok sebab sakit gigi yang SAKIT!!
kerja office yang menimbun..
(last year, hujung tahun rilek2 je, siap boleh main game fb lagi, this year --> nak bukak game pon x sempat, tapi bukak blog sempat!)

okeh, ni hasil tangkapan semalam after balik dari wedding one of Shafiq punya best friend kat Seremban..




lokasi tangkapan: Ayer Hitam, Johor..
kegunaan: untuk hantaran

dah lama survey, yang 2 jenis ni jugak berkenan dihati..dan puas hati dapat tawar harga yang paling murah..
eh, napa ada dua?? sebab satu untuk pihak Shafiq and another one, ofkoz la for me..
dari pihak lelaki untuk pihak pompuan , my fren akan tolong buatkan..
and dari pihak pompuan untuk pihak lelaki, my sis akan tolong buatkan..

so, end of this December, dah boleh start deco itu dan ini..

dan ini hasil tangkapan wedding Fariq and Akmal.

congrats for both of you!
and for 'WE' 75 days to go..aigoo~


*dua bulan terakhir: bayar itu dan ini..duit macam air*



Wednesday 21 November 2012

Wordless Wednesday: LDR


..long distance relationship..
..almost 7 years together with you..
ILY
IMY
Muhammad Shafiq Bin Hashim


Tuesday 20 November 2012

wedding invitation card

selamat petang semua..so, how preparation..sedar tak sedar lagi sebulan lebih je nak masuk tahun 2013..

so far, preparation still on going lagi walaupun slow..dalam masa 2 bulan lebih ni tengah uruskan segala dokumen utk complete kan borang nikah..so, shafiq masih lagi bz dgn outstation dia..so, kena tunggu pihak lelaki dapatkan pengesahan dari pejabat agama sg.besar dulu, next baru boleh kita hantar ke pej.agama batu pahat pula..

ok, for last weekend dah finalize kn kad kawen..legaaaaaaaaaaaaaaa sangat2..so, vendor akan hantar pada kilang for printing process..so,hopefully hujung bulan ni dah boleh dapat and start tulis nama and alamat kawan2..hehehe..eksited ok..

and ini baru je finalize kan lagi free gift dari vendor kad kawen tu..booked time wedding fair, so rasanya agak murah kot..kita buat kad 2200 keping and free gift bunting, sticker and signage..total semuanya biarlah rahsia..*gedik sgt..statement nak retis*


so, berurusan dengan RNE Design ni senang..mybe sebab dieorang dah lama buat bisnes ni kot..wedding akak dulu pun guna vendor yang sama..

bila kita bagitau nak kad ni cepat, dieorang pon buat dengan cepat..lepas tu, dia email pada kita, and kita check la satu persatu ejaan, tarikh, map sampailah ke design..heheheh..
after dah puas hati, pi kedai dia untuk buat final checking and conformation..
final checking, kita check sendiri dekat PC dieorang, apa yang kita x puas hati, bagitau time tu jugak and dia betulkan time tu jugak..so, puas hati tinggal tunggu dapat hard copy je ni..

=)

Sunday 18 November 2012

muzik vs volume

hye, happy weekends..ekceli baru je attend wedding dkt umah kawan my parents..disebabkan malas nk masak tngah ari,so ikot lah pi wedding 2, and jadi driver for emak abah..

saja pi awal sbb senang dapat parking..maklumlah, kalau jemputan kawen di kawasan kampung yg pedalaman,agak mencabar nk parking dijalan yg sempit ditepi parit..

ok,tengok lauk2 dia sgt sedap..nak2 tgk sambal goreng org jawa yg buat..kompem meletop! selera dah ada,tp yg buat tetiba jadi x selera bila muzik yg teramat lah kuat dipasang oleh kumpulan kugiran..siyes kuat gle dia pasang muzik..ditambah lg dgn pakcik yg nyanyi 2 menjerit2..skali tengok dkt khemah kugiran, ada 2 ketul speaker yg besar mcm tong sampah itam dihalakan kt khemah tetamu..

so, nk makan pon jadi x selesa sbb gegendang telinga gegar2..haha..lg kesian tgk pakcik2 and makcik2 yg dh tua2 kena cakap menjerit2 sesama mereka..

for me, x salah nk nyanyi terpekik2..tp make sure volume dikawal dgn betul..kawasan kecik, tp letak volume mcm ada event dkt stadium s.alam..agak-agak la kan..x semua orang boleh dgr muzik dgn volume yg kuat..

so, for b2b kat luar sana, bole pesan at your dj or kugiran group utk tak letak volume yg terlalu kuat..yg attend majlis kenduri kita biasanya kawan2 parents kita yg dah berusia and bukannya mat-mat or minah-minah punk yg suka dgr muzik pecah teling..

sharing is caring..

Wednesday 14 November 2012

HIV TEST

dengan rasa lega sangat2, HIV test dah settle!!
dan semestinya la non-reactive!

tadi after lunch, pi kilnik kejap..Pusat Kesihatan UTM Skudai je pon..
sebelum pi terjah PKU UTM ni, call dulu, tanya ada buat HIV test tak untuk bakal pengantin..
tanya je la pape yang kita nak tau pasal HIV test ni..so, after dah confirm semua, baru la pi UTM..hee

cuak sangat ok, sampai officemate cakap muka ko nape pucat sangat ni..hahah..ok, memang diakui sangat gerun untuk pi klinik or hospital..lagi gerun bila diri sendiri nak kena cucuk amek darah..

sampai je PKU, register kat kaunter as orang luar..kalau student free..bekas student UTM tak free..hee..
so, bayar lah RM25.00...

masa nak tunggu number up, cuak nya punya pasal sampai rasa nak terkencing sangat2..hahah..bila dah kena panggil, mula lah tangan shaking giler..hahahha..mata memang tak tengok tangan yg kena cucuk...tau2 je, eh...dah siap laa..so, bawak la darah yg dah kena sedut 2 pi lab untuk diproses..x sampai 10 minit, siap..heee..pastu kena tunggu turn pulak utk dapatkan pengesahan doktor..time ni lama sikit laa..dalam 40 minit jugak tunggu..so, dalam masa x sampai 1jam, siap!


so, sapa2 b2b area jb yang nk buat HIV test, boleh la pi PKU UTM..cepat dan pantas (maybe sebab student U tengah cuti mid sem, so tak ramai orang)..ada setengah klinik kena tunggu one week untuk dapatkan pengesahan..ada yang one month..dgn PKU UTM, kejap saja walaupon kena bayar cikit...

say NO to HIV!

yeah, alhamdulillah, borang HIV dah dapat pengesahan!!

so, next step boleh isi borang kebenaran nikah dengan senang hati..=)

untuk yang ada penyakit cuak2 & takut nak kena cucuk, sebenarnya tak sakit sangat pon, mcm kena gigit semut je..hahaha...


Wordless Wednesday

alhamdulillah yang ditunggu2 dah siap..tapi belum finalized lagi..
=)

Monday 12 November 2012

progress for wedding card

hye..selamat pagi yang dah ke tengah hari..
ada yang monday blues tak..
heee..sabar ye..lagi pon esok cuti..so, tak payah nak ber monday blues sangat..

so far, mcm mana dengan preparation b2b kat luar sana..cuak pulak tengok masing2 dengan progress yang laju..kita pulak tersengguk2 mcm kereta habis minyak..so slow..tak tahu la nape..sindrom makan banyak, jadi malasnya pon banyak, gemuknya pon banyak..tapi memang target nak gemukkan badan pon..hahah..

hari ni hati ada happy sikit sebab tadi vendor wedding card msg bagitau kad dah siap design..yeahhh..alhamdulillah..so, suruh dia emailkan and kita boleh checking ape yag berkenan or tak berkenan..ekceli my wedding card ni combine sekali dengan majlis bertandang kat umah Shafiq..so, jimat + murah + mudah..


asalnya niat di hati teringin sangat2 design wedding card sendiri, tapi disebabkan masa benyak tertumpu pada kerja2 office, maka dengan malasnya nak fikir, tempah je laaa...malas nk kusutkan kepala..kusut kan kepala untuk cari duit je..

so, x sabar nak tunggu email dari vendor..so, hopefully by end of  this November dah boleh dapat 2200 keping + free 1 bunting + free 300 sticker + free 200 tq and free signage..

dan hari ini jugak Shafiq hantar form kebenaran nikah kat pejabat kadi Sg. Besar..so, after application dia approve, kita boleh proceed dengan urusan pihak perempuan..hopefully everything going smoothly seperti ape yang dah dirancang..aminn..

and this Wednesday, hiv test for me pulak...adoiiiii..cuakk...mintak2 tak pengsan tengok darah sendiri...


---> tik..tok..tik..tok..counting the day (89 days to go)

Wednesday 7 November 2012

Friday 2 November 2012

step to be closer

hye, salam jumaat semua..jumaat pertama dlm bulan november..

currently bru je lepas attend an interview kt s.alam..this is for the 2nd interview utk cari job kt s.alam..pagi tadi dgn gigihnya bangun awal and gerak from jb sorang2 at 6am and safely arrived kt s.alam 9.45am..mengantuk time drive x payah la nk cerita..hehe..

so far,alhamdulillah, interview tadi ok, and tak berani nk mengharap..risau sebab kena bersaing dgn candidate lain and td pi letak basic yg tinggi..xpe,rezeki Allah yg bagi..

ekceli tak berharap pon dapat kerja kat s.alam ni..tp bila emak tanya life after kawen mcm mana, terus terfikir..mak risaukan ank dia ni bakal duduk jauh dgn bakal husbnd dia,.yela,sorang jb,sorang s.alam..

mak pernah tanya 'after kawen nak duduk mana?'

dgn selamba dan yakin terus jawab 'pp duduk je la jb, shafiq duduk la s.alam sana'

mak terus bg soalan yg buat kita fikir panjang sepanjang sungai rajang 'tahan and bole ke u all survive idup berjauhan ni?'

kita terus terdiam and cakap 'entah la'..hahaha..

dah seminggu lebih fikir benda yg mak ckp 2..last2 pi hantar resume pd company yg open job planner and alhamdulillah sesi interview lancar tadi..just wait for a week utk tau status..kalau ada rezeki, alhamdulillah sgt2, kalau x ada rezeki, try lagi..

memang dah pasang niat utk cari job 2months before kawen utk starting new life..mudah2an ada rezeki...amin kn ye kawan2..

Thursday 1 November 2012

satu.0.0

hye..
today already dalam bulan November 2012..
lagi 1 bulan 29 hari lagi nak masuk 2013..
kejap je masa berlalu..
yang pasti tak sabar nak date 12.12.12. (happy besday to me)
weheeee..

sedar tak sedar tgk counter dekat blog sendiri lagi 100 hari saje lagi nak change status as Puan..
wow..bunyik macam best, hakikatnya rase berdebar sangat2..


dalam tempoh 100 hari ni, macam2 benda nak dibuatnya..
yang dekat office, semua projek buat laju2, cepat2 sebab nanti bila dah nak start cuti kawen, hati jadi lega sikit..so, x da la time tengah akad nikah nanti, ada client call..melampau kalau ada yang kacau time nak happy2..
percaya dengan Rezeki Allah yang berikan..bila hampir half projek yang dihandle dah nak siap, dapat lagi new projek yang agak challenge la jugak..projek almost 700 acres to develop..bila dapat projek sebesar ni, maka upahnya pon besar, tumpuan + masa untuk projek ni pon besar, silap hari bulan kena bertapa kat office sampai malam2 buta..ini lah hakikatnya kerja as town planner..

okeh, tujuannya bukan nak cerita pasal kerja, tapi nak share pengalaman pasal kena tipu dgn photographer..
ekceli last year, kita with bff ada booked one photographer ni for snap2 our convocation ceremony..just for fun and kenangan dengan kawan2 after 4 years hempas pulas nak dapatkan sekeping degree..
payment untuk snap2 gambar tu just RM100 je..so, kitaorang pi la bergambar keliling UTM, siap pi Danga Bay lagi tau..

dipendekkan cerita, dia janji nak bagi gambar yg dah siap 2 days after convocation day, tapi bertangguh jadi 1 week, 1 month and 1 year..gila..rupa2nya dapat tau photog ni penipu besar sangat..duit dah bayar abes, tapi gambar tak dapat lagi..sedih sgt2 tau..

tp finally, dengan bantuan kawan kepada awek si penipu ni, gambar konvo kitaorang dapat jugak..almost one year baru dapat tau..lagi sedih bila dapat tau, ada mangsa yang sampai dah beranak dua, x dapat jugak album kawen dari si penipu ni..kesian sgt2..dah ramai yang kena dengan photographer ni..

so, pada b2b kat luar sana, hati2 lah kalau nak pilih photographer..kalau boleh buat surat hitam putih..hahahah
for our wedding day, photographer dah booked dah..dan yakin yg photog ni x menipu..deposit for booking dah bayar, now ingatkan nak bayar half je dulu, tapi Shafiq suruh bayar suku je dulu..sebab takut pisang berbuah banyak kali..seram kalau gambar wedding tak dapat tau..

sharing is caring
=)